Kemajuan dalam bidang perubatan sejak se abad yang lalu telah meningkatkan jangka hayat manusia sebanyak 50%. Pembangunan sistem pembetungan yang maju, air bersih, antibiotik, vaksin dan kebersihan diri telah berjaya menghapuskan kebanyakan penyakit berjangkit. Jangka hayat dapat dipanjangkan dan penyakit akut bukan lagi penyebab kematian utama.
Namun terdapat banyak kematian yang disebabkan oleh penyakit kronik, seperti kanser, lemah jantung dan lain-lain penyakit yang berpunca dari kelemahan dan ketidakfungsian sistem imun. Penyakit-penyakit yang membuat pengidapnya kurang berupaya dan perlu bergantung kepada orang lain. Ketidakupayaan meningkat dalam beberapa tahun terakhir kehidupan, begitu juga dengan penyakit, yang menjadikan kematian satu proses panjang yang mahal dan menyakitkan.
Bagaimana hendak tangani radikal bebas?
Badan
kita memerlukan antioksidan untuk memusnahkan radikal bebas. Namun
begitu badan kita tidak mengeluarkan anti-oksidan, ia bergantung kepada
bekalan yang diperolehi dari makanan kita. Seperti yang telah diketahui
ramai, anti-oksidan boleh diperolehi dari Vitamin C, Vitamin E dan beta
karotina.
Persoalannya: Apakah yang menyebabkan penuaan dan penambahan penyakit dan ketidakupayaan apabila usia semakin meningkat?
Daripada berbagai teori mengenai penuaan, sehingga kini hanya teori radikal bebas yang diterima ramai. Teori ini mula diketengahkan oleh Professor Denham Harman pada tahun 1954. Ia menyatakan bahawa penuaan disebabkan oleh pengumpulan perubahan dalam badan yang disebabkan oleh molekul reaktif tinggi yang dikenali sebagai radikal bebas.
Dari mana datangnya radikal bebas dan apa kesannya?
Sel badan kita menggunakan oksigen untuk menghasilkan tenaga. Di dalam proses tersebut, kadang-kadang oksigen akan bertindakbalas dengan sebatian badan dan menghasilkan molekul yang sangat tidak stabil. Molekul ini dikenali sebagai radikal bebas. Selain dari proses biasa badan kita, faktor alam sekitar seperti pencemaran udara, asap rokok, radiasi, bahan kimia dan lain-lainnya akan menambahkan lagi pembentukan radikal bebas. Masalah akan timbul apabila jumlah radikal bebas melebihi daripada yang mampu dihapuskan oleh sistem badan. Keadaan dikenali sebagai stres oksidatif.
Radikal bebas adalah molekul yang elektronnya tidak mempunyai pasangan. Ini membuat ia menjadi tidak stabil dan tersangat reaktif. Untuk kembali stabil, radikal bebas akan segera merampas elektron dari sebatian yang stabil tetapi lemah pertahanannya. Sebatian tersebut adalah sel badan kita. Pencerobohan ini merosakkan sel, merubah fungsi dan juga DNAnya. Kerosakan ini melibatkan semua sel baru yang mewarisi DNA tersebut. Semakin usia meningkat semakin bertambahlah sel badan yang rosak, justeru semakin banyaklah fungsi semula- jadi badan yang tergendala dan ianya mengundang berbagai masalah kesihatan.
Kajian-kajian yang dijalankan di zaman moden ini telah menemui pertalian antara stres oksidatif dengan lebih dari 200 jenis penyakit. Antaranya kanser, arthritis, kencing manis, penyakit buah pinggang, penyakit Alzheimer, penyakit Parkinson, buta akibat usia dan lain-lain penyakit degeneratif.
Oleh itu adalah digalakkan kita mengambil suplemen yang mempunyai anti-oksida yang tinggi.. untuk mengetahui dengan lebih lanjut boleh hubungi saya Khadijah Abdullah , Pengedar Shaklee Bintulu, Sarawak dan Pengedar Shaklee Semporna Sabah . sms/wasapp 0138369536
Saya adalah Pengedar Shaklee di Bintulu Sarawak. dan juga Pengedar Shaklee di Semporna Sabah . Kepakaran saya adalah mencadangkan produk shaklee yang bersesuaian untuk anda sekeluarga. Insya Allah produk Shaklee READY STOCK di Bintulu dan Semporna dan COD secara PERCUMA KHADIJAH BT ABDULLAH 0138369536 ID892674
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment