Wednesday, 7 May 2014

Tips Menghilangkan Selulit


Apa itu selulit?
Selulit ialah lemak yang mudah terkumpul pada bahagian-bahagian badan seperti lengan, perut, punggung dan paha dan ia boleh menyebabkan terdapat garis-garis kulit pecah pada bahagian-bahagian tersebut. Punca berlakunya selulit adalah kemusnahan struktur kolagen dan elastin pada lapisan kulit disebabkan pengumpulan toksin dan menyebabkan pengaliran darah yang kurang lancar.

Faktor menyebabkan selulit
Kebiasaannya selulit dikaitkan dengan pertambahan berat badan dan fungsi metabolik seperti makan secara berlebihan atau kerap, tidak bersenam, alahan terhadap makanan dan hormon tiroid yang tidak aktif. Pengambilan makanan yang tinggi kalori dan lemak adalah penyebab utama kepada masalah ini. Antara faktor-faktor lain yang menyebabkan masalah selulit adalah etnik, hormon, keturunan, dan pengambilan nutrisi yang tidak seimbang ketika di peringkat kanak-kanak. Masalah selulit juga boleh bertambah teruk jika seseorang itu merokok, mengambil kafein yang banyak, dan stress. Selulit lebih banyak menyerang kaum wanita kerana masalah kitaran darah yang menyebabkan pertambahan berat badan terutamanya di bahagian bawah tubuh.

Terdapat pelbagai cara untuk mengatasi masalah selulit, antaranya adalah:
selulit

1. Pembedahan Liposuction
Pembedahan liposuction adalah rawatan untuk membuang lemak pada lapisan bawah kulit dengan cara menyedut keluar lemak-lemak tersebut. Lapisan lemak ini yang menjadi punca utama terbentuknya selulit. Kos pembedahan ini agak tinggi dan keberkesanannya hanya untuk sementara waktu serta risikonya juga tinggi.

2. Urutan
Urutan boleh dilakukan di spa-spa dan pusat kecantikan. Walaupun begitu, keberkesanan urutan dalam mengatasi masalah selulit amat rendah. Ini kerana urutan kurang menyingkirkan lemak-lemak pada tubuh badan
.
3. Senaman
Senaman adalah antara cara yang paling berkesan mengatasi masalah selulit. Ini kerana senaman dapat menyingkirkan lemak-lemak yang berlebihan. 

Teknik senaman yang efisien untuk mengatasi masalah ini adalah seperti latihan membengkokan lutut. Teknik ini melibatkan otot di belakang badan dan peha. Ia dilakukan dengan berdiri dan membuat satu langkah besar ke hadapan dengan kaki kiri. Seterusnya rendahkan badan dan turun sambil membengkokkan lutut dan kemudian kaki kiri pijak ke tempat permulaan.Ulangi teknik ini dengan kaki kanan juga. Ketika membengkokkan lutut, elakkan daripada kedudukan lutut melebihi jari kaki untuk mengelakkan risiko kecederaan. Melompat ketika posisi membengkokkan lutut dan merendahkan badan juga membuatkan latihan ini lebih efisien.

Selain itu, teknik senaman badan dengan merendahkan badan dan 'twist' badan anda juga membantu mengatasi masalah selulit. Senaman ini melibatkan otot belakang badan, perut dan peha. Ia dilakukan dengan mengenggam kedua-dua tangan dan angkat selari dengan dada. Kemudian, rendahkan badan sehingga paha selari dengan lantai. 'Twist' atau pusingkan badan ke kanan. Kemudian, berbalik ke langkah yang pertama sehingga rendahkan badan, pusingkan badan ke kiri pula. Lakukan secara berulang kali.

4. Berjalan
Berjalan adalah salah satu jenis latihan kardiovaskular. Ia bukan saja membantu membakar kalori, malah membantu membina otot pada bahagian kaki dan belakang. Seseorang yang berjalan dengan laju dapat membakar kalori lebih daripada 360 kalori dalam masa sejam. Berjoging dan berjalan secara berselang-seli dapat menambah lagi pembakaran kalori.
5. Pemakanan yang seimbang dan gaya hidup sihat
Pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat juga dapat mengatasi masalah selulit dengan mengurangkan pengambilan makanan tinggi kalori dan lemak. Jadual pemakanan perlulah konsisten dan tidak makan secara kerap. Amalkan gaya hidup yang sihat seperti tidak merokok dan mengurangkan pengambilan kafein. Ia juga dapat membantu mengatasi masalah ini dan menyihatkan tubuh badan.

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 

Berminat nak mengetahui mengenai produk Shaklee dan ingin menjadi ahli serta memulakan bisnis?

Hubungi Saya Khadijah Abdullah,
Pengedar Shaklee Bintulu Sarawak dan Pengedar Semporna Sabah.
FB Personal: Khadijahabd | ♥ ID 892674
FB Page: https://www.facebook.com/khadijahbeautyshop
Email khadijahabd@yahoo.com
♥ Call/SMS/WhatsApp :0138369536 ♥

No comments:

Post a Comment