Monday, 18 August 2014

Risiko Bersalin Cara Pembedahan Caesarean

Masa beraya kat rumah kawan aritu ntah macam mana boleh masuk bab bersalin, yalah dari satu topik ke topik yang lain dan bersalin tu plak bersalin secara pembedahan..aduiii saya sebagai pendengar dah rasa sakit nya. Ada yang cakap bersalin secara pembedahan Caesarean tidak sakit berbanding beranak normal. Pembedahan caesarean adalah  melibatkan pembedahan besar pada bahagian perut dan pelvis anda.. Pilihan bersalin secara normal adalah lebih selamat berbanding pembedahan caesarean. Ini bukan sahaja untuk kehamilan anda sekarang, tetapi juga untuk kehamilan anda yang seterusnya. Kaedah bersalin normal juga lebih baik untuk kesuburan anda pada masa hadapan. Walaupun kaedah pembedahan caesarean adalah biasa dilakukan dan kita dengar, tetapi kesemua pembedahan mempunyai risikonya sendiri, terpulang kepada anda dan doktor untuk menimbangkan risiko dan kebaikan pembedahan caesarean dalam membuat keputusan apa yang terbaik untuk anda.

Caesarean Section (LSCS)
Risiko kesan sampingan bersalin pembedahan Caesarean. 

Beberapa panduan am berkaitan kesan sampingan bersalin pembedahan Caesarean.
1) Bersalin secara pembedahan mungkin membabitkan lebih pendarahan berbanding bersalin biasa.
2) Kadangkala ia boleh menyebabkan rahim terpaksa dibuang untuk menghentikan pendarahan. Ibu mungkin mengalami lemah badan atau kelesuan selepas bersalin.Keadaan itu lebih ketara berbanding jika dia bersalin biasa.
3) Lazimnya, doktor akan mengambil langkah proaktif untuk mengelakkan pendarahan berlebihan sewaktu dan selepas bayi dilahirkan.
4) Pada hari kedua selepas pembedahan,sedikit sampel darah anda mungkin diambil untuk mengetahui paras hemoglobin darahnya.
Ibu juga mungkin sudah dibekalkan ubat pil zat besi untuk memulihkan paras hemoglobinnya.
5) Jangkitan kuman boleh berlaku sama ada di dalam rahim (dinamakan endometritis) atau pada bahagian kulit (lebih kerap disebut wound breakdown) atau ke dalam aliran darah (septisemia).
6) Lazimnya, doktor memberikan antibiotik terus ke dalam aliran darah (intravena) sejurus sebelum pembedahan bermula dan diteruskan beberapa dos kemudian untuk mengelakkan risiko ini.

bersalin cara normal
Bersalin Secara Normal

Bersalin cara pembedahan caesarean
Bersalin Secara Pembedahan Caesarean
 
Penyebab anda terpaksa menjalani pembedahan.
*Kebanyakan penyebab (contohnya bayi lemas) tidak berkait dengan risiko untuk berulang pada kehamilan akan datang.
*Penyebab seperti uri di bawah, rahim berkembar (bikornuat), tulang pelvis atau punggung sempit pula mungkin lebih berisiko untuk bersalin secara pembedahan pada kehamilan akan datang.

Secara prinsipnya,setiap pasangan berhak membuat keputusan mengenai bilangan anak yang diingini,namun biarlah setelah mendapat penerangan doktor mengenai risiko meneruskan itu.

~Berulang kali menjalani pembedahan Caesarean meningkatkan risiko rahim koyak atau lebih dikenali sebagai uterinerupture.

Ia bukan saja berlaku pada hari sakit bersalin tetapi boleh berlaku pada bila-bila masa terutama setelah kandungan mencapai tujuh bulan.

~Walaupun risiko ini bukanlah 100 peratus (risikonya dilaporkan antara satu hingga dua peratus), namun jika dibandingkan dengan wanita yang baru sekali saja menjalani pembedahan Caesarean, risikonya meningkat sebanyak sehingga empat kali ganda. Apabila ia berlaku, keadaannya sangat mencemaskan dan membahayakan nyawa wanita, apatah lagi bayi dikandungnya.

Bahaya jugak kan..semua yang baca ni mesti rasa ngilu dan rasa sakit pun ada...rasa tak nak ngandung pun ada tapi itu lah kuasa Allah. Biar pun ada yang dah merasa 'kesakitan' itu tapi dapat jugak lahirkan anak sampai berbelas. Ini maklumat untuk saya dan pembaca-pembaca semua. Harap dapat membantu dan bagi yang tengah mencari set hamil, set berpantang boleh lah hubungi saya untuk maklumat lebih lanjut.

 Pengedar Shaklee di Bintulu Sarawak dan juga Pengedar Shaklee Semporna Sabah dan setelah itu anda juga akan mendapat konsultasi percuma dari saya

KHADIJAH ABDULLAH
FB Page: https://www.facebook.com/khadijahbeautyshop
Call/SMS/WhatsApp :0138369536
COD Area: Bintulu sarawak / Semporna Sabah

No comments:

Post a Comment