OMEGA baik untuk IBU MENGANDUNG, IBU MENYUSU DAN JUGA BAYI DAN KANAK-KANAK
Pasti ada yang tertanya-tanya kenapa DHA perlu untuk ibu
yang hamil dan juga untuk kanak-kanak, kalau kita tengok iklan di tv pasti ada susu
yang mengandungi DHA dan EPA atau lebih
dikenali dengan Omega 3 , semua khas untuk ibu hamil dan si manja anda.
Omega 3 tergolong dalam kumpulan asid lemak tak tepu yang
penting (essential unsaturated fatty acids) yang mempunyai ikatan karbon-karbon
berkembar pada kedudukan n-3 iaitu pada hujung methyl dalam molekulnya. Oleh
kerana itu ia digelar Omega 3.
Ini perlu diberi PERHATIAN
terutamanya kepada IBU YANG MENGANDUNG DAN IBU MENYUSU.
Sebelum itu, kita perlu tahu apa itu DHA?
EPA (eiscosapentaenoic acid)
dan DHA (docosahexaenoic
acid) ADALAH SEJENIS ASID LEMAK omega 3 berantai panjang yang boleh dijumpai dalam setiap sel dalam badan.
Ia membentuk lebih 90 % daripada lemak Omega-3 dalam otak, mata, dan sistem
saraf pusat.
Sebab itu DHA
adalah nutrien penting untuk
☑ mengoptimumkan fungsi otak (keupayaan mental utk
menyedari dan memahami sesuatu) dan
☑ keupayaan
retina (mengoptimakan pengelihatan untuk proses berfikir & melihat)
dan ini semua bermula
dari rahim ibu.
EPA
dan DHA menghasilkan prostaglandin yang mengatur aktiviti sel dan fungsi
kardiovaskular. American Heart Association mencadangkan makan ikan
seperti tuna dan salmon (yang kadar EPA dan DHA-nya tinggi) setidaknya 2 kali
dalam seminggu.
Apa itu Prostaglandins? adalah bahan yang
amat penting kepada badan manusia. Di dalam buku “Omega 3 oils – A practical
guide” turut menyediakan maklumat penting mengenai peranan prostaglandins antaranya
seperti:
- Sistem imun badan –terutamanya di dalam tindak balas alergik.
- Sistem pencernaan – mengawalatur sistem pencernaan perut.
- Membaik pulih sel – pembentukan sel-sel baru.
- Suhu badan – Memastikan suhu badan manusia normal.
- Tekanan bendalir – pada bahagian mata dan telinga.
Manfaat kepada bayi dan kanak-kanak
semasa hamil, bayi memperolehi DHA daripada rahim ibunya,
berapa banyak DHA yang bayi dapat bergantung kepada DHA yang ibu ambil. tetapi
malangnya, ramai wanita mengandung tidak memperolehi jumlah DHA yang disyorkan
dalam diet mereka dan DHA tidak didapati dalam vitamin pra-lahir yang mereka
ambil.
Kajian menunjukkan
ibu mengandung yang mengambil supplemen DHA akan memberi keberhasilan yang
lebih baik terhadap perkembangan bayi dan hasil dari beberapa penelitian ilmiah
menunjukkan kombinasi DHA dan EPA dapat meningkatkan fungsi kognitif(lebih
kepada perkembangan otak iaitu Kemampuan berfikir dan memberikan
rasional,termasuk proses mengingat, menilai, orientasi, persepsi dan memerhati)
dan kemampuan visual (kemampuan mengenalpasti sesuatu) serta bayi cenderung memiliki IQ yang lebih tinggi.
Kebaikan utama DHA
Kebaikan utama dari pengambilan DHA
ialah :
- pertumbuhan otak yang cergas. Oleh itu ia penting dalam proses pembelajaran.
- pertumbuhan retina mata (penglihatan) yang baik.
- pertumbuhan saraf-saraf yang baik.
Kelebihan-kelebihan lain DHA
.
Pada 8 September 2004, USFDA iaitu badan
yang bertanggungjawab menjaga hal-ehwal perubatan di Amerika Syarikat telah
mengeluarkan kenyataan yang menyokong Omega 3 (EPA & DHA) sebagai satu
supplement yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.
Di antara kebaikan Omega 3 untuk kesihatan adalah:
Di antara kebaikan Omega 3 untuk kesihatan adalah:
- Mengurangkan risiko insiden serangan jantung
- Mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung
- Mengurangkan risiko mendapat denyutan jantung tak menentu (arrythmia)
- Mengurangkan sakit dada Angina pada pesakit yang mempunyai masalah saluran jantung tersumbat (Ischaemic heart disease)
- Mengurangkan risiko serangan jantung kali kedua bagi pesakit yang pernah mendapat serangan jantung sebelum ini.
- Mengurangkan risiko darah beku
- Mengurangkan risiko pembentukan plak aerosklerosis pada dinding saluran darah yang menyebabkan pengerasan
- Mengurangkan risiko darah beku di kalangan pesakit yang mengalami masalah saluran darah bengkak di kaki (varicose veins).
- Mengurangkan KOLESTEROL Triglycerides(lemak) & LDL dalam darah & menaikkan paras KOLESTEROL BAIK (HDL)
- Mengurangkan risiko darah beku yang menyebabkan penyakit strok dan serangan jantung (heart attack).
- Mengurangkan risiko mendapat STROKE (ANGIN AHMAR) sama ada jenis ischemia atau haemorrhagic.
- Mengurangkan risiko mendapat penyakit darah tinggi (hypertension) dengan mengurangkan masalah pengerasan saluran darah
- Mengurangkan kadar tekanan darah tinggi bagi pesakit yang pernah mengalami masalah darah tinggi.
- Mengurangkan radang sendi dalam penyakit sendi Rheumatoids
- Mengurangkan radang usus dalam penyakit Crohn’s
- Mengurangkan masalah radang usus dalam penyakit Ulcerative Colitis
- Memberi kesan positif dalam penyakit SLE (Systemic Lupus Erymatosis)
- Memberi kesan positif dalam penyakit Asma
- Memberi kesan positif dalam masalah kulit Eczema dan Atopic dermatitis
- Membantu pesakit yang menjalani pemindahan organ (implant).
- Membantu dalam perkembangan otak bayi dan kanak-kanak. Susu ibu amat kaya dengan DHA (Omega 3). Oleh itu, banyak syarikat pengeluar susu yang menambahkan DHA dalam keluaran susu merekA.
- Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mendapat tambahan DHA dalam minuman susu mereka akan mengalami masalah hiperaktif (ADHD) yang kurang
- Kanak-kanak yang kekurangan Omega 3 dalam pemakanan mereka mempunyai masalah tumbesaran otak
Berdasarkan
maklumat diatas, EPA dan DHA boleh kita dapati dalam makanan seperti susu,
ikan jenis laut dalam, minyak ikan kod (sardin, haring,
makarel, salmon); daging (otak, hati), telur, kekacang, tetapi selalunya keperluan OMEGA 3 tersebut
tidak mencukupi dalam diet seharian kita, jadi kita perlu mengambil suplemen
tambahan OMEGA yang lengkap dengan EPA dan DHA.
Pengambilan minyak ikan (EPA + DHA)
juga adalah baik untuk mereka yang ingin mengurangkan risiko-risiko penyakit
seperti yang dinyatakan di atas. Pengambilan berlebihan minyak ikan yang
diambil dari hati ikan (seperti Cod Liver Oil) semasa mengandung tidak
digalakkan kerana ia mengandungi vitamin-vitamin A dan D yang tidak larut dalam
air.
No comments:
Post a Comment