Sunday, 19 October 2014

Ubat Sintetik : Panjang Atau Pendekkan Usia?

Cara makan ubat yang betul, cara simpan ubat dengan betul, ubat boleh di simpan berapa lama, Ubat Sintetik selamat ke tidak, adakah semua persoalan ini pernah anda terfikir? dan lebih menakutkan kalau ubat yang doktor suruh makan boleh mengurangkan usia kita? Lebih menakutkan kalau makan ubat tu boleh mendatangkan kesan sampingan yang lain. Lebih menakutkan apabila sebenarnya  ubat tersebut tersimpan baik di dalam peti sejuk kita yang selama ini kita anggap selamat ditelan apabila kita berasa kurang sihat. haaa jadi nak buat macam mana ya....

Insiden yang berlaku di Kedai Lalat, Kota Bharu Ogos lalu, bukanlah kes terpencil. Biarpun koma setelah menelan ubat lama tersimpan dalam peti sejuk, nasib kedua-dua adik-beradik, Wan Muhammad Dhuha Wan Muhammad Azizi, 5, dan Wan Nor Rahai, 2, cukup baik.

Pasti kita dan ibu-bapa yang lain terlepas pandang atau kurang prihatin akan hal ini, dimana  menyimpan ubat tanpa diperiksa tarikh lupus, tidak mengemas kini selalu ubat dalam peti sejuk, malah ini menjadi amalan ramai ibubapa. Ini kerana kita beranggapan ubat yang kita simpan didalam peti sejuk adalah tempat yang paling selamat dan lebih panjang usianya.

Ubat Sintetik

Sikap ramai ibubapa yang memberi ubat tanpa preskripsi yang betul juga menjadi perkara biasa. Apabila anak demam, ibubapa biasanya akan memberi ubat yang berada dalam simpanan peti sejuk tanpa merujuk kepada doktor terlebih dahulu, kecuali apabila demam sudah melarat sehingga seminggu baru anak akan dibawa ke klinik atau hospital. Ini bukan lagi amalan luarbiasa dikalangan masyarakat kita, apabila demam telan panadol...jimat masa dan jimat duit sebenarnya. Menurut sumber, ubat yang diberikan tanpa sengaja oleh ibu mangsa itu sebenarnya Methadone untuk kegunaan bapa saudara mangsa.

Oleh yang demikian, kejadian ini seharusnya menjadi iktibar untuk kita semua, menurut Dr. Noordin Othman, PELABELAN adalah isu penting yang perlu diberi perhatian. Atau sudah tiba masanya kita perlu mengamalkan jus atau vitamin semulajadi. Memang benar kesan tindakan jus atau vitamin semulajadi mahal dan kesan tindakan keatas tubuh badan seseorang pun lambat tetapi apalah sangat kalau kita bandingkan dengan kesan sampingan yang diperoleh kalau terlebih minum air lemon atau vitamin c sebagai contoh. Paling penting yang perlu anda buat ialah, periksa balik ubat didalam peti sejuk, ada tarikh lupus ke tidak, sekiranya tidak ada, adalah lebih selamat terus saja buang.


Mencegah itu lebih baik dari merawat yang selalunya akan menggangu rutin harian kita. Namun ini bukan kita ingin menafikan ubat-ubatan dari bahan sintetik tetapi kedua-dua haruslah seiring, selagi masalah penyakit kita boleh dicegah dengan vitamin semulajadi alangkah baiknya...dan ada sesetengah penyakit memang memerlukan ubat-ubatan untuk tubuh badan seseorang itu boleh bertahan melawan penyakit yang dihidapi.

Ubat Sintetik Bahaya

Nak lagi info
Hubungi Saya Khadijah Abdullah,
FB Personal: Khadijahabd | ♥ ID 892674 ♥ | Call/SMS/WhatsApp :0138369536 ♥ | whiteponyyy@yahoo.com

Bagi yang berada di kawasan Bintulu Sarawak dan Semporna Sabah atau di kawasan yang berdekatan boleh lah COD dan dapatkan dari saya Pengedar Shaklee Di Bintulu Sarawak dan Pengedar Shaklee di Semporna Sabah. Stok sentiasa ADA untuk anda. Insya Allah servis TERBAIK hanya untuk anda. Khadijahbeautyshop hanya memberi yang terbaik untuk anda sekeluarga   

No comments:

Post a Comment