Mengikut pemerhatian saya, pada zaman sekarang ramai ibu-ibu yang menyusukan anak pada bulan pertama atau kedua saja iaitu masa ibu itu berpantang, dan disebabkan selepas 2-3 bulan cuti berpantang habis, bekalan susu badan pun diberhentikan serta-merta atas alasan tak sempat nak bagi susu badan, takut baby bergantung kepada susu badan, susu badan kering dan sebagai nya. Tapi Tahniah kepada yang masih memberi susu badan kepada bayi anda sehingga berumur 2 tahun atau lebih dari itu. Bagi yang pentingkan kesihatan bayi anda dan sebenarnya untuk kesihatan si ibu juga, pasti mereka tidak akan memberhentikan memberi bekalan susu badan kepada bayi mereka. Ini ada Allah sebut dalam
Allah S.WT dalam firman-Nya:
Maksudnya:
Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan.
(Al-Baqarah 2:233)
Rasulullah s.a.w juga menegaskan tentang had umur bayi yang
disabitkan hukum penyusuan iaitu selama dua tahun sebagaimana hadis
baginda yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi:
Maksudnya:
Tidak akan menjadi mahram dari susuan kecuali susuan yang boleh
membuka usus (membesarkan pertumbuhan anak) dan penyusuan itu hendaklah
sebelum sampai dua tahun.
Kebaikan penyusuan badan untuk bayi:
**Susu ibu membekalkan nutrien terbaik untuk bayi kerana ia mengandungi nutrien dalam kadar mencukupi.
**Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.
**Susu ibu, terutamanya kolostrum, menguatkan sistem imuniti bayi.
Ia melindungi bayi daripada jangkitan seperti cirit-birit, selesema,
bronkitis dan radang paru-paru.
**Susu ibu mencegah pelbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi.
**Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk
perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak.
**Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
**Susu ibu mudah diperoleh pada suhu yang betul setiap masa oleh itu ia tidak susah disediakan.
**Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
**Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi
sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.
Kebaikan penyusuan badan untuk ibu :
**Membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz asal
dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
**Membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal dengan cepat.
**Mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
**Menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya.
Kebaikan lain:
**Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.
**Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak.
(Sumber: Info Sihat, Kementerian Kesihatan Malaysia)
saya ambik pengalaman cara si ibu nak bagi susu badan banyak
dari www.melayu.com
".....susu badan ni berdasarkan supply and demand... kalau nak supply banyak
kita kena pastikan yg baby mmg selalu demand pun bnyk.. sekurangnya menyusukan baby 8 kali sehari... kalau cam kita yg
kerja lps 2 bulan tu kena make sure kita pump la... pump ni pun kena
betul gayanya.. kalau tak kena gaya nanti tak bnyk gak susu... kalau nak
susu bnyk masa pump.. kena le bayangkan baby kita masa tu.. or mainkan
tape suara baby kita nangis ke...
selalu nya susu makin kurang bila kita dah tak selalu susukan baby...
mcm sirna dulu anak 1st tu susukan sampai 6 bln lbh je sbb masa pantang
mmg susu bnyk sesgt.... sampai dah keje pun.. selalu habis basah breast
pad yg dipakai tp satu je silapnya sirna malas nak pump masa tu.. so
balik rmh baru suskan baby so lama2 baby pun dah marah sbb malam masa
dia nyusu, susu tak cukup....."
Penyusuan ibu memerlukan persediaan sejak dari awal lagi khususnya sejak ibu mula mengandung. Kejayaan penyusuan juga banyak bergantung kepada taraf kesihatan dan
pemakanan ibu yang mengandung. Jika ibu mengalami sebarang masalah
kesihatan dan masalah kekurangan zat pemakanan, keadaan ini boleh
menjejaskan atau mengganggu proses penyusuan. Penting bagi ibu
mendapatkan sumbet zat protein yang mencukupi, vitamin serta zat logam
khususnya zat besi kerana zat pemakanan ini akan masuk ke dalam air susu
bagi memenuhi keperluan bayi. Oleh itu untuk suplemen tambahan bagi menambah khasiat susu badan dan
kesihatan badan.. boleh lah mencuba "Milk Booster" khas untuk Ibu yang
menyusu badan.
Untuk dapatkan produk semulajadi ini boleh hubungi saya Pengedar
Shaklee di Bintulu Sarawak dan juga Pengedar Shaklee Semporna Sabah dan
setelah itu anda juga akan mendapat konsultasi percuma dari saya
Saya adalah Pengedar Shaklee di Bintulu Sarawak. dan juga Pengedar Shaklee di Semporna Sabah . Kepakaran saya adalah mencadangkan produk shaklee yang bersesuaian untuk anda sekeluarga. Insya Allah produk Shaklee READY STOCK di Bintulu dan Semporna dan COD secara PERCUMA KHADIJAH BT ABDULLAH 0138369536 ID892674
No comments:
Post a Comment