Pada beberapa minggu yang lepas ada jugak tersebar berita kematian Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Mursyidul Am PAS, tetapi itu adalah kabar angin semata-mata. Di masa itu memang kesihatan beliau sudah mulai terganggu. Malam ini malam jumaat malam yang sungguh berkat, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Sah Meninggal Dunia pada jam 9.45 malam. Berita yang sangat mengejutkan seluruh Malaysia dan juga berita yang amat menyedihkan. Kita kehilangan besar seorang lagi ulama. Semoga arwah tok guru berada dikalangan ahli-ahli syurga...amin
Saya secara peribadi pernah bertemu beliau secara tidak sengaja. Ini terjadi apabila buat pertama kali saya ke Kuala Lumpur untuk membeli barang hantaran untuk perkahwinan saya pada tahun 2009. Saya bersama rakan yang lain telah dijemput oleh keluarga kawan saya dan kami singgah makan sebentar di kedai makan tepi jalan je. Pada masa menikmati makanan tu, tiba-tiba ada kereta masuk dan yang keluar dari kereta tu adalah Datuk Nik Abdul Aziz. wahhh rasa terkejut jugak, beliau dan yang lain duduk disatu sudut di bahagian luar kedai. Tidak ada istimewa dan tidak ada bilik khas yang berhawa dingin pun di kedai tersebut. Pelik jugak kan, biasa nya orang yang terkenal begitu mesti pergi ke restauran-restauran terkemuka dan yang elok sikit atau pun hotel-hotel. Tapi begitulah orang nya, serba sederhana hidup nya.
Perginya ayahanda bersamaan tarikh syahidnya Imam Hassan Al Banna
" Tidak ada seorang muslim pun yang meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat kecuali Allah akan menjaganya dari fitnah kubur. "
- (HR. Ahmad no. 6582 dan At-Tirmidzi no. 1074)
Saya adalah Pengedar Shaklee di Bintulu Sarawak. dan juga Pengedar Shaklee di Semporna Sabah . Kepakaran saya adalah mencadangkan produk shaklee yang bersesuaian untuk anda sekeluarga. Insya Allah produk Shaklee READY STOCK di Bintulu dan Semporna dan COD secara PERCUMA KHADIJAH BT ABDULLAH 0138369536 ID892674
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment