Wednesday, 9 April 2014

Pulau Selakan Semporna, Sabah

Kali ini kita lari dari topik Shaklee sikit ya, pasti ramai yang takut nak ke Sabah selepas kejadian yang berlaku di Lahad Datu dan Semporna pada tahun lepas dan baru-baru ini ada lagi kes pelancong China dan pekerja resort turut diculik di Semporna.

Khabar angin mengatakan pelancong China itu berada di tempat dan masa yang salah.. penculik sebenarnya hendak menculik pekerja resort kerana ada si kawan ni berminat dengan pekerja resort tersebut dan kebetulan pelancong berada di tempat kejadian, dan ikut pada kebiasaan kaum yang satu ini, tak payah lah sebut nama kaum eh..sensitif nanti hehe, biasanya kalau ada lelaki yang suka kepada si perempuan, perempuan tu akan dibawa lari, tapi tidak tahulah kan kalau sama dengan kes ini.. sekadar berkongsi. jadi tidak perlu lah takut kerana kes ni jarang-jarang berlaku. Saya pun bukan berasal dari Semporna, tapi sudah berada di Semporna semenjak dari tahun 2009 kerana mengikuti suami. Pulau dan laut kat sini memang sangat-sangat best. dan selama 1 tahun plak saya tinggal di Pulau Selakan dan juga kerana suami mengajar di Pulau. Sangat-sangat tenang dan udara bersih. nak tengok Gambar? pasti korang rasa teruja...

Semporna Sabah
ada pulau kecik dibahagian depan tu adalah Pulau Selakan, kat belakang tu pulau lain..lupa plak nama dia..nanti saya bg taw ya..

Pulau Sipadan hotel


ni sy ambik masa perjalanan nak ke Pulau Selakan Semporna, Sabah...sangat cantekk subhanallah.. walaupun banyak kali berulang alik dari pekan Semporna ke Pulau Selakan, tapi dia punya keindahan berlainan dari hari sehari..tidak pernah bosan.Kali ini kita bagi pemandangan kat pulau Selakan dulu ya, lepas ni kita ke pulau-pulau lain plak...

Pelancong China diculik di Semporna Sabah
bawa family ke Pulau Selakan

Pulau Menarik untuk diving
dah sampai dah dan kebetulan tengah tuai Rumpai Laut hehe

Semporna Sabah
kat belakang tu la sekolah tempat suami mengajar hehe

Pengedar Bintulu Shaklee
sangat-sangat berbaloi sempat bawa family yang datang, kebetulan adik kawen dengan orang Tawau hehe... dan yang last sekali tu lah rumah guru tempat kami tinggal... tak sampai 5 minit dah sampai ke sekolah ... sangat bahagia rasa...

No comments:

Post a Comment