Saturday 16 August 2014

Perlukah Penyusuan Susu Ibu?

Mengikut pemerhatian saya, pada zaman sekarang ramai ibu-ibu yang menyusukan anak pada bulan pertama atau kedua saja iaitu masa ibu itu berpantang, dan disebabkan selepas 2-3 bulan cuti berpantang habis, bekalan susu badan pun diberhentikan serta-merta atas alasan tak sempat nak bagi susu badan, takut baby bergantung kepada susu badan, susu badan kering dan sebagai nya. Tapi Tahniah kepada yang masih memberi susu badan  kepada bayi anda sehingga berumur 2 tahun atau lebih dari itu. Bagi yang pentingkan kesihatan bayi anda dan sebenarnya untuk kesihatan si ibu juga, pasti mereka tidak akan memberhentikan memberi bekalan susu badan kepada bayi mereka. Ini ada Allah sebut dalam

Allah S.WT dalam firman-Nya: 

Maksudnya:
Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan.
(Al-Baqarah 2:233)

Rasulullah s.a.w juga menegaskan tentang had umur bayi yang disabitkan hukum penyusuan iaitu selama dua tahun sebagaimana hadis baginda yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi:

Maksudnya:
Tidak akan menjadi mahram dari susuan kecuali susuan yang boleh membuka usus (membesarkan pertumbuhan anak) dan penyusuan itu hendaklah sebelum sampai dua tahun.

 Kebaikan penyusuan badan untuk bayi:

**Susu ibu membekalkan nutrien terbaik untuk bayi kerana ia mengandungi nutrien dalam kadar mencukupi.
**Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.
**Susu ibu, terutamanya kolostrum, menguatkan sistem imuniti bayi. Ia melindungi bayi daripada jangkitan seperti cirit-birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
**Susu ibu mencegah pelbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi.
**Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak.
**Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
**Susu ibu mudah diperoleh pada suhu yang betul setiap masa oleh itu ia tidak susah disediakan.
**Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
**Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.

Kebaikan penyusuan badan untuk ibu :

**Membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
**Membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal dengan cepat.
**Mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
**Menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya.

Kebaikan lain:

**Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.
**Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak.

(Sumber: Info Sihat, Kementerian Kesihatan Malaysia)


saya ambik pengalaman cara si ibu nak bagi susu badan banyak
dari www.melayu.com
Set Susu Ibu Shaklee


 ".....susu badan ni berdasarkan supply and demand... kalau nak supply banyak kita kena pastikan yg baby mmg selalu demand pun bnyk..  sekurangnya menyusukan baby 8 kali sehari... kalau cam kita yg kerja lps 2 bulan tu kena make sure kita pump la... pump ni pun kena betul gayanya.. kalau tak kena gaya nanti tak bnyk gak susu... kalau nak susu bnyk masa pump.. kena le bayangkan baby kita masa tu.. or mainkan tape suara baby kita nangis ke...

selalu nya susu makin kurang bila kita dah tak selalu susukan baby... mcm sirna dulu anak 1st tu susukan sampai 6 bln lbh je sbb masa pantang mmg susu bnyk sesgt.... sampai dah keje pun.. selalu habis basah breast pad yg dipakai tp satu je silapnya sirna malas nak pump masa tu.. so balik rmh baru suskan baby so lama2 baby pun dah marah sbb malam masa dia nyusu, susu tak cukup....."


Penyusuan ibu memerlukan persediaan sejak dari awal lagi khususnya sejak ibu mula mengandung. Kejayaan penyusuan juga banyak bergantung kepada taraf kesihatan dan pemakanan ibu yang mengandung. Jika ibu mengalami sebarang masalah kesihatan dan masalah kekurangan zat pemakanan, keadaan ini boleh menjejaskan atau mengganggu proses penyusuan. Penting bagi ibu mendapatkan sumbet zat protein yang mencukupi, vitamin serta zat logam khususnya zat besi kerana zat pemakanan ini akan masuk ke dalam air susu bagi memenuhi keperluan bayi. Oleh itu untuk suplemen tambahan bagi menambah khasiat susu badan dan kesihatan badan.. boleh lah mencuba "Milk Booster" khas untuk Ibu yang menyusu badan.

Untuk dapatkan produk semulajadi ini boleh hubungi saya Pengedar Shaklee di Bintulu Sarawak dan juga Pengedar Shaklee Semporna Sabah dan setelah itu anda juga akan mendapat konsultasi percuma dari saya

KHADIJAH ABDULLAH
FB Page: https://www.facebook.com/khadijahbeautyshop
Call/SMS/WhatsApp :0138369536
COD Area: Bintulu sarawak / Semporna Sabah

No comments:

Post a Comment