Tuesday, 6 May 2014

Kemas Rumah Ganti Senaman Di Gym

Tahukah anda, duduk di rumah sahaja pun sudah boleh mengurangkan kiraan kalori dalam badan?

Disini tersenarai beberapa aktiviti atau tugasan mengemas rumah yang boleh menggantikan senaman di gym! semestinya boleh mengurangkan kalori pada hari tersebut.




wahhhh cer kira kalori berapa dah terbakar arini.
Mop Lantai = 119
Kemas rumah = 238
basuh pinggan = 85
cuci baju = 68 (lebih rasanya sebab guna mesin yang bagi kering dan cuci asing2)
tak boleh makan kek, ais krim, keropok hari ni baru kalori tu kekal terbakar huahuahua... memang patut berat naik cepat....aritu hampir 3-4 kali seminggu makan kek anis...nasib baik bakar balik guna herblax, lecithin dan alfalfa... at least ada yang terbakar kan dari takda langsung..(untuk sedapkan hati haha) tapi seriesss... kena kawal makan... caiyokkk!!!!


bakar kalori dengan bersenam

Kemas rumah

Kalori yang terbakar dalam masa sejam: 238. Tahukah anda, ini sama seperti anda makan kentang goreng dari McDonalds! Apa lagi, pastikan mengemas rumah cepat-cepat selepas makan McDonalds.

Berkebun

Kalori yang terbakar dalam masa sejam: 272. Berkebun selama dua jam mampu membakar 550 kalori, bersamaan satu hidangan ais krim cokelat dan krim!

Mop

Kalori yang terbakar dalam masa setengah jam:119. Selain daripada itu, mop rumah juga boleh menguatkan otot lengan dan kaki.

Vakum

Kalori yang terbakar dalam masa sejam: 238. Sejam vakum sahaja sudah bersamaan dengan makan sepotong kek cokelat.

Potong rumput

Kalori yang terbakar dalam masa sejam: 170. Potong rumput membakar 170 kalori, berjalan pula membakar 374 kalori. Itu bersamaan dengan makan satu bag kerepek! Lain kali tidak perlu upah orang untuk potong rumput, potong sahaja sendiri. Bukan sahaja jimatkan duit, malah boleh menguruskan badan.

Basuh pinggan

Kalori yang terbakar dalam masa setengah jam: 85. Nampak macam tak banyak, tapi lebih baik sedikit daripada tak bakar kalori langsung!

Cuci baju

Kalori yang terbakar dalam masa sejam: 68. Mungkin kalau cuci tangan, lagi banyak kalori yang terbakar.


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Berminat nak mengetahui mengenai produk Shaklee dan ingin menjadi ahli serta memulakan bisnis? 
 
Hubungi Saya Khadijah Abdullah,
Pengedar Shaklee Bintulu Sarawak dan Pengedar Semporna Sabah.
FB Personal: Khadijahabd  |   
ID 892674
FB Page: https://www.facebook.com/khadijahbeautyshop
Email khadijahabd@yahoo.com
Call/SMS/WhatsApp :0138369536

No comments:

Post a Comment