Tuesday 25 February 2014

Simptom Penyakit Pneumonia

Awas, Pneumonia Membawa Maut!!!

Kebelakangan ini, ramai anak-anak rakan masuk wad kerana dijangkiti paru-paru, kenapa ya?? adakah ada bakteria lain yang menyerang, dimana keadaan cuaca yang tidak menentu, beberapa kawasan yang banjir?? kita yang tidak ada latarbelakang perubatan ni tidak tahu dan biasanya apabila anak-anak kecil demam, kita anggap itu perkara biasa, dan sering kita dengar "ala , nanti ok la tu, jangan terlampau risau la", " budak-budak biasalah selalu demam ", jangan tekejut ya, ada ibu-bapa yang memandang remeh akan hal sakit demam anak-anak kita. 
             TETAPI mulai sekarang pantau anak-anak kita, anak adalah AMANAH (terkesan sebab belum mempunyai anak huuhu) .. sebab nya ada penyakit lain yang boleh membawa MAUT!! iaitu Penyakit Pneumonia, kira-kira penyakit ini macam pembunuh senyap jugaklah kalau kita tak alert keadaan dan perkembangan anak-anak yang demam tak kebah2 selama3-4 hari. ok kita tambah ilmu sikit mengenai penyakit ini.



APAKAH PENYAKIT PNEUMOKOKAL
 
Bagaimanakah seorang kanak-kanak boleh dijangkiti bakteria pneumokokal? 
Sebaik saja bakteria streptococcus pneumoniae memasuki badan, ia boleh merebak, menjangkiti darah dan menyebarkan ke seluruh badan. Jangkitan ini pada mulanya begitu ketara dan gejala mungkin sukar dibezakan daripada penyakit yang biasa menyerang kanak-kanak.

Jangkitan pada bahagian atas salur pernafasan mengakibatkan bakteremia, sepsis (keracunan dalam darah), meningitis dan pneumonia. Jika kuman streptokokus merebak dari dalam hidung ke bahagian atas saluran pernafasan, ia menyebabkan pneumonia (radang paru-paru), otitis media akut dan sinusitis (radang dalam hidung).

Menurut sumber abc4pneumococcal.com, pula ia biasanya ditemui di dalam pernafasan kanak-kanak dan disebabkan melalui batuk dan bersin. Kanak-kanak di bawah umur 5 tahun, mereka yang mempunyai sistem imun yang rendah dan kanak-kanak yang tinggal di pusat jagaan harian antara yang perlu dilindungi dari penyakit ini. Terdapat banyak strain (jenis) pneumokokus ini dan boleh menyebabkan penyakit pneumokokal yang serius dan sedang bersifat kebal antibiotik.  Bakteria merbahaya ini boleh mengakibatkan

Jangkitan Paru-paru pada kanak-kanak

selsema berpanjangansimptom Jangkitan paru-paru


Baktermia jangkitan dalam darah




KES 1: Bayi anda batuk dan selesema diikuti bronkitis dalam tempoh beberapa hari. Biarpun diberi ubat, suhu badannya meningkat melebihi 40 darjah Celsius.


KES 2: Si kecil mengalami demam lebih 36 jam, muntah, tidak mahu menyusu dan sering tidur. 


  • Pneumokokal menjadi punca utama kematian yang boleh dicegah melalui pengambilan vaksin di kalangan kanak-kanak berusia bawah lima tahun di serata dunia. Terdapat 13 jenis streptococcus pneumoniae yang menyebabkan 80 hingga 92 peratus penyakit itu di kalangan kanak-kanak kecil di seluruh dunia.
  • Mengikut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), setiap tahun, penyakit ini meragut nyawa lebih 1.6 juta orang di seluruh dunia dengan separuh daripadanya kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah di negara sedang membangun.
  • Kira-kira 60 peratus punca utama kebanyakan kanak-kanak dimasukkan ke wad di Malaysia. Pada awalnya kanak-kanak akan mengalami keradangan paru-paru (bronkitis) sebelum bertukar menjadi lebih kronik iaitu pneumonia. Pneumonia mungkin sukar dikesan pada kanak-kanak yang aktif, tetapi secara umum boleh dikesan menerusi perubahan sifat kanak-kanak itu iaitu meragam, tidak mahu minum susu dan tidak aktif.
 dari sumber Metro Harian dan majalah Pa & ma
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

 

Berminat nak mengetahui mengenai produk Shaklee?

Hubungi saya untuk tawaran istemewa: 

 



KHADIJAH ABDULLAH
FB Personal: Khadijahabd
FB Page: https://www.facebook.com/khadijahbeautyshop
Email khadijahabd@yahoo.com
Call/SMS/WhatsApp :0138369536
COD Area: Bintulu sarawak / Semporna Sabah

No comments:

Post a Comment