Thursday, 18 December 2014

11 Tips Anak Sihat Dan Cergas

Apabila si manja berumur 6 bulan ke atas, makanan tambahan selain susu perlu diberi kepada si manja anda. Ini adalah untuk memberi nutrient (zat makanan ) yang optimum untuk tumbesaran mereka. Walaubagaimanapun sesetengah bayi tidak memberi tindakbalas yang memuaskan apabila diberi makanan tambahan. Begitu juga bagi kanak-kanak yang berumur 1 tahun ke atas ramai ibu bapa meghadapi masalah untuk memujuk mereka supaya makan.." mereka lebih suka main dari makan..." keluhan sebegini biasa didengar daripada para ibu bapa.
 
Di bawah ini disenaraikan beberapa tips yang boleh digunakan bagi membantu para ibubapa dalam menangani masalah ini.

1. Permakanan seimbang.
Cuba pastikan diet yang disediakan untuk simanja adalah seimbang (rujuk Piramid Makanan). Ini adalah bagi memastikan simanja anda mendapat zat makanan yang seimbang dari segi karbohidart, protein, lemak , mineral etc.
anak tak nak makan

2. Pastikan ada kepelbagaian
Si manja mudah jemu jika diberi diet yang sama setiap masa dan setiap hari. Oleh itu perlu dipelbagaikan untuk memberi kelainan rasa pada mereka dan tidak bosan dengan menu yang sama setiap hari.

3. Optimumkan zat makanan.
Cara masakan yang boleh meoptimumkan zat makanan perlu digunakan setiap kali menyediakan makanan simanja anda. Sesetengah cara masakan boleh menghilangkan zat atau nutrient yang ada pada makanan tersebut dan ini kalau boleh perlu dielakkan.

4. Merancang Menu Makanan Sihat.
Anak pilih makan
Setiap hari perlu ada plan utuk makanan sihat si manja supaya dapat meyediakan makanan yang berkhasiat dari awal seperti semasa ke pasar boleh memilih dengan betul apabila sudah ada perancangan daipada awal.

5. Mengalakkan waktu makan yang tetap
Waktu makanan yang tetap (regular) perlu bagi memastikan si manja tahu dan bersedia terlebih awal dan biasa dengan waktu tersebut. Ini menjadikan waktu makan adalah rutin yang perlu ada pada setiap hari.

6. Persekitaran sihat dan selamat.
Tempat peyediaan makanan dan tempat makan perlu berada dalam persekitaran yang sihat dan selamat untuk anda dan si manja anda. Benda2 tajam seperti pisau atau garpu pastikan tidak berada pada tempat yang boleh dicapai oleh simanja anda, begitu juga dengan air panas etc.

7. Menjadikan masa makan masa yang gembira.
Jika si manja mendapati waktu makan adalah masa yang megembirakan sudah pasti dia akan tertunggu2 untuk waktu tersebut. Memaksa si manja makan adalah kaedah yang biasanya tidak memberi kesan yang baik terhadap sikap simanja pada makanan.

8. Cuba mencari sebab masalah permakanan.
Jika simanja ada masalah seperti tidak suka sesuatu makanan, sakit perut apabila makan makanan tertentu, cirit birit etc..maka perlu dipastikan samada dia alah (allergic) terhadap makanan tersebut atau ada masalah yang lain. Jika perlu boleh membawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

9. Memastikan anak makan apabila dia sakit.
Jika si manja sakit, pastikan kita memberi makanan kepadanya walaupun mungkin tidak sebanyak waktu dia sihat. Ini adalah kerana waktu sakit badan perlu lebih nutrient bagi melawan jangkitan dan untuk untuk digunakan semasa tempoh peyembuhan.

10. Memantau perkembagan fizikal si manja
Memantau berat atau Body mass index (BMI) si manja perlu bagi memastikan perkembagan fizikalnya adalah selari dengan umur mereka. Jika didapti perkembgangan fizikalnya lari daripada julat normal maka perlu diselidiki kenapa atau membawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Meal Shakes


11. Vitamin Tambahan
Sekiranya kesemua tips tidak mencukupi, sebagai ibu-bapa boleh lah mencuba alternatif lain seperti memberi vitamin. Ini adalah untuk melengkapi nutrisi yang diperlukan oleh simanja anda. Contoh anda boleh memberi Produk Shaklee iaitu Susu Meal Shakes , dimana susu tersebut menyediakan hidangan lengkap yang mempunyai nutrisi lengkap iaitu 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Ia boleh membantu tumbesaran anak-anak anda.

Jika si manja anda masih tidak menyukai makanan tambahan , jangan berputus asa, cuba lagi dan lagi..insya Allah dia pasti dapat permakanan yang optimun dengan kesungguhan kita..dan jangan lupa berdoa untuk kesihatan mereka ...

Untuk mengetahui lagi lebih info mengenai produk ini boleh
Hubungi Saya Khadijah Abdullah,
FB Personal: Khadijahabd | ♥ ID 892674 ♥ | Call/SMS/WhatsApp :0138369536 ♥ | whiteponyyy@yahoo.com

Bagi yang berada di kawasan Bintulu Sarawak dan Semporna Sabah atau di kawasan yang berdekatan boleh lah COD dan dapatkan dari saya Pengedar Shaklee Di Bintulu Sarawak dan Pengedar Shaklee di Semporna Sabah. Stok sentiasa ADA untuk anda. Khadijahbeautyshop hanya memberi yang terbaik untuk anda sekeluarga

No comments:

Post a Comment