Thursday, 24 April 2014

Ekzema

Ekzema adalah masalah kulit yang biasa dihidapi oleh si manja. Ia biasanya terjadi kepada si manja dengan sendirinya sebelum si manja melangkah ke sekolah rendah.

Terdapat berjenis-jenis ekzema seperti
** Dyshidrotic eczema,
** Seborrheic eczema serta
** Atopic
*** Atopic eczema atau dematitis adalah jenis ekzema yang biasa dihidapi bayi dan kanak-kanak.

Penyebab ekzema
Ekzema berkait rapat dengan keturunan dan gen. Sesetengah gen akan menyebabkan kulit individu bertambah sensitif. Sistem keimunan yang terlalu aktif juga menjadi pendorong di samping ciri tdai normal pada kulit yang menyebabkan kelembapan terbebas dan membiarkan kuman masuk.

Antara faktor yang mencetuskan ekzema pada si manja ialah:
# pendedahan kepada bulu binatang
# penggunaan bahan kimia pada kulit
# pemakaian fabrik sintetik
# panas dan berpeluh
# cuaca kering dan sejuk
# tekanan perasaan atau stress
# kulit terlalu kering

5 simptom ekzema
1) kegatalan pada kulit yang sering terbentuk dalam bentuk tompok
2) lokasi tumpuan ialah dibahagian muka, bahagian berlipat pada si manja seperti leher, pelipatan lengan, belakang lutut, telinga dan pada kulit kepala
3) terdapat kanak-kanak mengalami ekzema di lutut atau siku
4) kegatalan akibat selalunya akan menyebabkan kulit kering, iritasi dan melecet serta berkuping. Ada kalanya kulit merekah dan menyebabkan terjadinya infeksi
5) kulit menjadi kemerah-merahan dan bersisik

Bagaimana merawatnya?
Menghidap ekzema bukan sahaja menyebabkan kegatalan pada kulit, ia juga akan mengganggu tidur, pergaulan dan menggugat emosi si kecil.

Ekzema tidak boleh dihilangkan begitu sahaja kerana ia mempunyai perkaitan dengan gen dalam badan yang tidak mungkin boleh diubah sama sekali. Walau pun bukanlah satu penyelesaian, namun sebagai langkah rawatan, ubat-ubatan, produk penjagaan diri dan peralihan gaya hidup perlu untuk mengawal ekzema yang dihidapi si manja daripada menjadi lebih teruk.

1)sapuan pelembab. Pelembab kulit yang diperbuat daripada bahan organik dan tidak mengandungi steroid adalah pilihan terbaik.
2) kuku si manja perlulah sentiasa pendek untuk mengelakkan kulit tercalar ketika menggaru.
3) tuam menggunakan pek ais untuk mengurangkan kegatalan
4) sentiasa memakai pakaian daripada fabrik kapas dan berpotongan longgar.
5) tutup bahagian yang gatal dengan pakaian
6) sentiasa memastikan ruang kediaman bebas habuk. Elakkan permaidani dan binatang peliharaan yang berbulu di dalam rumah.
7) Menggosok bahagian kulit yang gatal perlahan-lahan untuk melegakan.
8) Amalkan penyusuan susu ibu. Elakkan susu lembu, kekacang, telur dan makanan laut yang mungkin boleh menyebabkan radang ekzema tercetus

untuk produk shaklee, anda boleh dapatkan suplemn yang boleh membantu melegakan eczema anak-anak anda.
Punca Ekzema Shaklee

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Berminat nak mengetahui mengenai produk Shaklee dan ingin menjadi ahli serta memulakan bisnis? 

Hubungi saya 
 
Khadijah Abdullah
Pengedar Shaklee Bintulu Sarawak dan Pengedar Semporna Sabah
FB Personal: Khadijahabd  |   
ID 892674
FB Page: https://www.facebook.com/khadijahbeautyshop
Email khadijahabd@yahoo.com
Call/SMS/WhatsApp :0138369536




No comments:

Post a Comment