Wednesday 16 April 2014

Kurang Kalsium Ketika Hamil

Kekurangan pengambilan kalsium boleh menyebabkan masalah semasa meneran saat-saat melahirkan anak. Lebih teruk lagi, kesannya akan berterusan sehingga ke tua. Sakit tulang belakang dan lenguh-lenguh badan seperti sudah menjadi masalah biasa untuk mereka.

Badan manusia hanya mampu menahan sehingga 45 del (unit) kesakitan. Tetapi semasa melahirkan bayi, seorang ibu merasai sehingga 57 del (unit) kesakitan. Ini sama dengan mematahkan 20 tulang secara serentak. Patutlah ada yang rasa takut nak beranak lagi tapi sekali tengok dah 1 team bola anak.

Jadi amatlah perlu bagi ibu-ibu hamil dan ibu yang selepas bersalin atau berpantang mengambil Kalsium untuk mempercepatkan pemulihan dalaman. Mengikut Dr Pakar O & G ibu-ibu hamil perlu mengambil susu 1 liter sehari. Ini bermakna kalau ibu hamil mengambil vitamin Ostematrik, mereka perlu mengambil 4 biji Ostematrik dimana 

 sebiji Ostematrik bersamaan 1 gelas susu susu tinggi kalsium dan bersamaan 80 biji badam

ibu hamil kurang kalsium
Ostematrik lebih dari Kalsium
TESTIMONI SAKIT TULANG BELAKANG DAN LENGUH-LENGUH



 
Situasi mak-mak tengah menyusu anak sambil baring, bangun-bangun tangan kebas, tengah nak tidurkan anak, bangun-bangun sakit pinggang dan sebagainya, ini adegan yang biasa kita lihat dan dengar dan mungkin anda sendiri sedang mengalami benda yang sama. Akan tetapi berlainan dengan apa mak sorang ni alami, sedikit sama dan sedikit berbeza. 
 
Beliau melahirkan anak pertama dalam umur masih muda iaitu 25 tahun, masih muda kan dan umur 26 tahun iaitu masa berpantang beliau menghadapi masalah KEKURANGAN KALSIUM YANG TERUK. Mengalami masalah sakit punggung, sakit tulang belakang dan yang paling teruk beliau tak mampu nak dukung anak walaupun berat badan anak hanya beberapa kilo sahaja. Masalah lain masa baring mengiring nak menyusukan anak pun beliau alami sakit kebas dan lenguh pada lengan sehinggakan menimbulkan ketulan di tangan.
 
Masalah kekurangan kalsium ini pun turut dialami oleh anak beliau yang tumbuh gigi pada umur lebih kurang 5 bulan, gigi dia mengalami decay (pereputan) yang sepatutnya dialami oleh kanak-kanak yang dah mula makan benda yang keras. Berpunca dari situ lah Puan Ida Khairani mula mengambil Vitamin Kalsium Shaklee iaitu Vitamin Ostematrik yang setiap biji mempunyai 250mg kalsium. Masalah gigi reput berhenti bila dah masuk gigi yang keempat iaitu semasa Puan Ida dah mula mengamalkan Ostematrik. Untuk kehamilan buat kali kedua, beliau mencuba satu Set Lengkap Hamil iaitu Ostematrik, Vitalea Iron Formula,  Bcomplex, Vita C Plus dan juga ESP. Syukur Alhamdulillah beliau tidak lagi mengalami masalah yang beliau hadapi pada kehamilan sebelum nya katanya gembira.
 
Secara ringkas Manfaat utama Ostematrik adalah
Menguatkan Tulang
Memperbaiki Kekejangan dan Kebas-Kebas
Meringankan Stres
Memperbaiki Masalah Haid
 
Perbezaan Vitamin Kalsium Shaklee ini adalah ia mengandungi Vitamin D, Magnesium, Zinc, Boron, Manganes dan Kuprum dimana kesemua ini memang diperlukan apabila ingin memilih vitamin kalsium yang terbaik. Kesemua ini diperlukan untuk penyerapan yang terbaik kepada tulang.
 
Kenyataan ini pula saya ambil dari berita Kosmo “Saya terkejut apabila ada doktor yang tidak mempraktikkan pemberian pil kalsium kepada ibu-ibu mengandung ketika membuat pemeriksaan bulanan. Kalsium dilihat sebagai satu zat yang amat penting di samping zat besi, folik, potasium dan lain-lain,” kata Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya (PPSDSJ), Dr. Delilah Ahmad.

Beliau yang mahu semua ibu hamil tidak memandang remeh keperluan kalsium juga berharap agar golongan suami turut mengambil peranan mengingatkan pasangannya.

Apabila berjumpa doktor dalam sesi pemeriksaan, pasangan dinasihatkan agar jangan segan untuk meminta pil kalsium di samping mengamalkan diet tinggi zat kalsium.

“Sebanyak 75 peratus ibu-ibu hamil tidak mengambil keperluan kalsium yang mencukupi dan ketidaksedaran ini akan memberi kesan kepada mereka khususnya pada semester ketiga mereka mengandung dan saat-saat melahirkan anak,” kata beliau.

Ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa.

khasiat kalsium shaklee
Ibu-ibu sekarang kurang mengamalkan pengambilan kalsium iaitu susu, sama ada tidak menyukainya atau ada pula yang mempunyai masalah untuk minum susu.

Kalsium yang diambil itu amat berguna untuk kekuatan tulang terutama bagi ibu-ibu yang memerlukan zat tersebut bagi kekuatan menanggung berat bayi secara fizikal.

Selain itu, kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi.

Banyak penyelidikan dan kajian, atau lebih tepat kira-kira 14 kajian yang disenarai dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika mendapati kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi.

Keadaan itu dikatakan berlaku selepas 20 minggu kehamilan bersama dengan masalah lain. Difahamkan juga pra-eklampsia berpotensi membawa maut bagi ibu dan bayi akibat kenaikan tekanan darah tinggi.

Secara amnya, kalsium yang sedia dimiliki ibu akan diserap oleh bayi semasa dia membesar terutamanya dalam proses pembentukan tulang. Kesan paling ketara adalah ibu hamil akan kekurangan kalsium pada jumlah yang besar khususnya di akhir tempoh kehamilan.

Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu itu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya. Mereka juga berisiko tinggi menghidap osteoporosis.

Mereka yang mempunyai ketumpatan jisim tulang yang sangat rendah akibat kekurangan kalsium dan berat tulang yang kecil berpotensi besar mengidap osteoporosis dengan lebih cepat.

Kehilangan kalsium
Testimoni Kebas Hilang

Kehilangan kalsium dalam kalangan ibu hamil secara relatif lebih banyak iaitu sekitar tiga hingga 10 peratus berbanding wanita menopaus yang kehilangan satu hingga tiga peratus.

Itupun sudah dikira banyak. Bayangkan dengan kehilangan lebih tujuh peratus? Kehilangan ini disebabkan daripada permintaan yang tinggi terhadap kalsium oleh bayi. Jika ada yang memberitahu pengambilan kalsium boleh dikurangkan selepas beranak, itu juga satu tindakan yang tidak betul. Sebetulnya, ibu-ibu terutamanya yang menyusukan anak perlu terus mengekalkan pengambilan kalsium pada kadar yang sama. Kalsium diperlukan untuk mambantu proses merehatkan otot rahim yang mengecut semula mahupun sewaktu kedatangan haid. Pengambilan kalsium yang secukupnya juga didapati boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin.

Kekurangan zat itu juga boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kaki. Kekejangan yang berlaku itu boleh mengganggu emosi ibu selain proses bersalin itu sendiri.

Oleh yang demikian, adalah dinasihatkan ibu-ibu yang merancang hamil, sedang hamil mahupun yang sudah melahirkan anak supaya mengekalkan mengambil kalsium sama ada berbentuk suplemen mahupun daripada sumber semula jadi. Ini bagi mengelak kejadian seperti sakit pinggang, kebas, lenguh dan yang paling teruk memberi kesan pula dengan anak yang dilahirkan.

Artikel Penuh: http://goo.gl/lPHecW

Untuk dapatkan Vitamin Kalsium anda perlu hubungi saya seperti yang tertera di bawah dan sekiranya anda ingin membeli menggunakan kad debit atau kad kredit anda hanya perlu klik gambar dibawah. Seterusnya anda boleh dapatkan penerangan cara makan dari saya.

Ostematrik
Untuk tips, konsultasi produk dan ingin menjadi ahli sila
Hubungi Saya Khadijah Abdullah,
FB Personal: Khadijahabd | ♥ ID 892674 ♥ | Call/SMS/WhatsApp :0138369536 ♥ |

Emel: whiteponyyy@yahoo.com

Bagi yang berada di kawasan Bintulu Sarawak dan Semporna Sabah atau di kawasan yang berdekatan boleh lah COD dan dapatkan dari saya Pengedar Shaklee Di Bintulu Sarawak dan Pengedar Shaklee di Semporna Sabah. Stok sentiasa ADA untuk anda. Khadijahbeautyshop hanya memberi yang terbaik untuk anda sekeluarga 
 
 

2 comments:

  1. Salam sis..
    Ostematrix sumber kalsium yg bgs utk ibu hamil kn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm puan Nadia ..ya Ostematrik baik untuk ibu hamil malah bukan saja ibu hamil tapi untuk semua orang terutamanya kaum wanita... berminat boleh hubungi
      Khadijah Abdullah
      Pengedar Shaklee Bintulu Sarawak dan Pengedar Semporna Sabah
      FB Personal: Khadijahabd | ♥ ID 892674
      FB Page: https://www.facebook.com/khadijahbeautyshop
      Email khadijahabd@yahoo.com
      ♥ Call/SMS/WhatsApp :0138369536 ♥

      Delete