Tuesday, 17 December 2013

Penting nya B-Complex (Asid Folic)

pentingnya B-complex  (Asid Folic)Apa itu Asid Folic



Asid Folic atau folate adalah vitamin B9 yang selalunya dijumpai didalam sayuran hijau, jus buahan dan bijiran


Folic acid sangat penting dalam kehamilan. Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf  "embryonic" dan " fetal" , yang mana amat penting untuk tumbesaran yang normal.   Folik asid sangat berkesan apabila digabungkan dengan vitamin B12 dan vitamin C.
 dan semua tu boleh kita dapati dalam Vitamin B complex Shaklee



Mengapakah ibu hamil perlukan asid folik?
pentingnya B-complex  (Asid Folic)
Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida, kecacatan saraf (NTD) dan otak (anencephaly)

Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.

Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.

Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan, anda sudah boleh berhenti mengambil asid folik. Namun jika anda terus mengambil asid folik sepanjang kehamilan, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda ataupun bayi anda.
 

Kajian telah menunjukkan bahawa, kecacatan ini boleh dikurangkan sehingga 70%. Itulah sebabnya sangat penting untuk anda memakan asid folik semasa hamil. Anenchephaly adalah nama diberikan kapada bayi yang tidak mempunyai tisu otak dan akan mati sejurus selepas ia dilahirkan. Spina bifida pula adalah kecacatan saraf tunjang yang boleh menyebabkan lumpuh, masalah usus, pundi kencing dan kecacatan otak.

pentingnya B-complex  (Asid Folic)Risiko-risiko yang boleh menjurus kepada spina bifida
  • Keluarga yang pernah mengalami NTD
  • Pernah hamil anak yang mengalami NTD
  • Mengambil ubat sawan
  • Kencing manis

 

 

Berapakah jumlah asid folik yang saya perlukan?

Anda dinasihatkan mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari sebaik sahaja anda merancang untuk hamil. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Baik juga jika anda makan makanan yang kaya dengan folat.

Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub neural (NTD) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi.

Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik.

 Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya:



KHADIJAH ABDULLAH
FB Personal: Khadijahabd
Blog : khadijahbeautyshop
FB Page: khadijahbeautyshop
Email : khadijahabd@yahoo.com
Call/SMS/WhatsApp :0138369536
COD Area: Bintulu sarawak / Semporna Sabah

Anda akan mendapat konsultasi percuma dari saya 

No comments:

Post a Comment