Sunday 29 June 2014

Tips Atasi Gemuk Air atau Rentensi Air

Masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan orang ramai pada hari ini ialah apabila sesorang itu menghidap masalah gemuk air atau istilahnya retensi air. Gemuk air atau 'water retention' ini berpunca daripada kadar sodium di dalam badan tinggi dan tidak berupaya untuk dikeluarkan oleh badan. Oleh sebab itu tubuh badan akan berasa amat berat dengan kandungan cecair yang berlebihan dan menyebabkan seseorang itu akan cenderung kepada penyakit obesiti.

Cara mudah untuk mengenapasti sekiranya anda adalah termasuk kategori gemuk air ialah apabila badan seakan lembik dan beralun. Jika ya, anda perlu untuk mengambil langkah langkah menghindari tanda-tanda gemuk air ini kerana pelbagai penyakit akan menyerang sistem tubuh. Antaranya mengakibatkan anda lebih mudah untuk mendapat penyakit darah tinggi lalu mengancam sistem buah pinggang dan juga terdedah kepada penyakit jantung. Jadi apa yang perlu dilakukan untuk mengelakkan gemuk air ini?



Tips Atasi Gemuk Air atau Rentensi AirIni yang perlu anda lakukan :

Kurangkan pengambilan garam
Pengambilan lebih garam dan makanan yang masam kerana garam itu sendiri menyumbang kepada retensi air. Mereka yang banyak makan makanan bergaram akan lebih banyak menyimpan banyak air.

 



Pengambilan Air 8 gelas sehariTingkatkan pengambilan air.
Walaupun retensi air ini berpunca dari air itu sendiri, seseorang perlu juga meningkatkan pengambilan air kerana ia akan membersihkan toksin dalam badan dan menyingkirkan cecair yang terperangkap dalam tisu badan dan juga membersihkan buah pinggang.

 

Makanan BerseratLebihkan makanan yang berserat
Makan makanan yang berserat serta kaya kalsium dan magnesium untuk mengawal jumlah kandungan air yang terdapat dalam badan. Tambahan lagi, seeloknya untuk melebihkan pengambilan makanan yang mempunyai vitamin B kerana jenis jenis makanan tersebut akan juga menyingkirkan lebihan air dalam badan.


Tips Atasi Gemuk Air atau Rentensi AirTips Atasi Gemuk Air atau Rentensi Air


Akhir sekali, amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang, serta lakukan banyak senaman kardio untuk tubuh mengeluarkan peluh. Senaman kardio adalah apa sahaja senaman yang akan membuatkan jantung kita berdegup laju daripada biasa dan berpeluh dengan lebih banyak berbanding biasa, di panggil SENAMAN KARDIO.

contoh senaman kardio, berbasikal, jogging, bermain futsal, berenang, berlari dan skipping. 
 
Melalui senaman kardio ini, toksin-toksin yang terkumpul akan lebih mudah dikeluarkan . Harus juga diingatkan, dalam usaha untuk mengelakkan retensi air, adalah tidak disarankan untuk menyingkirkan sepenuhnya kandungan sodium dalam diet anda. Ini kerana sodium merupakan mineral yang membantu dalam mengembangkan otot dan mengawal cecair badan. Sebaiknya dapatkan nasihat pakar nutrisi sebelum memulakan sebarang aktiviti berdiet.. Selamat berdiet.

(kredit: http://health.mylaunchpad.com.my)
 
Untuk bantuan suplemen , anda boleh hubungi saya Pengedar Shaklee Bintulu Sarawak dan Pengedar Shaklee Semporna Sabah di talian 0138369536. Konsultasi akan diberikan secara berterusan kepada anda sekiranya membuat tempahan dari saya. Penghantaran kerumah yang berdekatan boleh dilakukan.

No comments:

Post a Comment