Sunday 23 February 2014

Tips Kebahagian Rumahtangga

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita cerai Erra Fazira, dan macam-macam lagi kisah rumahtanga yang berakhir dengan penceraian, kisah curang, main kayu tiga. Risau jugak kan, ada saja berita yang kurang menyenangkan walaupun tidak ada kaitan sedikitpun dengan kita tetapi kita mempunyai kehidupan yang sama dengan mereka iaitu alam rumahtangga. Mungkin kita nak tahu apa punca sebenarnya perpisahan atau rahsia rumahtangga bahagia hingga keakhir hayat.

Suami Isteri


Tips untuk memanjangkan kemesraan dan kasih sayang bersama pasangan kita.

• Singkap semula KENANGAN SEWAKTU MUDA – Contohnya selalu-selalulah membelek semula gambar nikah, gambar sewaktu bercinta atau sewaktu bertunang dahulu. Bacalah semula surat cinta, hadiah dan kad-kad ucapan yang lama.

• Letakkan GAMBAR PASANGAN yang terpilih di peralatan peribadi kita seperti dalam wallet, wallpaper desktop komputer, smartphone, keychain dan sebagainya. Pasangan kita akan sentiasa merasa bangga dan besar hati melihat semua itu. Lakukanlah ia dengan ikhlas, jangan jadikan itu satu penyamaran hanya untuk mengaburi pasangan kita sahaja.

• Jika ada, silalah ‘ulang tayang’ KATA KUNCI CINTA antara kita dengan pasangan masing-masing sewaktu mula berkenalan dan berumahtangga dahulu. Yang itu hanya kita sahaja yang tahu. Ia boleh jadi ganti nama panggilan, rangkap pantun, nasyid atau lagu-lagu kenangan dan sebagainya.

SUBURKAN KEMESRAAN DALAM PERHUBUNGAN dengan habit saling sapa menyapa, tanya menanya, usik mengusik dan bergurau senda. KIRIMLAH MESEJ harian atau ucapan khusus melalui whatsapp, sms, kad ucapan, email atau apa sahaja untuk menybur semula hubungan cinta.

PIKAT MEMIKATLAH dengan pasangan kita sepertimana kita memikat mereka sewaktu mula bercinta dan berumahtangga untuk menaikkan minat HUBUNGAN INTIM. Kami setuju dengan beberapa komen pembaca yang menganjurkan agar isteri harus sentiasa berusaha tanpa jemu untuk berhias seksi bagi memikat selera suami. Bermanja-manjalah dengan suami. Jangan mudah mengalah dan putus asa bila suami tidak layan, mungkin kerana letih, runsing atau ‘kurang upaya’ buat seketika. Beri pembayang pada pasangan seperti buatkan ‘tongkat ali’, telur separuh masak dan madu dan sebagainya. Suami juga boleh fikirkan cara yang sama.


 Fitrah suami itu berilmu dan patuh kepada perintah Allah dalam memimpin keluarga. Jadilah imam yang jelas (IMAMIMMUBIIN), dengan ilmu quran yang jelas (QUR’ANUMMUBIIN) dan sampaikanlan ilmu kepada pasangan dengan jelas (BALAGHULMUBIIN). Apabila suami dan isteri MEMAHAMI dengan fahaman yang satu, pastinya kurang SALAH FAHAM yang menjadi batu api neraka rumah tangga.

kt : warga prihatin

No comments:

Post a Comment