Thursday 14 August 2014

Masalah Sakit Gastrik Bukan Sekadar Di Perut

Masalah Gastrik sudah menjadi satu masalah kesihatan yang semakin popular pada zaman sekarang. Masalah gastrik asid berlebihan ini adalah susah untuk ditangani kerana datangnya tiba-tiba, hari ini ok, esok kena serang, seminggu ok, minggu berikutnya kena serang balik. Ada yang cakap masa makan kena jaga tapi dah jaga masih kena serang gastrik dan selama ini tidak ada masalah gastrik tiba-tiba diserang gastrik. hurmmm dan keluarga kami ramai yang alami masalah pedih ulu hati ini iaitu gastrik atau dugal dalam bahasa Sarawak .Jadi apa penyebab UTAMA ya?

Cuba kita lihat apa penyebab masalah Gastrik ini



1) Makanan Pedas
erkkk pelik tapi benar, tapi ini merupakan salah satu punca masalah gastrik acid, kepedasan boleh
meransang rembesan jus gastrik asid di dalam perut





2) Makanan Masam
asben saya suka sangat makan masam ni, ada satu kali belum sarapan apa-apa dah meratah mangga..haa hambekkk sakit dada, sampai termuntah-muntah tapi lepas muntah ok plak... jangan tak tau, makanan yang masam juga akan merangsang rembesan jus gastrik yang lebih. Bagi mereka yang gemar makan jeruk apabila perut kosong, lama kelamaan, lapisan mukus yang melindungi dinding perut daripada hakisan asid hidroklorik akan menjadi semakin nipis.



3) Makanan Bergoreng
alahai makanan bergoreng dan berminyak memang sedap ni huhu.. lebih susah untuk dicerna, dan rupa-rupanya makanan sebegini akan berada di dalam perut untuk jangka masa yang lama. Wujudnya makanan akan terus merangsang rembesan jus gastrik di dalam perut



4) Merokok
Ohhhh!!! merokok boleh jadi punca gastrik jugak rupanya. Beberapa kajian sains menunjukan bahawa bahan kimia di dalam rokok itu boleh merangsangkan kelenjar rembesan jus gastrik. Jika merokok itu boleh merangsang saraf otak anda yang memberi rasa 'high' itu, maka turut boleh merangsang pam jus gastrik untuk menghasilkan rembesan jus gastrik asid...yeaaaa berita baik buat isteri-isteri yang suami nya perokok hehe...


5) Kopi dan Teh
Orang-orang tua larang ambik kopi dan teh berlebihan..ada yang naik ketagih dah minum kopi, sebabnya boleh jadi punca gastrik jugak. Kopi dan teh mengandungi kafein yang merupakan perangsang saraf yang menyebabkan kelenjar jus gastrik di perut menjadi lebih aktif. Satu atau dua gelass sehari tidak apa, tetapi kalau anda minum kopi dan teh
seperti minum air, anda memang dalam senarai calon yang bakal dapat masalah gastrik.


6) Tekanan Emosi
Sekarang dunia semakin maju, semakin canggih peralatan, perkhidmatan yang kita gunakan semakin plak tidak ada masa. Ini mendatangkan tekanan dan tekanan emosi dan seterusnya menganggu sistem hormon dan saraf dalam badan. Dan menyebabkan macam-macam penyakit yang menghampiri dan masalah gastrik adalah salah satu daripadanya. Hakisan asid hidroklorik akan menjadi semakin nipis. ia turut boleh merangsang pam jus gastrik untuk menghasilkan rembesan jus gastrik asid. dalam perut.

7) Jangkitan Bakteria H. Pylori
Kajian terbaru menunjukkan faktor utama masalah gastrik adalah jangkitan bakteria yang bernama H. Pylori di dasar dinding perut. Bakteria H. Pylori secara tidak langsung boleh menyebabkan penipisan lapisan mukos dinding perut dan mendedahkannya kepada hakisan jus gastrik yang akhirnya menyebabkan ulcer perut. Kajian turut menunjukkan bahawa jangkitan bakteria ini turut boleh meningkatkan kebarangkalian seseorang itu menghidap penyakit kanser perut.

Kita dah tahu kan serba sedikit punca-punca atau penyebab kepada masalah sakit gastrik, Jaga Pemakanan, Ubah Gaya Hidup ,Selain pengambilan ubat, pesakit perlu menjaga pemakanan dan mengubah gaya hidup bagi mengelak serangan gastrik berulang kali

Berminat nak mengetahui mengenai produk Shaklee yang sesuai untuk meredakan Gastrik anda? 
Boleh hubungi saya:
KHADIJAH ABDULLAH
FB Personal: Khadijahabd
FB Page: https://www.facebook.com/khadijahbeautyshop
Call/SMS/WhatsApp :0138369536
COD Area: Bintulu sarawak / Semporna Sabah

No comments:

Post a Comment