Sunday 8 February 2015

Ahhhh !!! Aku Nervessss...

Ahhhhh !!!
Aku Nervesss... eh ini bukan saya yang cakap... ni Fazura yang cakap masa pembukaan Maharaja Lawak Mega Akhir 2014 hehe.. cantik kan Fazura malam tu dan yang bestnya Zero orang Sabah bah menjuarai MLM malam tu..choppppp !! bukan itu yang saya nak ceritakan..saya nak luahkan perasaan nerves ..ya AKU NERBESSSS sekarang !!!!.. tidur ku tak lena, mandi ku tak basah, makan tak kenyang....haha nampak sangat menipu nya.. tak lah sampai kesitu kesan dari nervous ni..kenapa plak aku nerves? haaa ni la mama Azrin punya pasal la ni..hehe...tapi niat mama Azrin sememangnya baik. Seorang leader kena berani menyahur cabaran kan, baru keluar dari kotak 'selesa' tu.

Bagi yang kenal saya, saya seorang pemalu (pemalu bertempat la) dan yang sebenarnya saya seorang yang pendiam. Tak banyak idea nak disembangkan sebenarnya. Muka jak garang dan serius (ini feedback dari kawan-kawan yang kenal saya) tapi hati manyakkk baik. Saya tak pernah lagi nak bagi speech kat depan orang ramai seorang diri dalam tempoh yang lama. ermm kalau nak dicakapkan tak pernah, tipu jugak sebab dulu saya pernah mengajar di UPM Bintulu Sarawak sebagai tutor sambilan tapi kat UPM digelar Penunjukajar Sambilan, selama 3 semester. Boleh plak kan bercakap kat depan pelajar UPM tapi gabra jugak mula-mula. Lama kelamaan biasa dah.
Mungkin betul kata Mama Azrin kena mula dari sekarang, kena biasakan diri.

Nak berjaya kena buat yang luar biasa dari biasa. Ok saya terima walaupun tak taw macam mana lah keadaan nya nanti, mudah-mudahan saya tak ter'hang' kat depan.hehe... ehh buang aura negatif lahh.. kena yakin boleh ni.. nak jadi hebat macam mama Azrin..lupa plak nak kenalkan. Azrin ni mentor kami, saya berada di bawah susur galur mama Azrin..keturunan ke-7...mama Azrin dah berjaya naik Master taw. Orang pertama Mealyu bumiputera sarawak yang berjaya naik rank Master iaitu rank tertinggi didalam bisnis Shaklee. Orang nya sempoi dan simple gilaaa... peramah sangat...selesa lah dibawah kepimpinan mama...

Sabtu ni ada kelas yang diadakan oleh mama Azrin di Branch Kota Kinabalu Sabah dan antara yang kena bagi speech kat depan adalah saya sendiri ..hehe... Rabu ni dah kena submit slide .nak kena audit dulu oleh mama... dan tajuk saya ialah.. Teknik mendapat jualan setiap hari melalui Online sahaja..haaa hebat tak hebat tajuk. korang nak taw jugak ke? kena lah hubungi saya. ni poster untuk klas hari Sabtu ni. Cer teka yang mana satu saya.. hehe...doakan saya ya ..semoga dipermudahkan dan dilancarkan tutur kata saya sepanjang daya kat depan kelas...

 
Untuk tips, konsultasi produk-produk Shaklee dan ingin mendaftar ahli sila
Hubungi Saya Khadijah Abdullah,
FB Personal: Khadijahabd | ♥ID 892674 ♥ | Call/SMS/WhatsApp :0138369536 ♥ | whiteponyyy@yahoo.com

Bagi yang berada di kawasan Bintulu Sarawak dan Semporna Sabah atau di kawasan yang berdekatan boleh lah COD dan dapatkan dari saya Pengedar Shaklee Di Bintulu Sarawak dan Pengedar Shaklee di Semporna Sabah. Stok sentiasa ADA untuk anda. Khadijahbeautyshop hanya memberi yang terbaik untuk anda sekeluarga 
  

No comments:

Post a Comment