Saturday 18 April 2015

Resipi Apam Pisang Semudah 123

Assalamualaikum dan selamat petang semua...lama nyalah saya tak up kan entry kat blog...dah bersawang dah ... 

Memandangkan saya dah mencuba resipi apam pisang yang semudah 123 pagi ini. So hari ini nak share RESIPI APAM PISANG MUDAH DAN CEPAT. Tak percaya? Tapi korang kena percaya kali ini. Resipi ni saya dapat dari FB tapi dah lupa dah nama page. Saya memang suka cuba kalau bahan dan resipi tu mudah dicari dan di buat. Ok terus kepada resipi..taw ada kawan-kawan tak sabar nak mencuba. Hehe

Ini lah hasil Apam Pisang Saya ... Semudah 123

 

Bahan-Bahan


(Untuk 14-15 apam pisang) 

3 Biji Telur
Pisang (kalau macam pisang yang saya guna kena 3 biji pisang)
2 Cawan Tepung Gandum
1 Cawan Gula
1 Cawan Minyak Masak
2 Sudu Teh Soda bikabonat 

Apa-apa bekas asalkan tahan panas tapi lebih baik guna bekas khas cupcakes atau apam dari plastik yang saya pakai huhu (takda pilihan)

Cara-Cara


Siap untuk diblender

Ada 2 cara saya try sebab saya buat dua adunan (terlebih rajin)

1) Cara pertama
- campur semua bahan-bahan di atas ke dalam blender dan terus blend

- Blend sehingga hancur pisang-pisang tu ya. 

- Lepas tu boleh lah diletak dalam bekas yang korang suka dan kukus selama 15 minit.

2) Cara Kedua
- Blend dulu gula, minyak dan telur
- Dah hancur gula tu, masukkan kesemua bahan yang lain dan blend sehingga pisang tu hancur. Kukus selama 15 minit


Dah boleh dituang kedalam bekas

TIPS KHAS
Ada masalah semasa memblend..mungkin blender akan terberhenti, tak boleh nak bergerak sebab dah jadi pekat, tapi saya paksa jugak blend hehe..saya kacau-kacau dengan sudu supaya yang terblend dibawah dibawa ke atas dan blend lagi.

JANGAN MEMANDAI-MANDAI TAMBAH AIR ..kalau nak tahu apa jadi cer tambah.. KIHKIH

SELAMAT MENCUBA!!

Korang mesti cuba RESIPI APAM PISANG MUDAH DAN CEPAT ni. Sedap dan tak manis. Resipi apam pisang paling senang hehe..

kalau dah try korang komen la kat entry ni, mana taw korang punya blender berjalan dengan lancar, tak seperti yang saya alami..huhu.. Atau ada tips lagi menarik yang boleh kita kongsi bersama.

Pstttt ambik gambar ya hehe..
Nak jugak try buat guna tepung soya ESP tapi sayang plak hehe.. K bai


4 comments:

  1. Salam dijah..wah senangnyer nak buat apam pisang ni..wajib dicuba ni.tq for sharing.

    ReplyDelete
  2. Nampak cam senang je.. leh try ni

    ReplyDelete
  3. wah dah jadi apam pisang dijah! mesti cuba nti..nti nak try letak serbuk koko..hehe..jd la apam pisang coklat!

    ReplyDelete
  4. Kihkih...tq semua sudi baca saya punya cerita..excited !!! Sampai rajin buat 2 kali haha...

    ReplyDelete