Thursday 12 December 2013

Rahsia Mudah Menghilangkan Jerawat

BAGAIMANA ELAK JERAWAT DI MUKA

 petua mengatasi jerawat tumbuh

Jerawat adalah masalah anak muda tetapi ia juga melibatkan orang dewasa. Jerawat terjadi bila kelenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak dan sebum di kulit terutamanya di muka , dada dan belakang iaitu kawasan yang mempunyai banyak bulu roma.

Liang minyak yang tersumbat akan menjadi bintik putih jika ia terjadi di bawah kulit atau bintik hitam jika di lapisan luar kulit. Kulit akan menjadi kemerahan jika radang terbentuk di sekeliling liang tersebut.

Lebih besar kawasan radang lebih mudah terbentuk nanah dan akan meninggalkan parut jerawat jika tiada perawatan dan ubat yang sesuai. Menghilangkan parut jerawat lebih sukar bila perawatan diabaikan.

Ramai tersalah anggap yang gejala jerawat berpunca daripada penyakit resdung yang dihidapi oleh kebanyakkan orang. Maaf saya katakan tapi ianya tidak benar sama sekali. Resdung adalah sejenis alahan yang kebanyakkannya dihidapi secara turun temurun. Simptom penyakit resdung ini menyebabkan hidung, mata dan kulit muka mengalami kegatalan yang teramat.


Resdung terangsang akibat bahan-bahan punca alahan seperti habuk atau bila terdapatnya perubahan cuaca atau suhu di mana hidung akan mula berair, mata dan kulit muka pula akan kegatalan. Apabila kita menggaru kulit muka kita dengan kuku, barulah ia menjadi punca jerawat, iaitu melalui jangkitan kuman yang dibawa oleh kuku ke atas kulit muka. Maknanya, anda tidak boleh mengubati jerawat dengan melakukan rawatan resdung kerana ia adalah dua penyakit yang berbeza.



Jadi, bagaimana untuk elakkan jerawat dari tumbuh? Selain mengubah tabiat pemakanan yang tidak seimbang, faktor persekitaran turut memainkan peranan penting seperti berada di kawasan berkelembapan tinggi, kulit sentiasa berminyak terutamanya kulit muka, memakan ubat-ubatan tertentu seperti pil perancang dan juga penggunaan kosmetik yang kerap hingga liang-liang roma kulit tersumbat.



Oleh itu apa yang anda perlu lakukan untuk mengelakkan dari tumbuhnya jerawat pada kulit terutamanya di bahagian muka?
  1. Amalkan mencuci muka 2 kali sehari dengan pencuci muka dan pada masa-masa yang lain, cukup sekadar membilas muka dengan air bersih.
  2. Elakkan muka anda dari ditutupi rambut kerana minyak pada rambut boleh mengakibatkan berlakunya jerawat.
  3. Elakkan dari menggunakan barangan kosmetik dan pelembap berasaskan minyak.
  4. Jangan sentuh, picit atau pecahkan jerawat kerana ia boleh menyebabkan parut di atas kulit.
  5. Berhenti dari menggunakan pencuci muka atau ubat jerawat yang anda beli sekiranya keadaan jerawat anda menjadi semakin teruk.
  6. Jika jerawat anda tumbuh di belakang badan atau dada, anda digalakkan memakai pakaian kapas kerana ia menyerap peluh dan menyejukkan kulit.
  7. Jika masalah jerawat anda kronik, dapatkan rawatan pakar di klinik atau hospital berhampiran.
(kredit DR Haseenah)


atau anda boleh mencuba PRODUK SHAKLEE  

GLA - pulihkan kulit rosak
Vita E - hilangkan parut
B complex - penyebab jerawat adalah kurang B6
Vitalea - chromium bantu metabolisma gula. metabolisma gula yang tak stabil sebabkan jerawat.
Zinc - mengurang dan mencegah jerawat, memulihkan kesan-kesan luka akibat jerawat

Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya:

KHADIJAH ABDULLAH
FB Personal: Khadijahabd
http://khadijahbeautyshop.blogspot.com/
Email khadijahabd@yahoo.com
Call/SMS/WhatsApp :0138369536
COD Area: Bintulu sarawak / Semporna Sabah

Anda akan mendapat konsultasi percuma dari saya 

No comments:

Post a Comment