PARACETAMOL MUDARATKAN TUBUH?
Paracetamol diklasifikasi sebagai analgesik (ubat penahan sakit) yang ringan dan antipyretics (pengurang demam). Ia biasanya diambil untuk melegakan sakit ringan dan sederhana seperti sakit kepala, demam, sakit otot, senggugut, sakit tekak, sakit gigi dan sakit belakang. Selain paracetamol boleh digunakan untuk melegakan kesakitan Osteoartritis (artritis yang disebabkan oleh pecahan lapisan sendi). Paracetamol atau juga dikenali juga sebagai panadol dikalangan pengguna, ia adalah bahan utama dalam banyak ubat selesema. Dalam kombinasi analgesik dengan opioid, paracetemol boleh juga digunakan untuk sakit yang teruk seperti selepas pembedahan dan dikalangan kanser.
Ternyata, paracetamol dilihat berupaya melegakan pelbagai kesakitan yang dihadapi oleh seseorang. Oleh kerana inilah terdapat ramai individu memilih untuk mengambil paracetamol apabila diserang sakit ringan dan sederhana. Bahkan terdapat beberapa jenis jenama paracetamol yang cukup popular dinegara ini.
Kesan Buruk Paracetamol
Penemuan ini menyebabkan Doktor diberi amaran daripada pemerhati kesihatan di Britain dan Amerika Syarikat (AS) supaya tidak kerap memberikan paracetamol kepada pesakit. Perkara ini dilaporkan oleh Mail Online.
Kajian lain dari Penyelidik di University Sydney telah menjalankan kajian ke atas lebih 1,650 responden yang menderita sakit belakang dan pelbagai penyakit lain dalam tempoh kira-kira enam minggu. Satu pertiga responden diberikan dos harian paracetamol, satu pertiga lagi diberikan ubat biasa dan satu pertiga lagi diberikan pil plasebo dengan kesemua mereka secara purata mengambil masa selama 17 hari untuk pulih. Dr. Christopher Williams yang mengetuai kajian itu menjelaskan keputusan itu mengandaikan bahawa pakar perubatan perlu menimbangkan semula paracetamol sebagai ubat awalan kepada rawatan sakit belakang.
Lebih berbahaya, kajian awal yang dijalankan di University of Washington melaporkan 'ubat mudah dapat' ini mendatangkan penyakit berupa kanser darah sekiranya mengambil secara berterusan untuk jangka masa panjang.
Seterusnya, jurnal JAMA Pediatrics dalam laporannya pada Februari lalu mengeluarkan amaran bayi yang dilahirkan oleh ibu yang menggunakan ubat tahan sakit semasa mengandung, berisiko mengalami ADHD dan beberapa masalah lain.
Laporan daripada The Medical Journal of Australia pula melaporkan individu yang mengambil paracetamol dengan perut kosong, minum terlalu banyak minuman beralkohol dan sedang mengambil ubatan tertentu yang lain adalah cenderung untuk menerima kesan toksik daripada paracetamol. Malah, mereka yang mengalami sakit buah pinggang, jantung dan paru-paru juga tidak terkecuali berisiko menerima kesan toksik paracetamol.
Jangan Ambik Terlalu Kerap
Kebanyakan ahli farmasi dan para doktor masih menganggap paracetamol adalah selamat untuk diambil sekiranya dalam dos yang betul dan dalam tempoh tertentu sahaja untuk melegakan kesakitan atau sebagai penahan sakit.
Jangan jadikan paracetamol sebagai ubat yang sering kali anda ambil dan telan apabila berasa kurang sihat walaupun ubat ini mudah didapati dengan harga berpatutan. Hal ini kerana pengambilan paracetamol secara kerap dan dalam kuantiti yang melebihi daripada yang disyorkan akan mengundang bahaya kepada kesihatan badan anda.
Sekiranya anda masih berasa sakit walaupun sudah mengambil paracetamol mengikut dos yang ditetapkan, anda tidak dibenarkan menambah dos sesuka hati. Sebaliknya, berjumpa dengan doktor serta dapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang pakar dalam perihal kesihatan.
Sumber :
Majalah Harmoni
Paracetamol wikipedia
Untuk dapatkan Info lebih lanjut boleh
Hubungi Saya Khadijah Abdullah,
FB Personal: Khadijahabd | ♥ ID 892674 ♥ | Call/SMS/WhatsApp :0138369536 ♥ | whiteponyyy@yahoo.com
Bagi yang berada di kawasan Bintulu Sarawak dan Semporna Sabah atau di kawasan yang berdekatan boleh lah COD dan dapatkan dari saya Pengedar Shaklee Di Bintulu Sarawak dan Pengedar Shaklee di Semporna Sabah. Stok sentiasa ADA untuk anda. Insya Allah servis TERBAIK hanya untuk anda. Khadijahbeautyshop hanya memberi yang terbaik untuk anda sekeluarga
No comments:
Post a Comment