Tuesday 20 May 2014

Ambil Banyak Suplemen BAHAYA!!!

“Wah, cantiknya kulit awak! Apa awak pakai? Awak ada amalkan apa-apa produk makanan ke? Saya teringinlah nak kulit cantik macam awak. Mesti seronok, kan? Akhir-akhir ni pun saya tengok awak nampak lain. Lebih cergas, badan semakin cantik. Beritahulah rahsia awak.”

Gembira tak jika ada rakan yang berkata demikian kepada anda. Apa rahsianya? Itu persoalannya. Adakah kerana anda selalu ke salun kecantikan ataupun mengamalkan petua tradisional? Mungkin ya dan mungkin anda boleh mencuba cara yang lebih mudah dan berkesan. Hanya dengan pengambilan makanan tambahan, itu sudah memadai untuk membuatkan anda tampil berbeza.

Perlukah Suplemen?

Perlukah Suplemen untuk kanak-kanakApabila kita bercakap mengenai suplemen atau makanan tambahan, ramai akan memandang kepada suplemen yang menjurus terhadap pemakanan diet dan kesihatan. Ini adalah benar, kerana suplemen bukanlah sejenis ubat tetapi merupakan vitamin-vitamin pembina tubuh yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Ya, suplemen sangat perlu untuk seseorang. Bukan hanya untuk berdiet, malah untuk kesihatan tubuh badan.


Apa Itu Suplemen?

Suplemen berbeza dengan ubat. Ubat dicipta dan terdiri daripada bahan jenis dadah yang sememangnya tidak baik untuk tubuh. Akan tetapi, suplemen terdiri daripada pati tumbuhan ataupun buah-buahan yang diambil dan dijadikan makanan ataupun minuman yang diambil sebagai tambahan bagi membantu mengekalkan kesihatan tubuh.

Dalam diet harian yang disyorkan pakar diet Amerika, amat penting dalam pengambilan makanan kita yang penuh dengan protein, vitamin dan sebagainya. Antara diet sihat yang perlu diikuti:

* 6-11 sajian roti, bijirin, nasi dan pasta lain
* 3-5 sajian sayur-sayuran
* 2-4 sajian buah-buahan
* 2-3 sajian susu, yogurt dan keju
* 2-3 sajian daging, ayam itik, ikan, kacang kering, telur atau kacang
* Lemak, minyak dan gula-gula secara sederhana


kebaikan suplemen shaklee
Namun, tidak semua daripada kita mampu mengikuti setiap diet yang disarankan, malah bukan semua makanan yang kita makan mengandungi khasiat sebenarnya yang mencukupi. Contohnya, buah-buahan. Sememangnya, dikatakan buah-buahan mengandungi kandungan vitamin dan serat yang tinggi. Namun, ia mempunyai nilai pemakanan yang sedikit kerana ditanam dalam tanah yang kekurangan nutrien, dipetik sebelum ia masak semula jadi, dirawat mengguna gas dan radiasi,dan disimpan selama berhari-hari sebelum kita memakannya.

Jadi, diet kita kekurangan blok-blok pembinaan yang penting bagi makanan berguna yang diperlukan bagi menjamin kepada kesihatan dan kesejahteraan tubuh badan. Tanpa makanan fungsian, tubuh tidak boleh meneruskan prosesnya untuk sembuh sendiri jika diserang penyakit. Ini seakan-akan kandungan metabolisme yang kurang dalam tubuh badan.


Apakah Jenis-jenis Suplemen yang Ada?

Terdapat tiga jenis suplemen yang ada di pasaran iaitu suplemen sintetik, organik dan semula jadi. Suplemen juga terdapat dalam bentuk pil, kapsul, tepung, gel lembut, ekstrak atau cecair. Ada juga jenis yang boleh dimasukkan ke dalam air atau snek pemberi tenaga.


Suplemen yang Mana Lebih Baik?

Suplemen yang terbaik adalah suplemen daripada bahan semula jadi.


Adakah Suplemen yang Memberi Kesan Buruk?

Ada juga terdapat kesan sampingan kepada pengambilan suplemen, tetapi ia berlaku apabila seseorang mengambil suplemen daripada jenis sintetik.


Bagaimana Untuk Tahu Suplemen yang Sesuai untuk Diri Kita?
  • Multivitamin dan mineral = Membantu melengkapkan kekurangan zat nutrisi dalam diet terutamanya bagi mereka yang tidak mendapat khasiat sepenuhnya daripada makanan.
  • Execap Capsule = Ia mengandungi Vitamin B yang tinggi. Komponen yang penting untuk tenaga dan sistem saraf serta sesuai untuk individu yang sibuk dan aktif dengan aktiviti harian.
  • Vitamin C Complex = Memainkan peranan penting dalam pembentukan kolagen dan membantu dalam penyerapan zat besi. Ia juga membantu mengurangkan masalah selesema, menyembuhkan luka dan meningkatkan pemulihan tisu dalam tubuh. Ia juga membantu melambatkan penuaan dan sangat baik untuk kulit.
  • Kalsium dan Vitamin D = Ia baik untuk kekuatan tulang dan gigi. Kalsium juga berperanan meningkatkan kemampuan otot jantung untuk mengembang dan mengempis serta seterusnya mengawal degupan jantung serta membantu masalah osteoporosis. Manakala vitamin D pula membantu meningkatkan penyerapan Kalsium .


Bagaimana pula untuk Mereka yang Hendak Berdiet?

Pengambilan suplemen tidak terhad kepada golongan umur ataupun mengikut keperluan tubuh. Ia boleh diambil oleh sesiapa sahaja dan pelbagai tujuan. Antaranya, untuk tujuan berdiet. Minimum untuk seseorang memulakan program pemakanan harus terdiri daripada pengambilan suplemen multivitamin atau mineral dan protein. Kemudian, berasaskan keperluan dan gaya hidup, ditambah dengan vitamin C, B kompleks dan vitamin E.


Perkara yang Perlu Diambil Kira Jika Ingin Mengambil Suplemen?

Berbincang dengan doktor atau pegawai kesihatan anda jika anda:

* Memikirkan untuk menggantikan ubat yang biasa anda ambil dengan satu atau lebih suplemen.
* Sedang mengambil ubat-ubatan (sama ada preskripsi atau dibeli dari kaunter). Sesetengah suplemen didapati bertindak balas dengan ubat-ubatan.
* Mempunyai keadaan perubatan yang kronik.
* Sedang merancang untuk melakukan pembedahan. Suplemen tertentu boleh meningkatkan risiko pendarahan atau menjejaskan anestetik dan ubat penghilang kesakitan.
* Sedang hamil atau menyusukan bayi.
* Sedang berfikir-fikir tentang memberi suplemen kepada kanak-kanak. Banyak produk dipasarkan untuk kanak-kanak belum diuji untuk keselamatan dan keberkesanan mereka dalam kalangan kanak-kanak.
* Jangan ambil dos suplemen yang lebih tinggi daripada apa yang disenaraikan pada label, kecuali doktor menasihatkan anda berbuat demikian.
* Jika anda mengalami sebarang kesan sampingan yang membimbangkan anda, berhenti mengambil suplemen tersebut, dan hubungi doktor anda.

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Berminat nak mengetahui mengenai produk Shaklee dan ingin menjadi ahli serta memulakan bisnis?

Hubungi Saya Khadijah Abdullah,
Pengedar Shaklee Bintulu Sarawak dan Pengedar Semporna Sabah.

FB Personal: Khadijahabd | ♥ ID 892674 ♥ | Call/SMS/WhatsApp :0138369536 ♥

No comments:

Post a Comment