Assalamualaikum dan selamat petang semua...lama nyalah saya tak up kan entry kat blog...dah bersawang dah ...
Memandangkan saya dah mencuba resipi apam pisang yang semudah 123 pagi ini. So hari ini nak share RESIPI APAM PISANG MUDAH DAN CEPAT. Tak percaya? Tapi korang kena percaya kali ini. Resipi ni saya dapat dari FB tapi dah lupa dah nama page. Saya memang suka cuba kalau bahan dan resipi tu mudah dicari dan di buat. Ok terus kepada resipi..taw ada kawan-kawan tak sabar nak mencuba. Hehe
Ini lah hasil Apam Pisang Saya ... Semudah 123
Bahan-Bahan
(Untuk 14-15 apam pisang)
3 Biji Telur
Pisang (kalau macam pisang yang saya guna kena 3 biji pisang)
2 Cawan Tepung Gandum
1 Cawan Gula
1 Cawan Minyak Masak
2 Sudu Teh Soda bikabonat
Apa-apa bekas asalkan tahan panas tapi lebih baik guna bekas khas cupcakes atau apam dari plastik yang saya pakai huhu (takda pilihan)
Cara-Cara
Siap untuk diblender
Ada 2 cara saya try sebab saya buat dua adunan (terlebih rajin)
1) Cara pertama
- campur semua bahan-bahan di atas ke dalam blender dan terus blend
- Blend sehingga hancur pisang-pisang tu ya.
- Lepas tu boleh lah diletak dalam bekas yang korang suka dan kukus selama 15 minit.
2) Cara Kedua
- Blend dulu gula, minyak dan telur
- Dah hancur gula tu, masukkan kesemua bahan yang lain dan blend sehingga pisang tu hancur. Kukus selama 15 minit
TIPS KHAS
Ada masalah semasa memblend..mungkin blender akan terberhenti, tak boleh nak bergerak sebab dah jadi pekat, tapi saya paksa jugak blend hehe..saya kacau-kacau dengan sudu supaya yang terblend dibawah dibawa ke atas dan blend lagi.
JANGAN MEMANDAI-MANDAI TAMBAH AIR ..kalau nak tahu apa jadi cer tambah.. KIHKIH
SELAMAT MENCUBA!!
Korang mesti cuba RESIPI APAM PISANG MUDAH DAN CEPAT ni. Sedap dan tak manis. Resipi apam pisang paling senang hehe..
kalau dah try korang komen la kat entry ni, mana taw korang punya blender berjalan dengan lancar, tak seperti yang saya alami..huhu.. Atau ada tips lagi menarik yang boleh kita kongsi bersama.
Pstttt ambik gambar ya hehe..
Nak jugak try buat guna tepung soya ESP tapi sayang plak hehe.. K bai