Monday, 30 June 2014

Kerap Kencing Merbahaya?

Pembuangan air kecil adalah cara tubuh membuang air berlebihan, membuang garam galian berlebihan serta menyeimbangkan kadar air dan elekrolit tubuh. Secara umum membantu proses detoksifikasi tubuh. Ia membantu mengyahtoksin bahan-bahan yang didetoks oleh hati iaitu sebagai bahan-bahan yang larut air.


Kebanyakan orang tidak gemar mengulang bilik air secara kerap bertujuan membuang air kecil. Sebab itu kita dapati terdapat individu yang kurang minum air sepanjang hidup. Kita tanya mereka mengapa. Mereka katakan bahawa mereka tidak gemar berulang kali diganggu kerana perlu ke bilik air semata-mata untuk membuang air kecil.

Terdapat juga individu yang sering buang air kecil berpunca dari makanan dan minuman. Contohnya mereka kerap minum teh, mungkin 5-6 kali atau lebih dalam sehari. Individu ini sering buang air kecil kerana teh dan kebanyakan buah-buahan bersifat diuretic, iaitu ia membantu melancarkan pembuangan air kencing.

Yang buruk mengenai kekerapan mengambil bahan-bahan diuretik ialah jika anda mengambil 1 cawan teh, beberapa minit kemudian anda mengeluarkan air kencing lebih dari satu cawan. Oleh itu kerap kencing kerana sering mengambil bahan-bahan diuretik boleh mengakibatkan tubuh anda kekurangan air pada jangka panjang.

Terdapat juga individu kerap buang air kecil kerana mengalami paras gula tinggi dalam darah samada sedang mengalami hyperglycemia atau hyperinsulinemia. Terdapat juga yang kerap buang air kecil tetapi tiada usaha untuk menjalani pemeriksaan doktor sedangkan mereka sebenarnya sedang mengalami diabetes.

Dari perspektif perubatan tradisional Cina, orang lelaki yang kerap buang air kecil pada waktu malam termasuk waktu tidur biasanya mengalami lemah syahwat. Maksudnya ia mengalami libido yang lemah, zakar tidak bermaya atau tidak menegang menurut kebiasaan atau tersungkur ketika berdayung.

Kerap buang air kecil juga dialami oleh sesetengah remaja samada lelaki atau perempuan yang mengalami perubahan hormon-hormon seksual. Sesetengah wanita yang terangsang secara seksual samada secara fisikal atau berkhayal (membaca atau membayangkan ) juga boleh mengalami buang air kecil secara kerap. Kebiasaan membuang air kecil berlaku kepada setengah lelaki selepas berejakulasi atau mengalami orgasme beberapa kali pada masa yang singkat atau kepada wanita selepas menjalankan keperluan biologi.

Kerap kebilik air untuk buang air kecil juga mungkin ber

punca dari otot sphincter yang tidak dapat befungsi dengan sempurna. Ia juga mungkin berpunca dari pembesaran prostat yang tidak merbahaya dikenali sebagai benign prostatitis hyperplasia (BHP) yang biasa berlaku kepada individu separuh umur dan usia lanjut.

Apabila anda mengalami kekerapan buang air kecil dan berlanjutan selama beberapa hari atau minggu apatah lagi berbulan-bulan, bertindaklah sekarang.

Hyperglycemia – paras gula (glukos) tinggi dalam darah
Hyperinsulinemia – paras insulin tinggi dalam darah kerana berusaha membawa glukos
yang meningkat ke dalam darah untuk di bawa ke reseptor-reseptor insulin
pada membran-membran sel.

Bagaimanakah Shaklee Boleh Membantu: 

kencing manis shaklee

kerap kencing

Anda Berisiko?

Boleh dapatkan dari saya Pengedar Shaklee Bintulu Sarawak dan Pengedar Shaklee Semporna Sabah dan boleh hubungi 0138369536

No comments:

Post a Comment