Motivasi - Bila 24jam sehari tak cukup!!!
"AKU SIBUK LA, BANYAK BENDA NAK KENA SETTLEKAN NI!!!"
Apabila hal-hal dalam hidup anda bagaikan terlalu banyak, kerja, anak
& bini, kawan-kawan, business, orang... tua kita, dan anda rasa 24
jam sehari memang tak cukup, ingatlah tin biskut kering Hup Seng dan dua
cawan kopi.
Seorang professor dalam kelas sosiology telah mengeluarkan beberapa barang di hadapan kelas.
Apabila kelas dimulakan, tanpa sebarang penerangan, professor terus
mengeluarkan satu tin biskut Hup Seng yang besar dan kosong, dan terus
mengisi tin tersebut dengan bola-bola golf sehingga penuh.
Kemudian, professor menanyakan pada anak muridnya, “Adakah tin biskut
ini sudah penuh?” Kesemua anak murid mengangguk dan mengatakan “Ya!”
Professor kemudian mengambil sekotak kacang, dan menuangkannya ke dalam
tin biskut tersebut. Tin biskut digoncangkan sedikit, lalu
kacang-kacang pun bergerak-gerak mengisi ruang di antara bola-bola golf.
Kemudian, professor bertanyakan lagi pada anak muridnya jikalau tin
biskut tersebut sudah penuh ke belum? Anak murid mengangguk dan
mengatakan “Ya!”
Selepas itu, tanpa ditunggu-tunggu, professor
mengambil pula sekotak pasir dan menuangkan pasir tersebut ke dalam tin
biskut. Sudah semestinya, pasir yang halus itu mengisi setiap pelusuk
dan ruang di dalam tin biskut Hup Seng itu.
Kemudian professor
bertanya lagi kepada anak murid, “Adakah tin biskut ini sudah penuh ?”
Anak-anak murid semua mengatakan “Ya!” dengan penuh keyakinan!
Tiba-tiba, professor mengeluarkan dua cawan kopi dari bawah meja, dan
menuangkan semua kopi itu ke dalam tin biskut yang sudah penuh itu.
Anak-anak muridnya tersenyum melihat aksi terakhir itu.
“Sekarang..” kata professor, dan anak-anak murid kembali fokus pada
professor, “Saya mahu kamu semua faham, yang tin biskut ini adalah
seperti hidup anda. Bola-bola golf melambangkan perkara-perkara paling
penting seperti Tuhan, Agama, Keluarga, Anak-Anak, Kesihatan,
Kawan-kawan dan minat anda. Ini adalah perkara-perkara yang jika anda
kehilangan benda-benda lain, semua itu sahaja yang akan tinggal, dan
hidup anda akan tetap penuh berisi. Kacang-kacang merupakan hal-hal
seperti kerja, kereta, rumah. Dan pasir yang kecil dan halus
melambangkan perkara-perkara yang lain dalam hidup, “Perkara-perkara
kecil” kata professor.
“Kalau anda masukkan pasir dahulu ke
dalam tin biskut” professor menyambung, “Pasti tidak akan ada ruang
untuk kacang-kacang ataupun bola-bola golf untuk masuk ke dalam tin.
Sama seperti hidup ini, kalau anda luangkan semua masa dan tenaga anda
pada perkara-perkara kecil sahaja, anda tidak akan ada masa dan tenaga
untuk perkara-perkara yang lebih penting untuk anda…” beritahu
professor.
“Jadi…tumpukan perhatian anda kepada perkara-perkara
yang membahagiakan dan menggembirakan hidup anda. Sembahyanglah
berjemaah. Kukuhkan ikatan silaturrahim. Bermainlah bersama anak-anak.
Bawa pasangan tercinta anda keluar berjalan-jalan. Luangkan masa bersama
kawan-kawan. Pasti akan ada masa untuk anda bersihkan rumah, lipat
baju, repair lampu rumah. Jagalah bola-bola golf dulu, perkara yang
lebih bermakna dalam hidup anda. Ketahui perkara mana yang lebih penting
dan patut diutamakan. Yang lain tu semua pasir sahaja.”
Seorang anak muridnya kemudian mengangkat tangan dan bertanya, “Apa maskud kopi tu pula?”
Professor menjawab dengan penuh senyuman, “Bagus awak tanya. Ia Cuma
nak menyatakan, tidak kira berapa sibuk pun hidup anda dalam seharian,
pasti akan ada ruang untuk minum kopi bersama kawan-kawan.”
No comments:
Post a Comment