Saturday 3 May 2014

Tahu Waktu Subur Wanita?

Haid juga dikenali sebagai menstruasi. Ia menunjukkan anda kini menjadi seorang wanita. Apabila haid terjadi, kita akan mendapati ada pendarahan dari faraj. Setiap wanita mengalami kitaran haid yang berlainan dengan wanita yang lain. Setiap kitaran haid adalah selama 3 sehingga 7 hari. Tempoh antara sebuah kitaran haid ke kitaran seterusnya adalah berbeza iaitu di antara 21 hingga 35 hari.

Kenapa anda perlu tahu waktu subur wanita? Ada dua sebab utama;
1) Untuk memudahkan mendapat zuriat
2) Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.
Kedua-duanya adalah amat penting.

Fahami  Kitar Haid
Secara normal nya kitaran haid wanita berlaku setiap bulan. Secara puratanya ialah 28-30 hari. Tetapi setiap wanita berbeza kitaran haidnya - ada 25 hari dan ada yang llewat sehingga 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari. Terdapat beberapa peringkat/fasa dalam kitaran haid. Anda perlu memahami peringkat/fasa ini.

Hari 1-4
kira kitaran haidTempoh ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) ketika ini darah haid keluar, Hari pertama haid adalah mustahak untuk kita tahu kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda pada kalendar dan tamat selepas beberapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk hamil. Anda boleh mengagak kitaran haid anda beberapa hari di dalam sebulan

Hari 5-13
Tempoh ini ni dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14
Pengedar Shaklee Bintulu, SarawakWaktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalui saluran fallopio ke rahim.


Hari 15-28
ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestron dirembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestron semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh.

WAKTU TERBAIK
Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.

pengedar Shaklee Semporna SabahBilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama haid seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.

Ini adalah kerana fasa luteal mengikut kiraan kebiasaannya berlaku selama tepat 14 hari sebelum hari pertama haid yang seterusnya.

Sekiranya haid anda adalah tetap 28 hari, tidak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya haid anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Berminat nak mengetahui mengenai produk Shaklee dan ingin menjadi ahli serta memulakan bisnis? 
 
Hubungi Saya Khadijah Abdullah,

Pengedar Shaklee Bintulu Sarawak dan Pengedar Semporna Sabah.
FB Personal: Khadijahabd  |   
ID 892674
FB Page: https://www.facebook.com/khadijahbeautyshop
Email khadijahabd@yahoo.com
Call/SMS/WhatsApp :0138369536



No comments:

Post a Comment