Saturday 14 June 2014

Shaklee Phytocol-ST MAMPU turunkan KOLESTEROL dalam darah

Alhamdulillah! Shaklee lancarkan produk baru lagi! Perkenalkan Shaklee Phytocol-ST. Produk ini dilancarkan pada Persidangan Kebangsaan Shaklee 2014 (Shaklee National Conference 2014). Manfaat utama produk Phytocol-ST ini adalah untuk membantu dalam menurunkan KOLESTEROL jahat (LDL) dalam badan. Produk ini berupaya membantu dalam mencegah penyerapan kolestrol dan menyeimbangkan tindak balas imun. Ia sangat sesuai untuk untuk mereka yang mempunyai masalah kolesterol yang tinggi, penyakit auto-imun seperti bengkak sendi kronik (Rheunatoid arthritis) dan mereka yang menghidapi alahan atau alergi kronik seperti psoriasis. Oleh itu ini berita gembira buat anda, Shaklee wujudkan khas untuk elak masalah kolesterol yang tinggi dalam darah anda. Kawal masalah kolestrol anda sekarang.


 pyhtocol-ST Shaklee

Apa kandungan Phytocol-ST ni sebenarnya? 
Phytocol-ST Shaklee mengandungi 2000mg (2 gm) phytosterols yang sangat baik untuk anti kolesterol.

cholesterol

Apa pula Phytosterols

Phytosterols adalah yang merangkumi sebatian sterol dan stanols tumbuhan yang merupakan sebatian yang serupa dengan kolesterol.

"Sterol tumbuhan telah ditunjukkan untuk menurunkan / mengurangkan kolesterol dalam darah dan boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari."The European Foods Safety Authority (EFSA).  

phytocol-st shaklee
Menurut kajian oleh EFSA, kolesterol darah dapat dikurangkan secara purata sebanyak 7 kepada 10.5% jika seseorang menggunakan 1.5-2.4 gram sterol tumbuhan dan stanols setiap hari. Para saintis mendapati bahawa kesan ini terhasil dalam jangka masa 2-3 minggu pertama. Kajian jangka yang lebih panjang kemudiannya dilanjutkan sehingga 85 minggu, dan hasil membuktikan bahawa kesan kolesterol yang dapat dikekalkan.

Selain daripada itu, Health Canada telah mengkaji bukti 84 percubaan terkawal secara rawak yang diterbitkan antara 1994-2007 yang melibatkan suplemen phytosterol. Terdapat purata pengurangan 8.8% dalam LDL-kolesterol diperhatikan pada pengambilan min 2 gram setiap hari. Health Canada membuat kesimpulan bahawa bukti saintifik yang mencukupi wujud untuk menyokong hubungan antara penggunaan phytosterol dan kolesterol darah tinggi.

Menurut American National Institute of Health (NIH), badan ini mencadangkan pengambilan phytosterols sebanyak 2,000 mg sehari bagi mengawal tahap kolesterol dalam tubuh. Untuk kesan yang lebih optimum nutritionist Shaklee mencadangkan Phytocol-ST diambil bersama Coqhealth Plus.

Bagaimana Cara Phytocol-ST Menurunkan Kolesterol?

Phytocol-ST ini diambil sebelum makan dan akan membentuk satu lapisan yang akan menghalang kolesterol dari masuk ke saluran darah.

Phytocol-ST ini akan mencegah penyerapan kolesterol dan akan menurunkan kolesterol jahat (LDL) di dalam badan.

kolesterol yang tinggi boleh menyebabkan saluran darah tersumbat dan menyebabkan masalah seperti darah tinggi, stroke, saluran jantung tersumbat dan sebagainya.
Bagaimana Phytosterols berfungsi??
Phytosterols (molekul yang berwarna hijau dalam gambar) yang menyerupai sebatian kolesterol akan berada di lapisan luar kolesterol (molekul yang berwarna kuning) dan seterusnya menghalang kolesterol terus masuk ke dalam darah, sebaliknya terus dikeluarkan daripada badan melalui sistem perkumuhan. 
Kadar kolesterol yang tinggi dalam darah boleh mengakibatkan salur darah tersumbat dan berisiko tinggi untuk menghadapi STROKE, darah tinggi dan serangan jantung. Kolesterol dan jantung sangat berkait rapat dan merupakan pembunuh senyap yang mampu membunuh seseorang secara tiba-tiba tanpa mereka sedari sebenarnya mereka ada masalah kolesterol tinggi dan jantung tersumbat.
phytocol-st shaklee
pastikan anda dan mereka yang anda sayangi BUKAN salah seorang daripada 
mereka yang mengalami masalah tinggi kolesterol!
(kredit FB: Nurru Adila Khairy)

Anda menghadapi masalah kolestrol yang tinggi?
boleh sms/call/wasapp/wechat/telegram 0138369536 ya untuk maklumbalas yang cepat dan bagi sesiapa yang berada di Bintulu Sarawak dan Semporna Sabah boleh hubungi atau berjumpa saya terus ya...

No comments:

Post a Comment