Monday, 15 September 2014

BAHAYA kah Gelang Getah "Loom Band" ?






“Manifestasi kanser dan gangguan endokrin akibat terdedah kepada bahan kimia tersebut akan lebih nyata setelah tempoh waktu yang lama. Ia juga bergantung kepada status kesihatan orang yang terdedah kepada dengan kimia itu,” kata beliau, sambil menambah bahawa mesin tenun loom band masih boleh didapati di pasar raya di negara ini. 



Apa Itu Karsinogenik?
Mungkin anda pernah mendengar istilah karsinogenik ini? Atau pernahkah anda dinasihatkan untuk tidak memakan atau memakai suatu produk kerana boleh menimbulkan kanser?Sebenarnya apa itu karsinogenik dan apa saja contohnya?
Karsinogenik adalah bahan yang menyebabkan kanser atau meningkatkan risiko timbulnya kanser. Kanser sendiri terjadi akibat perubahan (mutasi) gen (DNA) dari sel-sel tubuh sehingga berkembang menjadi sel abnormal yang tidak akan mati dan tumbuh tanpa boleh dikawal. Bagaimana karsinogenik menimbulkan kanser? Karsinogenik menimbulkan kanser boleh secara langsung, iaitu bahan tersebut menyebabkan perubahan atau mutasi pada DNA sel tubuh dan secara tidak langsung dengan cara mencetuskan pembahagian sel secara cepat sehingga akibat terlalu cepat tersebut terjadi kegagalan mencipta sel yang sempurna dan sel kanser pun timbul.


haaa.... bahaya tak bahaya? memang bahaya tetapi jika kita pandai menjaga cara permainan atau accessori getah atau loom band ini, benda tu tidak lagi menjadi bahaya kepada kita, ingat gelang getah ini kecik dan mungkin sesiapa yang ada baby yang masih lagi tidak tahu membezakan makanan atau benda yang tidak boleh di makan, baik simpan elok-elok. Terpulang kepada individu masing-masing. Memang ada bahaya nya, lebih-lebih lagi ada bahan kimia. Jadi ambik langkah yang bijak dan selamat. Jangan lupa belajar ya dik..cuti, cuti jugak..buku jangan lupa.... 

No comments:

Post a Comment