Apa itu berpantang dan kenapa perlu berpantang bagi ibu selepas melahirkan?
Amalan berpantang selepas bersalin adalah satu kaedah pemulihan secara tradisional secara turun temurun di kalangan orang Asia terutamanya Orang Melayu. Biasanya amalan berpantang ini mengambil masa selama 44 hari dan ada yang berpantang sehingga 6 minggu dari hari pertama melahirkan.
Definisi berpantang ini pula bermaksud si ibu melalui tempoh daripada mengambil apa-apa bahan makanan yang boleh memudaratkan kesihatan.Tujuan berpantang ini dilakukan biasanya adalah untuk membantu mengembalikan bentuk badan ibu kepada asal, memulihkan organ pembiakan wanita, menyembuhkan luka akibat kelahiran, membetulkan keadaan rahim dan mengembalikan ketegangan faraj.
Dan dipercayai jika rawatan "berpantang" ini tidak dilakukan, dikhuatiri rahim akan kendur, dan wanita akan kelihatan tua daripada usianya.
Jadi bagi memastikan rawatan ini berjaya, asas rawatan adalah menggunakan herba-herba tradisional, urutan, diet yang ketat,serta penggunaan alat bantuan seperti bengkung...
Kebaikan melalui tempoh berpantang
Walaupun dilihat sebagai melalui suatu tempoh yang memeritkan, tetapi ia memberikan kebaikan kepada si ibu dan juga untuk anak yang dilahirkan.
Dari sudut kesihatan, tempoh berpantang ini adalah tempoh rehat serta satu proses membaikpulih tubuh badan setelah bersalin samada secara normal atau pembedahan. Ia juga dapat mengelakkan tubuh badan dari dijangkiti kuman dan bakteria.
Dari sudut pemakanan pula, si ibu akan mendapat khasiat dan nutrien yang diperlukan untuk mengembalikan kecantikan dan kelangsingan tubuh badan. Selain daripada itu, pemilihan makanan juga dititikberatkan untuk mengelakkan si ibu mendapat masalah kesihatan.
Contohnya, para ibu tidak digalakkan memakan sayur-sayuran yang bersifat ‘sejuk’ seperti kangkung, bayam dan pucuk paku kerana boleh menyebabkan kegatalan. Ikan seperti ikan kembung, ikan tongkol dan ikan cencaru juga perlu dielakkan. Minuman berais dan bergas perlu dihindari kerana ia boleh menyebabkan angin di dalam badan.
Waktu berpantang juga dapat menenangkan fikiran dan emosi ibu setelah tempoh bersabung nyawa melahirkan anak. Inilah masa untuk berehat dan memberikan sepenuh tumpuan untuk diri sendiri dan anak yang baru dilahirkan. Tempoh berpantang dapat mengeratkan hubungan di antara ibu dengan anak serta dengan keluarga.
Walaupun zaman sudah berubah, namun amalan berpantang selepas bersalin masih lagi relevan dengan masyarakat sekarang. Terdapat pelbagai pilihan untuk set berpantang, sesuai dengan keperluan dan manfaat yang boleh diperolehi di dalamnya.
Dan sekarang ada jalan mudah untuk menukar minuman herba-herba tradisional, memandangkan bahan-bahan susah dicari di tengah-tengah kota Metropolitan, ada cadangan set berpantang dari shaklee. om kita cek fungsi setiap satu produk.
No comments:
Post a Comment