Sunday, 20 July 2014

Penyebab Mulut Berbau

Lagi beberapa hari kita nak menyambut Hari Raya Aidilfitri, banyak persiapan nak dibuat..ada yang nak bagi rambut lurus lah, nak bagi muka halus la, nak kurus lah tapi ada yang sorang ni masih risau sebab mulut berbau huhuhu...yalah nak beraya mesti nak peluk cium bagai kan, jadi mulut kena bau wangi. ok jangan susah hati, kita kena tahu kenapa mulut berbau ini terjadi. Diharap masih sempat la kan nak wangi di pagi raya.

Bau mulut (halitosis) atau mulut berbau adalah masalah yang sangat biasa dialami oleh seseorang, dan berdasarkan statistik, 1 dari 4 orang mengalami masalah bau mulut. Masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa punca, dan antara penyebab yang diketahui adalah

Penyebab Bau Mulut

Penyebab bau mulut, atau dalam istilah perubatan disebut halitosis, antara lain:

Kebersihan mulut
Higienitas mulut yang tidak dijaga dengan baik adalah penyebab bau mulut. Bakteria yang berada pada gigi, gusi, dan lidah dapat menyebabkan plak yang akhirnya bertapakl pada permukaan gigi. Selain itu plak juga dapat menyebabkan penyakit gusi dan kerusakan gigi (keropos atau berbau busuk).

Bakteria yang bercampur dengan air liur (saliva) akan menghancurkan sisa-sisa makanan pada gigi dan mulut serta mengeluarkan bau yang tidak sedap keluar dari mulut

Hal ini dapat ditangani dan dicegah dengan cara menggosok gigi ( juga lidah) secara rutin, menggunakan cecair khas untuk berkumur, atau dengan melakukan pemeriksaan dan rawatan gigi dengan doktor gigi.

Makanan dan minuman
Mengambil dan mengamalkan jenis makanan atau minuman yang beraroma tajam juga dapat menyebabkan bau mulut dan nafas berbau. Jenis makanan dan minuman yang dimaksukan antara lain bawang, kopi, alkohol dansebagainya. Tetapi bau mulut yang disebabkan oleh makanan dan minuman biasanya bersifat sementara.

Jenis bau mulut ini juga sangat mudah dicegah atau dihindari, iaitu dengan tidak mengambil jenis makanan dan minuman yang dapat menyebabkan bau mulut, atau setidaknya untuk menghindari makanan dan minuman jenis ini sebelum berjumpa dengan orang lain.

Merokok
Penyebab lain adalah tabiat merokok. Selain menyebabkan bau mulut, merokok juga mengakibatkan gigi menjadi kuning dan kesihatan gusi juga terganggu. Berhenti merokok adalah jalan penyelesaian kepada risiko diserang penyakit gusi dan nafas berbau

Ubat-Ubatan
Beberapa jenis ubat-ubatan dapat menyebabkan bau mulut. Minta keterangan pada doktor anda untuk mengetahui apakah ubat yang anda amalkan dapat menyebabkan nafas berbau, dan minta ubatan lain untuk jalan alternatif bagi menggantikan ubat yang sedia ada

Keadaan Kesihatan
Keadaan kesihatan seseorang juga dapat menyebabkan bau mulut, contohnya mulut kering (xerostomia), sinusitis, diabetes, bronchitis, dan lain sebagainya.

Selain yang tersenarai di atas, bau mulut juga dapat terjadi karena berpuasa, melewatkan jam makan terlalu lama, dan juga melakukan program diet-rendah-karbohidrat. Hal tersebut dapat terjadi kerana tubuh akan menganggu lapisan lemak untuk dijadikan tenaga tambahan. Akibatnya akan terbentuk senyawa kimia yang disebut zat keton, dan menyebabkan bauan nafas yang berbau.

Oleh itu jagalah mulut anda dan jangan ambik mudah kerana ini akan menyebabkan kita rasa rendah diri dan kurang bergaul bersama orang lain. Dan apa yang boleh produk Shaklee bantu ialah dengan mengambil beberapa suplemen..antara yang dicadangkan adalah

Nafas Berbau


Rawatan Masalah Mulut Berbau

Herblax - Untuk pembersihan usus
Vitamin C Plus - Menyembuhkan penyakit gusi dan detoksifikasi yang bagus
Garlic Complex - Merupakan antibiotik semulajadi yang berfungsi memusnahkan bakteria
Alfalfa Complex - Membantu menyegarkan nafas dan mendetoksifikasikan bau
Peppermint Ginger Plus - Berkesan membunuh bakteria penyebab bau mulut

Untuk konsultasi, pertanyaan dan pesanan produk, hubungi saya Pengedar Shaklee Bintulu Sarawak dan Pengedar Shaklee Semporna Sabah ..boleh pm/wasapp/sms/call 0138369536



No comments:

Post a Comment