Lelaki dan wanita yang baru mendapat jodoh dan merancang untuk mendapatkan zuriat, mereka harus melakukan lebih banyak usaha. Ini kerana tahap kesuburan mereka semakin menurun dan memerlukan lebih banyak suplemen untuk mengekalkan kesuburan mereka. Kesuburan yang rendah akan menyebabkan kehamilan semakin sukar dan mengambil lebih banyak masa.
Sebaik-baiknya, ikhtiar dengan segera mendapatkan nasihat atau jalani pemeriksaan pakar sakit puan jika wanita berusia bawah 35 tahun masih gagal hamil selepas enam bulan mencuba.
Terdapat banyak faktor mempengaruhi kesuburan terutamanya
- usia yang semakin meningkat,
- gaya hidup yang santai,
- tabiat pemakanan,
- baka dan genetik,
- penggunaan ubat-ubatan,
- pendedahan terhadap bahan kimia dan
- penyakit-penyakit yang boleh merosakkan kesuburan seseorang.
Wanita yang berusia 35 tahun ke atas, keupayaan menghasilkan telur ovum dari kilang telur mulai menurun, sekali gus mengurangkan tahap kesuburan.
Berat badan berlebihan pula telah menyumbangkan faktor ketidaksuburan di kalangan lelaki dan wanita.
Bagi lelaki berat badan yang berlebihan telah menyebabkan kurang bilangan sperma atau sperma tidak berkualiti dalam air mani.
Manakala bagi wanita, ia memberi kesan ketidakseimbangan hormon dan menyebabkan kitaran haid tidak teratur dan telur ovum yang dihasilkan kurang berkualiti.
Panduan untuk kekal subur
- Dapatkan berat badan ideal dengan diet seimbang dan senaman.
- Urus tahap stres secara bijak – bercuti atau lakukan perkara yang menggembirakan.
- Amalkan seks selamat.
- Hindarkan merokok – kuat merokok boleh menjejaskan kualiti sperma.
- Elakkan pengambilan alkohol.
- Amalkan diet sihat – diet seimbang, makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari, kawal pengambilan daging ayam atau ternakan yang disuntik. Cuba beralih kepada ayam organik.
- Amalkan pengambilan makanan mempunyai pelbagai vitamin
Lelaki: L-Carnitine, asid ferulic, Vitamin C dan E dan selenium, zink dan Vitamin B (B6, B12 dan Folate).
Bahan-bahan ini boleh didapati dari Produk Shaklee
Langkah tambahan yang boleh diambil:
1. Rancang kehamilan secepat mungkin dan jangan bertangguh.
2. Pastikan kitaran haid anda teratur.
3. Makan makanan semula jadi – kaya dengan nutrisi, antioksidan dan asid folik. Contoh: buah sitrus, sayuran hijau, brokoli dan bijirin.
4. Elakkan penggunaan ubat atau pil hormone termasuk pil perancang dan pil ‘turun darah’.
Dapatkan nasihat atau pemeriksaan pakar sakit puan sekiranya:
a. Mengalami masalah senggugut yang teruk.
b. Sakit ketika melakukan hubungan kelamin.
c. Keluar cecair/lendir faraj yang berlebihan.
d. Kitaran haid tidak teratur.
kredit Dr Zubaidi
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Berminat nak mengetahui mengenai produk Shaklee?
Hubungi saya untuk tawaran istemewa:
No comments:
Post a Comment