Saturday, 13 September 2014

Beg Tangan Berat Undang Bahaya

Menurut penelitian, majoriti wanita membawa beg tangan yang beratnya sekitar satu hingga tiga kilogram sehari. Membawa barang berat seperti ini memberikan kesan negatif kepada tulang belakang, bahu dan lengan. Beg tangan yang berat boleh megundang BAHAYA. Cuba tanya beberapa orang yang sentiasa ke sana ke mari dengan beg tangan besar yang berkilogram beratnya. Beg tangan mereka sama saja isinya walaupun hendak ke tujuan berlainan. Sama ada ke tempat kerja, pasar raya, taman permainan, menziarah orang sakit mahupun ke majlis amal. Ini boleh digelar sebagai sindrom beg tangan berat.

Bukan saja membahayakan kesihatan tapi beg tangan boleh menjadi lokasi pembiakan bakteria,batuk dan penyakit kronik yang lain.

Wanita bujang, ada anak ramai, ada anak seorang mahupun yang tiada anak, tidak dapat dibezakan sekarang kerana ramainya yang sudah mendapat sindrom beg tangan berat ini


Wanita dinasihatkan untuk 'detoksss beg tangan paling tidak seminggu sekali dan membuang apa yang tidak perlu.

Inilah yang sering diucapkan oleh seseorang yang menghidap sindrom beg tangan berat.

“Saya pun tak tahu kenapa beg tangan saya semakin hari semakin membesar dan memberat.”
beg tangan “Malu pun ada, beg tangan saya terlampau berat hinggakan talinya putus ketika hendak ke tempat kerja. Tapi saya sudah gantikan dengan tali yang lebih besar dan kuat.”
“Sebab kenapa beg tangan saya terlalu berat ialah saya tidak boleh meninggalkan barang penting.. Semuanya mesti ada dengan saya!”
“Beg tangan saya beratkah? Alah, apa salahnya, wanita mana boleh dipisahkan dengan beg tangan!”
“Saya membawa beg tangan besar supaya mudah mengisi bermacam-macam benda di dalamnya!”

“Sebenarnya saya sedang memikirkan untuk membawa dua beg tangan setiap kali keluar kerana yang satu sudah terlalu penuh dengan barang.”
beg tangan Betulkah wanita tidak boleh dipisahkan dengan beg tangan? Adakah kita terikut dan menjadi mangsa trend sebagaimana ramai wanita yang merasakan mereka perlu berkasut tinggi walaupun ia memudaratkan kaki dan seluruh badan.

Apa yang ada di dalam beg tangan anda? Dompet, telekung, kunci, telefon, komputer riba, baju gantian, payung, air mineral, gincu dan bekasnya, cermin, buku nota, pen, kertas penyerap minyak muka, minyak wangi, krim tangan, gula-gula, gula-gula getah, biskut, iPod, duit siling, diari, buku, majalah, sabun muka, tisu tandas dan bermacam lagi.

Beg tangan yang memberat isinya sebenarnya adalah beban yang membuatkan pergerakan terbatas, juga memberi masalah. Bayangkan anda seorang diri dan hendak ke tandas awam dengan beg tangan seberat empat kilogram yang mengembung dan bersilang-silang di bahu. 

Di sini ada CARA MENGUBAH diri daripada terikat dengan sindrom beg tangan berat:


Beg tangan berat undang bahaya

  • Gunakan beg tangan kecil. Biar beg tangan anda hanya muat mengisi dompet, telefon, pen dan buku nota dan yang penting perlu kurang dari 2 kilogram.


  • Beli beg yang sedia ringan. Mungkin harganya sedikit mahal, tetapi beg yang berat adalah penyebab kepada beban kita. Pilih beg yang ringkas rekabentuk nya, yang tidak mempunyai banyak tambahan zip dan poket serta hiasalan lain. 

  • Mulakan dengan mengehad­kan jumlah yang boleh ada di dalam beg. Contohnya anda hanya boleh mempunyai lima barang di dalamnya. Dompet, telefon, buku nota kecil, pen dan kunci. Tanamkan azam dan anda pasti boleh melakukannya.

  • Bedak, gincu, pembayang mata, pemerah pipi dan pelembap bibir. Betulkah anda perlu semua ini sepanjang masa? Mungkinkah anda tidak memakainya melainkan sudah kebiasaan ia berada di dalam beg tangan? Apa kata tidak perlu membawanya lagi.

  • Beg tangan yang besar dan berat mengganggu pergerakan berbanding beg tangan yang kecil dan ringan. Memang pada mulanya kita rasa tidak biasa, tetapi alah bisa tegal biasa. Tukar selera ketika membeli beg tangan. Cari yang kecil dan ringan saja.

  • Apa hendak dibuat dengan beg tangan anda yang besar dan berat yang sudah banyak menjadi koleksi di dalam almari? Ia masih elok dan agak mahal harganya. Apa salahnya dijual dengan harga rendah kepada orang lain ataupun sedekah saja. 

    • Dan seterusnya untuk langkah berjaga-jaga anda boleh mula mengamalkan Set Sendi untuk penjagaan sendi-sendi badan supaya lebih kuat untuk menanggung beban beg tangan yang berat,
    Anda mungkin tidak merasa kesannya sekarang, beg tangan berat yang menjadi gaya hidup akan menunjukkan simptom-simptom dan memudaratkan kesihatan anda di kemudian hari terutama apabila umur meningkat tua. Bukan hanya sakit belakang dan bahu tetapi ia juga boleh mengakibatkan sakit di teng­kuk, kaki dan pening kepala.

    Untuk dapatkan Set Sendi boleh
    Hubungi Saya Khadijah Abdullah,
    Pengedar Shaklee Bintulu Sarawak dan Pengedar Semporna Sabah.

    FB Personal: Khadijahabd | ♥ ID 892674 ♥ | Call/SMS/WhatsApp :0138369536 ♥ | whiteponyyy@yahoo.com

    No comments:

    Post a Comment