Sekiranya seseorang itu tidak membina 'simpanan' tulang secukupnya semasa mereka sihat, mereka adalah orang yang akan mengalami masalah osteoporosis apabila masuk ke usia emas. Tempoh paling baik untuk seseorang membina simpanan tulangnya ialah pada usia 25 hingga 36 tahun.
Bila umur bertambah, kadar penghasilan tulang merosot kerana organ-organ dalam badan tidak berfungsi dengan baik seperti waktu muda. Ini menjadi semakin buruk apabila seseorang itu memilih makanannya ketika tua. Ini menyebabkan lebih banyak tulang diserap kerana pengambilan kalsium yang kurang dan sesetengah vitamin pula tidak diserap dengan baik. Perlu teliti apabila mengambil sebarang suplemen supaya tidak membazir.
Kita tidak akan sedar kehadiran osteoporosis. Ia dalam diam-diam merayap di dalam tubuh manusia seiring dengan usia kita. Kehadirannya hanya akan mula disedari apabila kita mula mengalami beberapa masalah seperti sakit belakang. Otot-otot berasa lemah dan diikuti rasa tidak selesa serta tidak bermaya. Kemudian apabila jatuh, anda mudah patah pergelangan tangan, tulang belakang, tulang paha ataupun punggung. Penyakit tulang rapuh ini berkait rapat dengan cara hidup kita seharian. Tetapi faktor semula jadi seperti keturunan, hormon, terlalu kurus, jantina serta etnik bangsa turut menyumbang masalah ini. Terutamanya wanita, risiko untuk mendapat osteoporosis adalah lebih tinggi daripada lelaki kerana ketiadaan hormon estrogen selepas putus haid.
Mereka yang berbadan kurus juga berisiko lebih tinggi daripada yang gemuk. Gaya hidup tidak sihat seperti mengambil makanan tidak seimbang terutamanya kurang kalsium, merokok, minuman alkohol serta tidak bersenam dan juga kerap baring akan menyebabkan anda mendapat osteoporosis pada usia tua kelak. Pengambilan kalsium mencukupi serta bersenam adalah pencegahan paling berkesan mengatasi osteoporosis. Otot-otot yang tidak diaktifkan akan lemah dan pengurangan jisim tulang akan berlaku.
Kalsium dengan bantuan vitamin D untuk menyerapnya boleh didapati dengan mengambil makanan yang kaya sumber protein terutamanya susu. Disebabkan peringkat kanak-kanak dan remaja, proses pembinaan tulang sedang rancak berjalan, mereka perlu mengambil sebanyak mungkin kalsium dalam pemakanan. Ini disebabkan apabila umur bertambah, proses pembinaan tulang berkurangan dan kemudian berhenti. Banyak yang keliru mengatakan tidak perlu minum susu atau mengambil kalsium lagi setelah usia mencecah 35 ke atas kerana kalsium ini tidak lagi diperlukan dalam pembentukan tulang. Memang benar tetapi jika pengambilan kalsium diberhentikan, tubuh akan 'mencuri' simpanan kalsium yang anda 'tabung' sewaktu kanak-kanak dan remaja dahulu. Jadi bayangkan apabila simpanan kehabisan.
Setelah mengetahui bagaimana osteoporosis terjadi, kita boleh bersiap sedia awal agar kita boleh elak penyakit timbul di hari tua nanti. Walaupun masalah hormon dan genetik tidak dapat dielakkan, tetapi kita boleh mengambil alternatif lain untuk melambatkan masalah itu.
Pastikan kita mendapat kalsium, vitamin dan galian secukupnya dan kurangkan pengambilan kopi dan minuman ringan (fizzy drinks). Banyakkan senaman, terutama yang bercorak fizikal dan angkat berat kerana ia membantu menguatkan tulang kita. Juga pastikan persekitaran di rumah dan di tempat kerja adalah 'selamat' bagi mengelakkan kita terjatuh dan tercedera.
Semua tahu, pencegahan lebih baik daripada merawat, lebih-lebih lagi dalam kes osteoporosis. Osteoporosis tidak ada lampu kuning yang memberitahu kita supaya bersedia atau berjaga-jaga. Apabila usia anda 50 ke atas dan anda mula berasa sakit-sakit bahagian belakang, eloklah berjumpa doktor. Doktor boleh membuat pemeriksaan dan mengukur ketumpatan tulang kita.
Biasanya apabila mencapai usia 60, bahagian belakang tubuh kelihatan sedikit membongkok dan ia akan berterusan jika tidak dirawat. Tulang belakang bagaikan termasuk ke dalam dan ketinggian tubuh menyusut sehingga anggaran 7 cm. Perubahan ini amat ketara untuk wanita setelah menopaus. Walaupun begitu, selagi anda tidak mendapat kecederaan teruk kerana patah tulang pinggul, tulang belakang atau tulang paha anda masih boleh merawat tulang poros ini dengan mengambil kalsium mengikut keperluan tubuh. Seimbangkan pula dengan senaman dan bagi wanita menopaus hormon penggantian estrogen dapat membantu. Seandainya anda tidak mampu memperoleh kalsium daripada diet harian, pil tambahan kalsium dapat membantu.
Oleh itu vitamin Kalsium bagaimana seharusnya kita minum?
Untuk Produk Shaklee, Vitamin yang dinamakan Ostematrix mempunyai isinya paling seimbang yang memastikan kadar penyerapan adalah 99%. Formulanya unik, dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. Paling penting dalam memilih vitamin kalsium adalah yang ada vitamin D dan magnesium.
KAJIAN TELAH MEMBUKTIKAN SUPLEMEN KALSIUM INI AKAN MENINGKATKAN KETUMPATAN TULANG WANITA YANG TELAH BERUMUR SECARA BERKESAN.
Untuk mendapatkan Vitamin Kalsium ini anda boleh klik Sini atau gambar di bawah untuk tempahan melalui pembayaran Kad Debit atau Kad Kredit. Sekiranya tidak mempunyai kedua-dua kad. Anda boleh hubungi saya terus seperti maklumat yang tertera dibawah.
FB Personal: Khadijahabd | ♥ ID 892674 ♥ | Call/SMS/WhatsApp :0138369536 ♥ | whiteponyyy@yahoo.com
Bagi yang berada di kawasan Bintulu Sarawak dan Semporna Sabah atau di kawasan yang berdekatan boleh lah COD dan dapatkan dari saya Pengedar Shaklee Di Bintulu Sarawak dan Pengedar Shaklee di Semporna Sabah. Stok sentiasa ADA untuk anda. Khadijahbeautyshop hanya memberi yang terbaik untuk anda sekeluarga
No comments:
Post a Comment