Seperti pasangan suami isteri yang lain, kehadiran zuriat adalah sangat
dinanti-nantikan selepas berkahwin. Begitu juga dengan saya, Noor
Hasyimah, dan suami, Mohd Syarikin.
Kami bernikah pada
Disember 2011. 3 tahun kami menanti, sebelum dikurniakan anak pertama
kami. Macam-macam dugaan kami lalui dan tempuhi bersama. Pelbagai usaha
kami lakukan supaya saya dapat hamil. Semoga perkongsian kami ini dapat
memberi inspirasi dan motivasi serta semangat pada mereka yang sedang
berusaha untuk hamil seperti kami dahulu.
Ini cerita kami.
Sebenarnya di awal usia pernikahan kami, saya disahkan hamil. Iaitu
seawal bulan kedua pernikahan. Seperti pasangan lain, kami tidak
menyangka sebegini cepat saya akan hamil. Namun bersyukur dan gembira
dengan amanah yang Allah berikan ini. Saya tidak mengalami sebarang
morning sickness. Tidak muntah-muntah, loya. Tiada masalah masa tu.
Namun, apabila masuk minggu ke-8, saya mengalami masalah discharge.
Saya terus rujuk ke salah satu klinik swasta disini. Doctor scan dan
masa tu heartbeat janin sudah pun mula kelihatan. Alhamdulillah, tiada
masalah lain masa tu.
Doctor kata, discharge adalah masalah
biasa. Doctor berikan ubat untuk menguatkan rahim. Saya makan, namun
perancangan Allah Maha Hebat. Di saat usia kandungan hampir mencecah 12
minggu, saya bleeding. Kali ini saya terus ke hospital pakar. Apabila
scan, doctor sahkan janin dah tak ada dan saya mengalami miscarriage.
Ukuran janin di dalam rahim saya tidak seperti 12 minggu. Ukurannya
seperti 8 minggu sahaja. Lalu kami membuat keputusan untuk “cuci” (DnC).
Kami redha dengan ketiadaan rezeki untuk kali ini. Sedih,
memang sedih. Tapi kami redha dan teruskan usaha. Sahabat saya
memperkenalkan saya dengan product Shaklee. Pada asalnya sukar juga
untuk saya percaya sebab saya berfikir, “bagaimana ubat ni boleh buat
saya hamil? Hamil kan kuasa Allah?”. Namun, saya tetap mencuba. Bermula
dengan saya sendiri, pada tahun 2012. Saya amalkan ESP, Vitalea, Vitamin
C, B Complex, GLA Complex.
Bila hati tidak yakin, bila
hati tidak bersungguh-sungguh, maka saya pun seakan endah tak endah saja
mengamalkan supplement Shaklee. Saya culas, saya selalu skip (tak
consistent). Selama 2 tahun lebih saya ikhtiar mengamalkan supplement
Shaklee seperti itu, selain dari ikhtiar yang lain.
Apabila
usia pernikahan kami mencecah hampir 2 tahun, kami bercadang untuk
merujuk pakar. Pelbagai pemeriksaan kami lakukan. Doctor periksa ovum
saya, tube saya, rahim saya. Doctor juga periksa keadaan sperma suami
saya. Apabila keputusan keluar, doctor kata kami tiada masalah serius.
Justeru, doctor menyarankan kami mengamalkan vitamin. Doctor menerangkan
bagaimana vitamin tu bertindak, terutama untuk suami. Doctor
menyarankan Vitamin E dan Zinc untuk suami, asid folic dan protein untuk
saya.
Menurut doctor, ovum dan sperma memerlukan nutrisi
secukupnya supaya dapat berfungsi dengan baik. Contohnya Vitamin E yang
dapat membantu menyokong pengeluaran sperma dan mencegah kerosakan
sperma. Dan isteri perlu cukup nutrisi protein supaya rahim kuat dan sel
juga sihat. Apabila nutrisi mencukupi, barulah senang untuk ovum dan
sperma dapat disenyawakan.
Maka kami pun bertambah yakin
dan tekad. Kami konsisten amalkan supplement Shaklee, tidak seperti
sebelum ini. Kami tak culas. Hari-hari saya ingatkan suami untuk makan
supplement. Masa tu ada lagi Zinc Complex. Suami amalkan Vita-E Complex
dan Zinc Complex Shaklee. Saya meneruskan supplement saya sebelum ini
(ESP, Vitalea, Vitamin C, B Complex, dan GLA Complex).
Kali ini kami yakin, kami faham bagaimana supplement membantu mereka
yang inginkan zuriat. Saya juga menggunakan ovulation kit untuk
mengetahui bila waktu subur saya. Ini kerana doctor juga ada menerangkan
bahawa tempoh kesuburan wanita hanyalah 24 jam. Jadi, kemungkinan untuk
persenyawaan berlaku pada masa itu adalah lebih tinggi.
.
Alhamdulillah, selepas 2 bulan berusaha (tahun 2014), saya disahkan
hamil anak pertama kami. Semasa kehamilan, saya tidak mengalami sebarang
masalah. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Dan tanggal 28
Februari 2015, lahirlah Muhammad Syafi Aisy, putera sulung kami.
Dilahirkan dengan berat 3.68 kg (subhanallah…), secara normal.
Dan dengan izin Allah jua, tidak lama selepas itu, saya disahkan hamil
anak kedua kami. Nur Syafaa Ayra, nama diberi untuk puteri kami.
Dilahirkan pada Hari Raya Haji 1437H, 12 September 2016. Seberat 2.99
kg, juga secara normal.
Kami bersyukur dengan nikmat Allah
berikan ini. Allah uji kami di awal usia pernikahan kami. Namun kami tak
pernah putus semangat dan terus berusaha. Saya pernah je menangis bila
dapat tahu kawan saya hamil, padahal mereka kahwin selepas saya. Namun
masa tu, cepat-cepat saya solat dan berdoa, moga Allah menjaga kandungan
kawan saya, dan jangan biarkan mereka merasakan pengalaman seperti
saya. Memang benar, apabila kita mendoakan orang lain, in shaa Allah,
Allah berikan yang terbaik untuk kita.
Sahabat-sahabat
semua yang sedang mengalami apa yang pernah saya alami sebelum ini,
nasihat saya hanya satu. Sabar. Allah memberikan ganjaran kepada mereka
yang bersabar. Yakinlah akan ada hikmah menanti. Nikmatilah kegembiraan
bersama pasangan anda. Teruskan usaha, teruskan berdoa. Banyakkan
bersedekah, mengeluarkan zakat. In shaa Allah, Allah pasti makbulkan doa
anda.
.
Dan sebagai ikhtiar, cubalah amalkan supplement
Shaklee secara consistent (makan hari-hari, jangan miss). Pastikan anda
yakin dan jangan ragu-ragu. Teruskan momentum positif. In shaa Allah,
rezeki itu milik anda.
.
Inilah
#ShakleeEffect kami.
Alhamdulillah seronok KJ baca testimoni pasangan bahagia ni, ya zuriat memang menjadi impian setiap pasangan yang normal kan. Doa, Usaha, ikhtiar, dan tawakal adalah sebaik-baiknya daripada merenung nasib kan seperti pasangan ini.
Bagi pasangan yang ingin mencuba ikhtiar melalui Shaklee, boleh lah hubungi saya agar saya boleh membantu anda. Ingat jangan cuba sembarangan produk yang merbahaya, nanti akan menambah buruk keadaan, dan yang penting berjumpa doktor pakar terlebih dahulu untuk mengetahui solusi seterusnya.
Untuk dapatkan produk terbaik Shaklee ini anda boleh lah
Hubungi Saya Khadijah Abdullah,
FB Personal: Khadijahabd | ♥ ID 892674 ♥ | Call/SMS/WhatsApp :0138369536 ♥ | whiteponyyy@yahoo.com
Bagi yang berada di kawasan Bintulu Sarawak dan Semporna Sabah atau di kawasan yang berdekatan boleh lah COD dan dapatkan dari saya Pengedar Shaklee Di Bintulu Sarawak dan Pengedar Shaklee di Semporna Sabah. Stok sentiasa ADA untuk anda. Insya Allah servis TERBAIK hanya untuk anda. Khadijahbeautyshop hanya memberi yang terbaik untuk anda sekeluarga