Sunday 18 May 2014

Shaklee Bintulu: Punca Sakit Kepala

Sakit kepala / migrain adalah gejala yang biasa di kalangan penyakit-penyakit lain. Sebenarnya, adalah penting untuk mengenal pasti punca sakit kepala / migrain yang dialami serta cara untuk menanganinya agar sakit tersebut dapat dikurangkan. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda kena lah jaga makan. begitu juga dengan perkara-perkara lain seperti aktiviti dan sebagainya supaya migrain anda dapat diatasi

Sakit Kepala yang Tegang
Sakit jenis ini sering dialami kebanyakan pesakit. Ia merupakan sakit yang berterusan serta menjadi semakin teruk menjelang waktu pagi. Sakit kepala ini disebabkan daripada pengecutan berterusan otot-otot pada bahagian kepala dan leher yang menyebabkan rasa berat di bahagian leher dan belakang leher.

Biasanya pesakit akan terasa seperti terdapat pemberat di kepalanya atau di sekeliling kepala. Punca penyakit ini dikaitkan dengan stres dan kegelisahan.

Migrain
Sakit ini juga sering dialami oleh pesakit dan ia merupakan sakit kepala yang tenat dan berpanjangan antara 6 hingga 24 jam. Migrain dapat diklasifikasikan kepada dua bahagian iaitu:

    rawatan untuk migrain
  • Migrain Klasik : sakit kepala yang menyebabkan hilang selera makan, mual dan muntah yang didahului oleh kesan visual seperti pancaran petir, perasaan mencucuk dan perbahan fikiran.                            
  • Migrain biasa - sakit yang hanya menyebabkan hilang selera makan, mual dan muntah-muntah. Kebanyakkan pesakit mendapat serangan migrain pertama sebelum berumur 30 tahun. Ia biasanya berlaku pada sebelah kepala dan kerap kali juga berlaku secara menyeluruh.
Jadi, sekiranya anda sering mengalami sakit kepala, anda dinasihatkan agar mengambil langkah berjaga-jaga. Kurangkan aktiviti-aktiviti yang anda yakini sering mengakibatkan anda sakit kepala.
Antara lain:
  • Belajar beristirehat
  • Singkirkan stres dengan merancang aktiviti anda terlebih dahulu dan galakkan keluarga untuk membantu
  • Jadikan aktiviti senaman sebagai rutin supaya anda lebih bertenaga
  • Makan makanan berkhasiat dan seimbang
  • Tidur dengan tetap dan cukup
  • Gunakan cermin gelap untuk mengurangkan silau
  • Minum air secukupnya terutama ketika musim panas
  • Lakukan pemeriksaan mata dengan doktot pakar
  • Elakkan terlalu bergantung kepada ubat penahan sakit                         
Dan langkah yang terakhir tambahan dari saya ialah cuba amalkan
Supplement/vitamin yang sesuai utk merawat migrain:
 
shaklee untuk migrainOstematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D) ~Ostematrix Shaklee mengandungi Kalsium,Magnesium,Vitamin D)
Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing...
 
Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.
 
Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menyebabkan anda diserang migrain. Dan pertimbangkanlah tentang pengambilan vitamin/supplement sebagai pembantu untuk menyelesaikan masalah anda, kerana ia pasti lebih baik dari makan ubat berasaskan dadah secara berterusan.. Betul kan?

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Berminat nak mengetahui mengenai produk Shaklee dan ingin menjadi ahli serta memulakan bisnis?

Hubungi Saya Khadijah Abdullah,
Pengedar Shaklee Bintulu Sarawak dan Pengedar Semporna Sabah.

FB Personal: Khadijahabd | ♥ ID 892674 ♥ | Call/SMS/WhatsApp :0138369536 ♥

No comments:

Post a Comment