Friday 25 April 2014

Pesta Regatta Lepa Semporna Sabah 2014

Setiap tahun di bulan April, daerah Semporna menyambut Pesta Regatta Lepa . "Lepa" tu bermaksud bot/perahu dalam bahasa Bajau. Sepanjang 3 hari pesta ini berlangsung, pelbagai aktiviti dijalankan, pertandingan pelamin tercantik pun ada dan acara kemuncak ialah bot/perahu itu sendiri, perahu dihias dengan cantik dan pertandingan perahu/bot tercantik turut diadakan untuk kampung-kampung. Ini ala-ala kapal berhias la dan pemenang untuk kapal berhias ni pada tahun lepas adalah kampung Selakan iaitu bertempat di Pulau Selakan dimana tempat suami mengajar, dan kami turut tinggal di pulau tersebut..banggaaaa sangat..,

Pada Regatta Lepa tahun ini saya dan kakak ipar membukai gerai jualan. adoiii punya panassss huhu, rasa dimasak dah...huhu...penjual yang lain pun begitu jugak, merungut kepanasan, biasa manusia kan hehe..redah je lah, bersusah-susah dolu, bersenang-senang kemudian.. dengar kata esok malam ada Stacy datang...hehe...

jom kita tengok johan Regatta Lepa tahun lepas...

Regatta Lepas Semporna Sabah
Pulau Selakan memenangi Kapal Berhias pada tahun lepas 2013

Gambar Kenangan Bersama Penduduk Kampung Selakan di Pulau Selakan

Untuk mengetahui cara hendak sampai ke Semporna boleh Hubungi saya :
 
Khadijah Abdullah
Pengedar Shaklee Bintulu Sarawak dan Pengedar Semporna Sabah
FB Personal: Khadijahabd  |   
ID 892674
FB Page: https://www.facebook.com/khadijahbeautyshop
Email khadijahabd@yahoo.com
Call/SMS/WhatsApp :0138369536

No comments:

Post a Comment