Sunday 11 May 2014

Betol Hari Ibu Haram

Bulan Mei adalah bulan ibu, dan hari ini adalah hari ibu, masing-masing update status Facebook, Twitter, Instagram, whatsapp dan sebagainya, bagi ucapan untuk ibu, letak gambar ibu, mak, mama, mami dan ummi. Macam-macam gelaran ada kan. Betapa istimewanya ibu-ibu kita semua. Tetapi betul ke sambutan hari ibu haram, perlukah Hari Ibu ni? Perlukah kita sambut? Jawapan anda.....?

Bagi pendapat saya, tidak salah kalau kita nak tunjukkan penghargaan dengan ibu kita dengan cara sebegini iaitu menyambut hari ibu sebagaimana kita menyambut ulang tahun kelahiran kita. Walaupun sebenarnya pengorbanan mereka tidak dapat kita balas dengan apa pun yang ada didunia ini. Bukan sahaja para ibu dihormati dan disanjung pada abad ini tapi penghormatan untuk ibu-ibu semua sangat tinggi dari zaman dulu lagi.

Kita juga pernah mendengar kata-kata, syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Begitu pentingnya kita menghormati ibu bagi mendapat keredaan Allah. Imam Al-Ghazali dalam kitabnya yang sangat terkenal Ihya Ulumiddin, menulis, Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya bau surga itu diperolehi dengan perjalanan sejauh lima ratus tahun. Bau itu tidak akan diperolehi oleh orang yang mendurhakai ibu bapanya dan orang yang memutuskan silaturahim- (riwayat At-Tabarani dari Abu Hurairah – sanad dhaif).

Pengedar Shaklee Bintulu Sarawak
Gambar happy mak dan ayah dibawa pusing-pusing pulau
Dalam Hadith Sahih Bukhari, seorang lelaki bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. maksudnya :
“Siapakah yang perlu kita hormati dan kasihi selepas Allah dan Nabi?”
Jawab Nabi “Ibu kamu”
“Selepas itu?”-
“Ibu kamu”
“Selepas itu?”-
“Ibu kamu”
Kali ke 4 lelaki itu bertanya, “Selepas itu?”
Jawab Nabi “Ayah kamu”

Lihatlah betapa tingginya nilai ibu di dalam Islam. Seorang ibu tiada tolak bandingnya. Seorang lelaki datang kepada Sayyidian Umar al-Khattab r.a dan berkata, "Saya telah mendokong ibu saya sepanjang tawaf dan haji, sudahkah saya dapat membalas jasa ibu." Jawab Umar r.a., " Kamu belum dapat membalas jasa ibumu walaupun setitis air mata ibumu semasa melahirkanmu."


Dalam sebuah hadis dijelaskan, Rasulullah s.a.w. bersabda: Dari Abdullah bin Amr, ia berkata: "Seorang lelaki datang kepada Rasulullah, lalu berkata: 'Wahai Rasulullah, aku datang untuk berjihad bersama baginda kerana aku ingin mencari redha Allah dan hari akhirat. Tetapi aku datang kesini dengan meninggalkan ibu bapaku dalam keadaan menangis'. Lalu sabda baginda: "Pulanglah kepada mereka. Jadikanlah mereka tertawa seperti tadi engkau jadikan mereka menangis". (Hadis Riwayat Ibnu Majah)


Begitu hebatnya seorang yang bergelar ibu, dan sekarang apa jawapan anda, haram ka hari ibu? perlukah Hari ibu?

 Berminat nak mengetahui mengenai produk Shaklee dan ingin menjadi ahli serta memulakan bisnis?

Hubungi Saya Khadijah Abdullah,
Pengedar Shaklee Bintulu Sarawak dan Pengedar Semporna Sabah.

FB Personal: Khadijahabd | ♥ ID 892674
FB Page: https://www.facebook.com/khadijahbeautyshop
Email khadijahabd@yahoo.com
♥ Call/SMS/WhatsApp :0138369536 ♥

No comments:

Post a Comment