Monday 6 October 2014

Makanan Untuk Tambah Susu Badan Ibu

Hal berkaitan Penyusuan ibu memerlukan persediaan awal dan bakal-bakal ibu perlu mencari sedikit info mengenai penyusuan ibu. Ini adalah kerana tanggungjawab seorang ibu selepas melahirkan adalah memberikan susu ibu kepada anak yang dicintai. Selepas saja bayi dilahirkan kedunia, makanan awal yang sesuai dengan organ penghadaman bayi adalah susu ibu iaitu susu yang paling sempurna kerana khasiatnya yang sangat kompleks. Alhamdulillah kesedaran bakal-bakal ibu mengenai penyusuan ibu terutama dalam mencari makanan untuk menambah susu badan ibu semakin meningkat. Ini adalah sebagai langkah persediaan supaya apabila bakal ibu yang mengalami masalah kekurangan susu badan tahu akan makanan untuk tambah susu badan ibu.

Kejayaan penyusuan samada susu banyak atau kurang sememangnya bergantung kepada taraf kesihatan dan pemakanan ibu yang mengandung. Beberapa langkah yang perlu ibu menyusu titikberatkan adalah menjaga pemakanan agar ia dapat menggalakkan pengeluaran susu ibu.

Video yang pasti buat anda tersenyum LEBAR dan seterusnya menjawab persoalan ibu-ibu dan bakal ibu-ibu yang menginginkan penyusuan susu sehingga si bayi berumur 2 tahun tanpa sebarang masalah. 


Ikuti pengalaman seorang Jururawat Puan Fara Wahida yang sebelum ini hanya dapat menyediakan 2 aun Susu badan dan selepas itu naik ke 7-9 aun untuk satu sesi. 
Apa yang menyebabkan beliau berjaya meningkatkan stok susu untuk anak beliau walaupun jadual waktu bekerja tidak menentu. Dalam pada masa yang sama perlu sediakan stok susu yang banyak untuk keperluan anaknya. Kenapa tak beri susu formula? Puan Fara dah berazam nak susukan baby beliau sehingga 2 tahun.


 Selain Set Ibu Menyusu, ada beberapa jenis makanan yang boleh menambah susu badan ibu

Pelbagai sayur-sayuran
Ia sentiasa menjadi pilihan terbaik bagi ibu menyusu bayi. Sayuran seperti brokoli, sawi putih dan lobak putih amat digalakkan.

Buah-buahan
Buah-buahan yang berkhasiat dan tinggi serat turut membekalkan sumber kalori sihat kepada ibu. Buah seperti epal, oren, betik dan bermacam lagi boleh dimakan setiap hari.

Bijirin
Ia mengandungi karbohidrat kompleks yang tinggi dan penting untuk meningkatkan bekalan air susu.

Buah-buahan kering
Buah-buahan kering seperti kismis, kurma, apricot,  yang mengandungi kalori yang cukup tinggi secara tradisional biasanya diberikan kepada ibu menyusu. Ia membantu meningkatkan kalori di dalam badan sekaligus meningkatkan pengeluaran susu ibu.

kan
makanan tambah susu ibuIkan dianggap sebagai salah satu makanan terbaik yang dapat membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu.  Ikan kaya dengan kandungan lemak esential yang baik untuk badan. Anda boleh mempelbagaikan jenis masakan berasaskan ikan bagi membuka selera ketika makan.

Tenusu
Seperti sedia maklum, produk tenusu mengandungi khasiat kalsium yang tinggi. Produk tenusu termasuk susu, keju, yogurt, mentega membantu melancarakan penghasilan susu ibu.

Air Kosong
Jumlah pengambilan air perlu lebih banyak berbanding wanita yang tidak menyusukan bayi. Penting bagi ibu minum air masak sebelum dan selepas menyusukan bayi untuk mengelakkan badan kekurangan air.

Teh herba
Minuman teh dengan perisa chamomile atau peppermint lebih baik berbanding minuman lain. Ibu menyusu perlu mengelakkan minuman bersoda atau yang mengandungi bahan pengawet.

Selain daripada mengambil pemakanan sihat, ibu juga boleh mengamalkan urutan pada payu dara bagi membolehkan pengeluaran susu lebih lancar. Sekiranya anda tidak mempunyai masa untuk menyediakan makanan tersebut anda juga boleh cuba Set Ibu Menyusu seperti yang dilakukan oleh Puan Fara. Susu Ibu adalah makanan terbaik untuk bayi anda.

Untuk dapatkan Set Ibu Menyusu Shaklee anda perlu hubungi saya seperti maklumat yang tertera di bawah dan sekiranya anda ingin membeli menggunakan kad debit atau kad kredit anda hanya perlu klik gambar dibawah. Seterusnya anda boleh dapatkan penerangan cara makan dari saya. Ingat tidak ada alasan sibuk untuk memberikan apa yang sudah menjadi hak untuk mereka.

 Set Menyusu Shaklee

Daftar Ahli Shaklee
Nak lagi info tambah susu ibu
Hubungi Saya Khadijah Abdullah,
FB Personal: Khadijahabd | ♥ ID 892674 ♥ | Call/SMS/WhatsApp :0138369536 ♥ | whiteponyyy@yahoo.com

Bagi yang berada di kawasan Bintulu Sarawak dan Semporna Sabah atau di kawasan yang berdekatan boleh lah COD dan dapatkan dari saya Pengedar Shaklee Di Bintulu Sarawak dan Pengedar Shaklee di Semporna Sabah. Stok sentiasa ADA untuk anda. Insya Allah servis TERBAIK hanya untuk anda. Khadijahbeautyshop hanya memberi yang terbaik untuk anda sekeluarga 

No comments:

Post a Comment