Saturday 29 November 2014

Doa Iblis Di Terima

Berapa ramai yang memandang remeh kelebihan berdoa, ajaib nya doa untuk yang sedar. Ramai juga yang berdoa tetapi tidak yakin akan terima nya doa kita itu. Sekiranya kita sudah tidak yakin apa yang kita minta, bagaimana Allah nak meluluskan Doa kita. Sedangkan doa iblis di terima kenapa tidak kita. "..Kamu doalah kepada Allah dalam keadaan kamu yakin kamu akan diterima........semua doa menjelma, melainkan hamba itu tidak berdoa bersungguh-sungguh (kita tahu dan sedar adakah ketika itu kita doa bersungguh-sungguh).

Cuma bila Allah memperkenankan sesuatu hajat, Dia memperkenankan dalam berbagai rupa...manusia kadang-kadang dia minta wang, sebenarnya dia bukan nak wang, dia nakkan kebahagiaan, tapi dia sangka, dengan adanya wang, dia bahagia...Allah kadang-kadang tidak bagi wang sebanyak yang dia harap tapi Allah beri kebahagian kepada dia..

Dia mintak isteri cantik, dia berkenan dengan seseorang itu, Allah tahu mungkin tidak baik untuk dia, Allah beri juga isteri kepada dia tapi dia kata bukan yang aku doa hari itu, tapi sebenarnya yang Allah beri itu lebih baik untuk kehidupan dia, lebih baik untuk kebahagian rumah tangga dia, lebih baik untuk dia meneruskan perjalanan hidup namun Allah menghampakan hamba, Tidak sama sekali...tapi biasa nya kita sangka yang kita minta itu tidak sampai-sampai lagi...tidak...sebahagian besar hayat kau telah kau kecapi nikmat itu.

Iblis minta supaya dipanjangkan hayatnya sampai kiamat..Tuhan perkenankan doa iblis itu, padahal derhaka nya iblis itu kepada Allah...takkan hamba dia yang sembahyang minta Dia tak bagi, tentu Dia bagi.
Hatta manusia Islam, dia naik kereta, dia tengok satu orang susah di tepi jalan dia kata..Ya Allah, kasihankanlah dengan sahabat kita yang susah ini, hambamu yang susah ini, berilah rezeki kepadanya, kita kasihan tengok dia naik motor, kita naik kereta, hujan....
"Nabi kata: tiada hamba Allah yang doa dalam keadaan saudara dia itu tidak tahu melainkan Allah hantar malaikat-malaikat, untuk kau pun macam itu lah juga..maksudnya engkau minta yang baik untuk dia, untuk engkau pun macam itu lah juga..

AJAIB hidup ini dengan doa, AJAIB..AJAIB...kalau fikir kerana doa kita doa entah berapa banyak dalam kehidupan kita daripada satu kesusahan kepada kesusahan yang telah kita keluar pada hari kita berada dalam kesusahan itu dan kita berdoa, kita sangka macam kita tidak boleh keluar...hari ini kita dapati, berapa banyak kesudahan telah kita rentasi dan kita pun telah melupai sebahagian besar daripada doa yang kita sebut

Yakinlah dengan Tuhanmu dan bersyukurlah wahai diri

kredit dari
(Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin)

No comments:

Post a Comment