Wednesday, 18 June 2014

Gambar IBU HAMIL menjadi TUMPUAN 18SX

*18SX*

Dunia akhir zaman, saat membaca status kat FB mommy Lyna , sungguh menakutkan adanya orang bermasalah sebegini, memang sebelum ini pernah kawan post kat group wasapp, fb pages yang mengumpul semua gambar ibu-ibu hamil. harap-harap gambar kita dan kawan-kawan tak lah termasuk sama.. ni post mommy Lyna mengenai penyakit seksual ini.

*******************************************************************************
2-3 hari ini kawan-kawan FB saya dikejutkan apabila ada di antara MEREKA yang foto yang sedang sarat hamil diupload oleh pihak tertentu dalam group tertentu.

Ada kawan2 saya yang terkejut dan hairan, apalah masalahnya dengan ibu hamil?
Sebenarnya kawan-kawan.. dalam dunia ini ada segolongan manusia yang mengalami masalah 'kelainan seksual'.
Sadis nak menakutkan kalau nak difikir.

Sebab apa? 
Benda yang kita rasa tak ada apa-apa, tapi bagi mereka adalah rangsangan seksual yang sangat asik.
Contohnya tengok gambar wanita hamil. Saya ada pengalaman dengan orang macam ni, maklumlah kita kalau bisnes ni macam2 orang yang contact kita... ada seorang lelaki contact saya nak beli suplemen untuk isterinya yang sedang hamil. Kita ni ooohhh bagusnya lah suami ni kan. Tapi lepas tu beliau minta gambar saya semasa mengandung. Dia kata dia suka sangat tengok gambar perempuan mengandung.. sangat seksi dan macam-macamlah benda yang merapu nak cerita pun malu. Maka perbualan terus putus. Nampak sangatlah menyamar saja.

Lagi adalah fidofelia, yang terangsang bila tengok budak-budak. Kita selalu dengar perogol yang menganiaya kanak-kanak kan.. kita hairan kan, apalah yang ada pada kanak-kanak tu.. kanak-kanak makhluk comel yang tak ada sebarang aset seksual pun. Tapi orang yang ada masalah fidofelia ni, melihat kanak-kanak buat dia tak tentu arah. Mereka bukan yang 'dah tak tahan sangat carilah pekerja seks' sebab apa mereka buat benda tu pada kanak2 (termasuk baby!) bukan sebab tak boleh kontrol nafsu kepada wanita, tapi terhadap budak tu sendiri!

Macam-macamlah yang pelik-pelik. Ada yang terangsang bila tengok haiwan. Terangsang bila tengok tiang pun ada! Imagine bukan2 bila tengok UPT kit? Ye, sangat ada.

Bukan lagi sebab SEKSI. Bagi kita mungkin seksi tu bila pakai singkat, ketat, sendat.. tapi dari kacamata orang berpenyakit ni, yang tutup litup pun dia boleh bukak satu persatu nampak transparent semua.
Jauh dari Allah... ya. Bila jauh dari Allah kita pun tak dapat nak kawal diri dan emosi kita.

Tapi selain itu, teori perubatan (fizikal) pun ada teori sokongan bahawa orang2 bermasalah di atas itu memang ada masalah dengan otak dan hormon mereka. Otak tak dapat berfungsi dengan baik mungkin disebabkan oleh trauma semasa kecil (pernah jadi mangsa), akibat KETIDAKSEIMBANGAN NUTRISI, pernah mengalami kemalangan seperti terhantuk kepala dan sebagainya.

Mereka ni kena dapatkan rawatan baik secara rohani atau fizikal, atau kedua-duanya sekali.
Dan di pihak kita, berusahalah untuk melindungi diri dan keluarga. Semoga Allah menjauhkan kita dari sebarang bencana...
*****************************************************************************

menakutkan? semoga Allah melindungi kita semua.

No comments:

Post a Comment