Tuesday, 25 November 2014

Makanan Sunnah Trend Terkini ?

Ayat pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W adalah 'IQRO' ...  bacalah..belajarlah.
Apa hikmahnya? Kenapa harus iqro -bacalah- yang pertama kali turun? Apa kaitan pula membaca dengan Makanan Sunnah?
Mari gunakan hati kita untuk memahami hal ini.

Allah SWT hendak menegaskan bahawa umat Rasulullah SAW adalah umat akhir zaman. Ertinya, pada zaman ini bukan sudah masanya mukjizat digunakan untuk kehancuran umat, seperti masa nabi Nuh dengan air bah, atau nabi Musa dengan laut yang terbelah, atau nabi Luth dengan hujan batu.

Tapi di masa umat Rasulullah SAW ini seolah-olah Allah SWT menegaskan bahwa mukjizatmu sekarang ini bukan seperti mukjizat Nabi-Nabi terdahulu yang , tapi mukjizatmu sekarang ini adalah ilmu, berfikir dengan akal yang dianugerahkan.

Maka sudah tidak ada lagi penghancuran umat, sehingga wahyu yang pertama kali turun pun adalah iqro’, bacalah.

Wahyu yang pertama kali turun adalah 5 ayat pertama surat Al-Alaq:

(1) Iqro’. Bacalah dengan (menyebut) nama Rabbmu Yang menciptakan,
(2) Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.
(3) Iqro’. Bacalah, dan Rabbmulah Yang Maha Pemurah,
(4) Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam*
(5) Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.

*Maksudnya: Allah mengajar manusia dengan perantaraan tulis baca.

Dalam 5 ayat Al Qur’an yang pertama kali diturunkan itu, tersirat bahwa kita harus membaca, belajar, belajar dan belajar. Subhanallah..

kredit : http://itsthemessage.wordpress.com/2013/01/17/sirah-nabawi-part-4-wahyu-pertama-iqro/

Apabila ilmu berkembang, tentulah sebuah peradaban akan berkembang ke arah yang lebih baik. Begitu penting nya ILMU kan sehingga didulukan dari segala perkara termasuk solat....bukan maksud nya disini solat tidak penting tapi kenapa ayat diturunkan terus membaca? secara logik sebelum kita melakukan sesuatu perkara sudah semestinya kita perlu ada ILMU terlebih dahulu...begitu juga dengan solat pun kita perlu terlebih dahulu belajar mengenai erti solat, hukum-hukum solat, cara hendak solat... tanpa ilmu kita akan hanya mengikut buta bisu... pepatah baru ya... sebab mata ada, telinga ada tetapi tidak digunakan, hanya mengikut tanpa ILMU . 
                                                                                                                                                                                                                                                          
Begitu juga dalam bisnis...kerana tidak ada ilmu ramai yang hanya viralkan sesuatu maklumat, ramai yang SHARE artikal yang belum tentu sahih nya, ramai yang menjual tapi tidak ada ilmu. Berapa ramai yang buat cerita seolah-olah produk lain haram diminum hanya semata-mata bukan dari makanan sunnah dan bukan diperbuat dari makanan sunah.

PENTING NYA ILMU BUKAN?

makanan sunnah
 
"Produk berasaskan "makanan sunnah" seringkali disebut sebagai makanan terbaik. Ia menjadi trend terkini sehinggakan mempunyai permintaan yang tinggi khususnya dalam kalangan umat Islam. Perkara sebegini memberi suatu dimensi baharu dalam dunia pasaran makanan. Masyarakat kita dilihat mempunyai daya inisiatif untuk mencari alternatif dalam penjagaan kesihatan. Walaubagaimana pun, apakah dengan menggunakan produk-produk sebegitu memberi impak maksima kepada kesihatan atau sekadar kelegaan atas sandaran nama Nabi Muhammad SAW?'

Memang tepat "makanan sunnah" merupakan makanan yang baik dan hebat. Banyak kajian moden yang merungkai dan membuktikan kehebatannya. Namun, Allah juga telah mengurniakan kepelbagaian spesies hidupan lain di muka bumi ini untuk dinikmati oleh hambaNya.

Nabi SAW bukan setakat makan makanan yang disebut dalam al-Quran seperti madu, kurma, dan buah zaitun tetapi Nabi SAW juga memakan roti yang diperbuat daripada tepung gandum, daging dan lain-lain, tetapi mengapakah makanan-makanan sebegini pula tidak dilabel sebagai "makanan sunnah"?

Satu persoalan yang boleh dilontarkan agar membuka minda kita. Jelas sekali bahawa persepsi makanan sunnah itu harus diperbetulkan kerana apa yang penting adalah adab dan etika pemakanan yang harus diutamakan. Bukannya mendakwa tentang khasiat sesuatu makanan sunnah tetapi tidak mengetahui sejauhmana ia memberi kesan kepada kesihatan. Bukanlah mengehadkan idea kreatif masyarakat muslim tetapi segala yang hendak disandarkan dengan Rasulullah SAW perlu ada kajian lanjut dan bukan melabelkannya sesuka hati. Apatah lagi jika didakwa dengan pelbagai manfaat penyembuhan penyakit tetapi tanpa pembuktian saintifik kemudian kesannya tidak seperti yang diuarkan.

Apa yang penting, kajian pembuktian saintifik perlu dilaksanakan dalam isu makanan sunnah adalah untuk memastikan pengguna mendapat manfaat dan khasiat yang dijanjikan. Bukan kebanjiran dakwaan pengeluar/pengilang yang bersifat komersialisasi semata-mata atas sandaran sunnah Nabi SAW. Masyarakat tidak harus menyempitkan persepsi "makanan sunnah" itu dengan makanan tertentu. Selagimana ia mematuhi konsep halal dan tayyib, Islam membenarkannya. Walaupun begitu, amalan memakan makanan yang disebut dalam al-Quran tidak bercanggah dengan konsep dan amalan kesihatan semasa malah digalakkan sekiranya mendatangkan manfaat kepada individu. Namun, sekiranya berlebih-lebihan dalam apa jua makanan yang baik sekali pun, ia tetap akan mendatangkan mudarat. Sebab itu, prinsip adab dan etika pemakanan dalam Islam wajar diketengahkan dan diutamakan serta dijadikan amalan.

Anda juga boleh baca dengan lebih lanjut lagi mengenai isu ini di http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/artikel/8828-memecah-dimensi-makanan-sunnah-dan-realiti-hari-ini 

Jangan mudah memperkecilkan urusniaga orang lain dan memburukkan produk lain semata-mata ingin melariskan perniagaan sendiri. Berniagalah dengan jujur dan bisnis itu diberkati oleh Allah. Contohilah Jutawan Islam kita Abdul Rahman Bin Auf, RAHSIA BESAR nya adalah
berbisnis di dunia , untung sampai ke syurga. insya Allah.

Anda tahu sekarang kan kenapa pentingnya ILMU ?
Kerana bangsa yang bodoh akan menjadi santapan yang enak untuk yang tidak senang dengan mereka. Sekarang berapa ramai ibadahnya keliru...kerana apa? kerana tidak ada ilmu. IBADAH BAKAL DITOLAK JIKA TIDAK ADA ILMU.

saya SIDPRO 0138369536
 

5 comments:

  1. Apa ya maksud makanan sunnah tu? Makanan yang dimakan oleh Rasulullah atau makanan itu disebut di dalam Al Quran?

    ReplyDelete
  2. kedua-dua nya sekali buk siti... boleh baca lanjut di link ini http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/artikel/8828-memecah-dimensi-makanan-sunnah-dan-realiti-hari-ini

    terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Wah satu ilmu baru...tp pelik skang ni ada org sibuk makanan sunnah..tp pertuturan pakaian adab seharian tk ikut sunnah pun..sepatutnya ambil lah semua kenapa mesti ambil sekerat sekerat.

    ReplyDelete
  4. betul tu... itu yang dikatakan roh sebenar sunnah tidak ada...

    ReplyDelete
  5. ramai sangat penjual sekarang FOKUS MAKANAN SUNNNAH...tp bab pakaian bak ikram sesama muslim....jauh dari SUNNAH !!

    ReplyDelete