Wednesday 21 May 2014

Rawatan Penyakit Talasemia


Talasemia (bahasa Inggeris: Thalassaemia) adalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan penyakit yang diwarisi dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).

Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksigen akan mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun.

Pesakit Thalasemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka dengan bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik, dan mereka boleh menjadi sakit teruk.

Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl. Mereka yang mengidap Talasemia mempunyai kelebihan melawan penyakit Malaria.

Rawatan penyakit Talasemia

Pesakit perlu menjalani transfusi darah berterusan setiap bulan.
Transfusi darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ penting badan seperti hati, jantung, dan kelenjar endokrin yang akhirnya boleh merosakkan fungsi organ-organ tersebut.
Rawatan penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan dengan suntikan ubat Desferrioxamine, atau pesakit boleh mengambil ubat oral iaitu Ferriprox dan Defriprone mengikut kesesuaian pesakit. Hal ini kerana ada sesetengah pesakit yang alahan seperti (allergic) kepada ubat-ubat yang tertentu dan terpaksa menukar jenis ubat yang terpaksa diambil olehnya.

Pemindahan sum-sum tulang (bone marrow transplan) sekiranya ada penderma yang sesuai di kalangan ahli keluarga.Panduan nutrisi kepada pesakitPesakit tidak digalakkan memakan makanan yang kaya dengan zat besi (iron) seperti organ dalaman yang menyumbang kepada pertambahan zat besi dalam badan seperti hati, limpa, paru-paru, hempedal dan sebagainya. Selain itu, pesakit juga perlu mengelak daripada makan makanan seperti sayur bayam, kerang, spirulina, daging merah, sardin, tuna, dan sebagainya yang menyumbang kepada pertambahan zat besi dalam badan pesakit.

Di samping itu, pesakit juga perlu memakan makanan yang mengandungi Folate atau nama lainnya Folic Acid (Vitamin B9) yang terdapat dalam sayuran hijau untuk membina haemoglobin. Pesakit juga digalakkan mengambil kombinasi Kalsium dan Vitamin D yang penting dalam menguatkan tulang dan seterusnya mengelak daripada terkena penyakit Osteoporosis iaitu jisim tulang menyusut dan menjadi rapuh. Hal ini kerana pesakit Talasemia cenderung untuk mendapat Osteoporosis disebabkan semasa terapi penyingkiran zat besi, kalsium juga akan turut berkurangan dan ia boleh menyumbang kepada penyusutan jisim tulang.

Amalan meminum teh dan kopi juga amat digalakkan kerana didalamnya terdapat kafein yang dapat mengurangkan penyerapan zat besi oleh tubuh dalam pengambilan makanan seharian. Semasa dalam rawatan terapi membuang zat besi, pesakit juga digalakkan mengambil Ascorbic Acid atau Vitamin C dimana pengambilannya dapat memaksimumkan pengeluaran zat besi dalam badan. Hal ini kerana, Vitamin C dapat membantu dalam penyerapan zat besi di sekitar organ dan masuk dalam darah untuk memudahkanya keluar dari badan. Jika pesakit mahu mengambil makanan yang mengandungi zat besi dalam makanan mereka, elakkan daripada mengambil Vitamin C pada masa tersebut. Pesakit juga tidak digalakkan mengambil makanan yang mengakibatkan kuantiti sel darah merah cepat turun seperti pengambilan asam yang berlebihan dan memakan mee segera.

KESIMPULANNYA ;-

Nutrisi/suplemen yang boleh diambil oleh pesakit Thalasemia :-
* B COMPLEX
* VITAMIN C PLUS
* OSTEMATRIX

mengawal tekananOstematrik ShakleeVit c bantu talasemia


 *****VITALEA TIDAK BOLEH YA, SEBAB MENGANDUNGI ZAT BESI..PESAKIT THALASEMIA TIDAK BOLEH MENGAMBIL ZAT BESI YANG BERLEBIHAN SEBAB BOLEH MENYEBABKAN MAUT/MAKIN TERUK...

 *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Berminat nak mengetahui mengenai produk Shaklee dan ingin menjadi ahli serta memulakan bisnis?

Hubungi Saya Khadijah Abdullah,
Pengedar Shaklee Bintulu Sarawak dan Pengedar Semporna Sabah.

FB Personal: Khadijahabd | ♥ ID 892674 ♥ | Call/SMS/WhatsApp :0138369536 ♥

No comments:

Post a Comment