Kenapa Vitamin tidak penting dan ramai lagi yang tidak tahu vitamin tu penting atau tidak. Orang ramai digalakkan pada masa kini untuk mengambil vitamin bukan untuk menidakkan pemakanan seimbang dan berkhasiat , tetapi isunya disini ialah ia belum berupaya sepenuhnya untuk mencegah penyakit-penyakit Degeneratif dan Kanser yang menular dengan banyaknya sekarang.
Maksud degeneratif (asal: degenerative) ialah yang menyebabkan, berkaitan atau mempunyai sifat degenerasi (mengganggu dan merosakkan organ sistem tubuh) contohnya penyakit-penyakit berinflamasi (keradangan) termasuk pembentukan plak berlemak dalam arteri , arthritis. Penyakit-penyakit seperti diabetes dan kanser juga merupakan penyakit degeneratif.
(sumber: http://sembangherba.blogspot/)
Setiap hari kita seperti WAJIB bergelumang dengan pelbagai bahan kimia dari saat kita menggosok gigi, bersabun dan bersyampu , menggunakan deodoran, bercukur, bermekap, menaiki kenderaan dan menghirup udara penyaman udara. Kita baru tahu atau pura-pura tidak tahu akan hal ini.
Seterusnya kita makan makanan yang diproses, makanan segera, makanan dalam tin dan kita minum minuman dalam tin, bergas, minum air masak dari paip di rumah yang hampir semuanya tercemar atau sengaja dicemari dengan pelbagai bahan kimia sama ada sedikit atau banyak. Ini pun kita tahu, baru tahu atau sengaja tidak ingin tahu tetapi tahu...haaa pening kan...dan lagi pening kalau penyakit perlahan-lahan nak berkawan dengan kita.. belum habis ya
Kita juga secara langsung ‘meracuni’ badan kita dengan tidak bersenam, makan terlalu banyak, merokok dan tekanan yang keterlaluan setiap hari..
Kemajuan ekonomi juga menyebabkan bertambahnya kilang-kilang industri yang mengeluarkan pelbagai jenis pencemaran udara dan sumber air.
Oleh sebab itulah saban hari kita melihat bagaimana ‘tangan’ Karam Singh Walia turun naik dan mulutnya berbuih berpantun di televisyen membongkar segala pencemaran yang dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Menurut Dr Ross Walker di dalam buku The Cell Factor, masalah krisis kesihatan zaman moden sekarang adalah disebabkan oleh dua faktor iaitu
1) keracunan yang kronik dari pencemaran dan
2) ‘kefakiran’ pemakanan berkhasiat (nutritional deficiency) dalam makanan dan selular tubuh manusia
Ke manakah kita hendak lari dari semua masalah ini. Kita tidak mempunyai planet lain untuk lari dari masalah ini. Di antara cara yang dicadangkan adalah dengan menguatkan diri kita dengan jaringan antioksidan untuk mencegah penyakit disebabkan faktor pemakanan kita yang di’rompak’ khasiatnya.
Ramai juga para ahli pemakanan (dietician) kurang bersetuju dengan pengambilan pil-pil supplemen untuk mendapat bekalan nutirisi tambahan yang mencukupi. Permasalahan yang timbul pula berapa banyakkah makanan yang kita perlukan untuk kita mendapat zat-zat nutrisi tambahan?
Untuk itu, pada zaman sekarang memang amat penting pengambilan suplemen/vitamin, dimana ia mudah di bawa kemana-mana, mudah diminum dan mudah diperolehi serta mudah disimpan.
untuk mengetahui lebih lanjut mengenai vitamin yang bersesuaian dengan anda boleh terus hubungi 0138369536 pengedar Shaklee di Bintulu Sarawak dan pengedar Semporna Sabah
Saya adalah Pengedar Shaklee di Bintulu Sarawak. dan juga Pengedar Shaklee di Semporna Sabah . Kepakaran saya adalah mencadangkan produk shaklee yang bersesuaian untuk anda sekeluarga. Insya Allah produk Shaklee READY STOCK di Bintulu dan Semporna dan COD secara PERCUMA KHADIJAH BT ABDULLAH 0138369536 ID892674
No comments:
Post a Comment