Saturday, 31 January 2015

Minggu Closing yang paling Hebat Hanya Di Bulan Januari 2015

Sori ya peminat semua..wahhh dah macam artis.. beberapa hari ni tak berkesempatan nak update blog. macam-macam masalah... monitor ada penyakit off kalau dah tiba jangka hayat nya huhu, ipad plak tak boleh nak menaip lama-lama..terus keluar dari aplikasi.. lepas tu laptop plak klik satu web, page lain akan keluar 2-3 page..tapi semua tak mematahkan semangat saya..mengeluh ya laaa...saya bukan perfect sangat kan... tapi tak layan sangat aura negatif tu... kalau dilayan tak selesaikan masalah tambah stres adalah...

Saya masih ada 3 talian hayat taw, ada blog, ada whasapp dan ada SMS beracun. fulamakkk!!! kalau rezeki tu dah memang dialamatkan untuk kita maka tak payah risau...dapat masuk order jugak kan. kalau saya termenung memikirkan masalah tetapi bukan kepada penyelesaiannya..saya tak akan dapat nak teruskan bisnis ni.. minggu closing memang minggu yang amat sibuk terutama 1-2 malam terakhir closing...bak kata mama cery dah tak serupa orang, bilik pun dah tak terkemas..tapiii jangan salah anggap..malam closing je lah..hari-hari lain ok je...dont worry....

kalau dah malam closing maka dengan ini diistiharkan tepat jam 12 malam nanti, ketiga-tiga produk promosi sepanjang bulan Januari 2015 akan tamatt.. sangatt murahh tapi apa boleh buat semua tengok sebelah mata je kan... ok la..nak gi tido dulu...sakit dah segala urat saraf, pinggang pun dah rasa mengeras asyik mengadap GE ( khas untuk ahli Shaklee) esok harap ada promosi yang menarik kau memang d bommm...haaa hambekkk..ntah apa aku merapu malam ni...ok lah sebelum itu...terima kasih kerana mempercayai khidmat saya... dan sebelum itu ambik ni sebagai pembangkit semangat...

"Beware your thoughts, they become your words
"Beware your words, they become your actions
"Beware your actions, they become your habits
"Beware your habits, they become your nature
"Beware your nature, they become your destiny!"

LOA

No comments:

Post a Comment