Friday 11 April 2014

Carotomax Shaklee Untuk Penyakit AMD

Mata yang dulunya dapat melihat objek dengan jelas kini mula berubah. Penglihatan menjadi kabur dan objek dilihat dalam keadaan bengkang bengkok, herot atau hanya terdapat titik hitam saja sehingga menyukarkan penghidapnya mengenali wajah orang lain.
Derita dialami penghidap penyakit dikenali degenerasi makular berkaitan umur (AMD) itu boleh dicegah jika ia dapat dikesan awal.

 la tahap pertengahan AMD hingga serius, penyebab utama penghidap mendapat butaTanpa sebarang RAWATAN, MATA AKAN BUTA!!

** TAHUKAH ANDA**
SHAKLEE mempunyai SEMUA produk yang dikatakan oleh Dr Pakar tersebut..

#Omega Guard mengandungi omega 3 ,

#Carotomax mengandungi Karotenoid bukan saja lutien dan zeaxanthin sahaja malah mengandungi 6 varieti Karotena

#Vitamin C, E dan zink - Gabungan nutrien ini adalah yang paling berkesan untuk membantu memperlahankan perkembangan bermu



Carotomax Shaklee Untuk Mata
RM74 30 Biji

Perunding Oftalmologi dan Pakar Bedah Vitreoretina, Dr Kenneth Fong berkata, penyakit AMD ada kaitan dengan usia dan ia menjadi punca utama buta yang boleh dicegah kepada golongan berumur 50 tahun ke atas.

“AMD adalah sejenis penyakit yang boleh merosakkan pusat ketajaman penglihatan yang diperlukan untuk melihat objek dengan jelas dan melaksanakan tugas seperti membaca serta memandu.


“Ia menjejaskan makula iaitu bahagian mata yang membolehkan anda melihat secara terperinci. Ia tidak menyakitkan tetapi menyebabkan sel-sel di makula mati,” katanya.

Tambahnya, apabila usia meningkat, mata kita juga akan menjadi tua dan biasanya selepas berusia 50 tahun, kerosakan urat saraf pada mata akan terjadi. Ketika ini, kira-kira 30 hingga 50 juta orang di seluruh dunia menghidap AMD yang menjadi punca utama kehilangan penglihatan teruk di negara maju.

Dr Kenneth memberitahu ada dua jenis AMD iaitu kering dan basah. AMD kering adalah masalah yang biasa ditemui dalam kes AMD (90 peratus).

Ia terjadi dengan perlahan-lahan dan tidak menyebabkan kehilangan penglihatan serius. Dalam kes AMD kering, sel dan salur darah di bawah makula pecah dan menyebabkan mendapan di belakang mata disebut lebihan lelemak (drusen).

Kerosakan ini menjejaskan makula dan keupayaan menghantar isyarat ke otak. Penglihatan tengah secara perlahan-lahan menjadi suram dan kelabu dalam satu jangka tempoh tertentu.

AMD basah kurang berlaku dan dianggap penyakit lewat yang menjejaskan hampir 1.3 peratus penduduk global berusia 50 tahun ke atas.

“Meskipun AMD basah hanya meliputi hampir 10 peratus daripada semua kes, ia mengakibatkan 90 peratus kehilangan penglihatan yang teruk.

“Ia menyebabkan kerosakan kekal makula dalam tempoh seminggu atau sebulan. AMD basah biasanya berlaku selepas AMD kering. Salur darah yang rapuh dan abnormal tumbuh di belakang mata,” katanya pada kempen kesihatan mata anjuran Focus Point, baru-baru ini.

Dalam kempen berkenaan turut diadakan pemeriksaan mata secara percuma kepada pengunjung dan forum mengenai masalah mata bermula pada 3 hingga 13 Oktober ini di pusat beli-belah 1 Utama.

Tambahnya, apabila salur darah yang rapuh atau tidak normal ini bocor, ia boleh menyebabkan makula pecah. Ia juga membuatkan makula berubah daripada kedudukan asalnya sekali gus menjejaskan penglihatan tengah menjadi herot.

Dalam kes tertentu, AMD dapat dirasai secara perlahan-lahan dengan perubahan pada penglihatan. Pemeriksaan mata secara komprehensif yang kerap dapat mengesan AMD sebelum individu itu kehilangan penglihatan. Namun, rawatan hanya boleh memperlahankan kehilangan penglihatan dan tidak memulihkan.

Dr Kenneth menegaskan, individu yang mempunyai masalah rabun jauh berpotensi tinggi untuk mendapat AMD disebabkan keadaan urat retina yang lebih nipis berbanding mata normal.

Justeru, selain mendapat rawatan daripada pakar mata, kita juga perlu menjaga kesihatan mata daripada pelbagai faktor yang menyebabkan deria berkenaan menjadi rosak.

“Kerosakan mata juga boleh dikaitkan dengan teknologi. Bagi mengelakkan masalah pada mata, rehat 10 minit dalam setiap satu jam ketika menggunakan alat teknologi tidak kira komputer, permainan video, televisyen atau telefon bimbit.

“Sebaiknya, luangkan masa 30 minit untuk bebas daripada sebarang alat teknologi dengan bersenam bagi menggalakkan mata mendapat cahaya secukupnya,” katanya.

Pada masa sama, Dr Kenneth juga menegaskan, kesihatan mata boleh dikekalkan menerusi pengambilan nutrien tertentu. Antara nutrien yang baik untuk mata adalah vitamin C, E, zink, karotenoid, omega-3 dan antioksidan yang boleh diperoleh daripada makanan.

Di dalam kes AMD, kajian menunjukkan lutein dan zeaxantin (yang ada pada bahagian tengah retina) adalah nutrien yang bertindak seperti `cermin mata’.

Ia melindungi mata daripada kesan oksidatif ultra ungu dan cahaya biru yang berbahaya. Semakin banyak cahaya yang tidak ditapis memasuki retina, semakin banyak lutein digunakan untuk melindungi tisu retina.

Menurut laporan terkini, pengambilan dan penyerapan lutein dapat menentukan ketumpatan pigmen perlindungan makula pada belakang mata yang boleh mencegah AMD. Kajian menunjukkan kandungan lutein dan zeaxantin yang rendah dalam diet mungkin akan meningkatkan risiko AMD.

Selain itu, Kajian Penyakit Mata Berkaitan Umur (AREDS) atau kajian penyakit mata akibat penuaan dilakukan bertujuan untuk mengkaji kesan pengambilan vitamin terhadap masalah AMD dan katarak.

Menerusi kajian berkenaan, mereka yang berisiko tinggi mendapat AMD dapat dikurangkan sebanyak 25 peratus dengan pengambilan makanan tambahan antioksida.

Kajian AREDS juga menunjukkan antioksida lain seperti vitamin A, C, E dan zink, selenium, lutein dan zeaxantin mungkin berkesan untuk melawan pengoksidaan yang menyebabkan degenerasi makular dan melindungi mata daripada mengalami kemerosotan seterusnya.


Vitamin C, Vitamin E dan zink

Gabungan nutrien ini adalah yang paling berkesan untuk membantu memperlahankan perkembangan bermula tahap pertengahan AMD hingga serius, penyebab utama penghidap mendapat buta.

Disebabkan penemuan berkenaan, kebanyakan pesakit yang disahkan mendapat gejala awal AMD pada hari ini akan diberikan ubat yang mengandungi gabungan nutrien itu.

Selain itu, dalam kajian AREDS2 pula melaporkan selain nutrien yang dikenali bagi mengurangkan risiko mendapat buta akibat AMD, penyelidik juga menemui asid lemak omega-3 dan gabungan dua karotenoid (lutein dan zeaxanthin) untuk membantu memperbaiki kerosakan mata penghidap masalah berkenaan.


Omega-3 dan antioksidan

Omega-3 boleh melambatkan proses perkembangan AMD. Ia boleh didapati daripada sumber ikan salmon dan ikan kembung dengan pengambilan dua atau tiga bahagian setiap hari.

Selain itu, kandungan omega-3 juga boleh diperoleh menerusi pelbagai jenis minyak daripada kacang walnut, kacang soya dan bunga matahari.

Tambah Dr Kenneth, sebaiknya seimbangkan pengambilan omega-3 dan omega-6 untuk melindungi retina daripada berisiko tinggi mendapat buta.

Selain omega-3, kandungan antioksidan juga boleh membantu mengekalkan mata sihat. Antara sumber yang mempunyai kandungan antioksidan adalah daging merah dan makanan laut.

Lutein dan zeaxanthin (Carotomax)

Selain itu, gabungan dua karotenoid iaitu lutein dan zeaxanthin terdapat di dalam sumber sayur-sayuran dan buah-buahan yang berwarna warni. Misalnya, labu, tomato, bayam, kuning telur, tiram, keledek dan brokoli yang boleh dimasukkan ke dalam senarai diet harian.

Secara umum, orang yang mengambil dua sumber karotenoid berbanding beta karotena kurang berisiko mendapat AMD dan katarak. Satu kajian dari Universiti Tufts mendapati 23 peratus daripada 1,802 wanita berusia 50 hingga 79 tahun yang mengambil makanan mengandungi beta karotena kurang berisiko mendapat katarak.

  * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Berminat nak mengetahui mengenai produk Shaklee? 
Hubungi saya untuk tawaran istemewa: 

KHADIJAH ABDULLAH
FB Personal: Khadijahabd
ID 892674
FB Page: https://www.facebook.com/khadijahbeautyshop
Call/SMS/WhatsApp :0138369536
COD Area: Bintulu sarawak / Semporna Sabah
  


No comments:

Post a Comment