Friday 11 July 2014

Anti Oksidan Cegah Penuaan Kulit

ANTI OKSIDAN MENCEGAH KESAN PENUAAN KULIT

Masalah penuaan kulit (photoaging) adalah satu masalah yang selalu dihadapi apabila seseorang meningkat umurnya. Ini menyebabkan seseorang kelihatan lebih tua daripada umurnya. Lebih-lebih lagi dengan keadaan cuaca di Malaysia yang terik dan panas. Kawasan yang biasanya mempunyai masalah penuaan kulit adalah dibahagian yang terdedah dengan cahaya matahari seperti muka, tengkuk, leher, tangan, lengan dan bahagian atas dada. Kita tidak boleh mengelak dari cahaya matahari ini, tetapi kita boleh mengambil anti oksidan untuk mencegah kesan buruk akibat pendedahan melampau kepada cahaya matahari.

Terdapat dua jenis radiasi ultra-ungu (UV) didalam cahaya matahari iaitu UVA (320 to 400nm) dan UVB (290 to 320nm). UVA pula menyerap kelapisan yang lebih dalam kulit dan menyebabkan masalah penuaan kulit. Oleh kerana nisbah UVA adalah 95% berbanding UVB 5% maka kesan pendedahan kepada matahari akan menyebabkan kerosakkan yang kronik iaitu kesan penuaan kulit untuk jangkamasa panjang. Masalah selar matahari (sunburn) disebabkan UVB, tetapi ianya tidak boleh menembusi lapisan kaca, oleh kerana itu kita tidak mendapat selar matahari jika berada didalam kereta.

antioksidan shaklee
Vitamin E Shaklee

Vitamin C Plus Shaklee

Tetapi pendedahan kulit kepada cahaya matahari pada sebelah pagi amat penting untuk menjana Vitamin D dan juga meransang pembentukan hormon serotonin dalam tubuh manusia. Untuk mendapat kesihatan yang baik dan mendapat vitamin D yang secukupnya maka kita masih perlu berjemur sedikit (lebih kurang 10 hinga 15 minit) dibawah matahari terutamanya pada waktu pagi. Kita juga akan lebih mudah tidur pada waktu malam jika mendapat pendedahan cahaya matahari pagi yang secukupnya kerana ia hormon serotonin yang secukupnya pada waktu pagi akan menjadi hormon melatonin yang diperlu untuk tidur pada waktu malam. Tidur yang cukup amat penting untuk kesihatan dan keremajaan kulit.

Lain pula jadinya kalau berpanas pada waktu tengah hari diantara pukul 11.00am hingga 3.00pm kerana waktu ini adalah waktu yang paling tidak sihat jika kita terdedah terlalu lama dan boleh menyebabkan masalah selar matahari(sunburn) dan strok panas. Dan ini lah sebab kulit akan mengalami masalah penuaan awal jika ianya terdedah setiap hari dalam tempoh yang lama. Selalulah menggunakan krim pelindung matahari yang mempunyai faktor pelindung matahari (SPF) yang lebih dari 30 apabila keluar melakukan aktiviti ditengah panas. Penggunaan alat perlindung matahari fizikal seperti topi, payung, tudung kepala dan sebagainya juga boleh membantu memberikan perlindungan dari cahaya matahari. Sinaran ultraungu (UV) dari cahaya matahari akan merosakkan kulit yang menyebabkan masalah jeragat dan kulit cepat berkedut.  dan untuk cadangan suplemen pula adalah COQHEALTH, Vitamin C , Vitamin E, ESP, VIVIX

Vivix Shaklee


Amalkan pemakanan sihat, suplemen dan anti oksidan yang secukupnya dan perlindungan dari cahaya matahari disamping minum air yang cukup setiap hari boleh membantu mengurangkan kesan penuaan kulit pra matang dan kedutan pada kulit terutama pada wajah seseorang, Insyaallah.

Untuk melindungi kulit anda dari cahaya matahari yang merbahaya, boleh lah dapatkan dari saya Pengedar Shaklee Bintulu, Sarawak dan Pengedar Shaklee  Semporna Sabah , boleh sms/whatsapp/call 0138369536





2 comments:

  1. Good info sis.keep in touch.

    www.norazua10.blogspot.com

    ReplyDelete