Friday 14 November 2014

Resipi Mudah Roti Lapis Daging Cheese

Nyum..nyum…nyum…nyummm….
Kali ni nak kongsi resipi Roti lapis Daging Cheese ..lama dah nak buat, bertahun-tahun nak buat tapi baru sekarang  terbuat..sebab utama adalah penyakit M yang amat tebal..huhu..tapi kalau dah datang rajin..tudiaaa hampir setiap hari membuat Roti lapis Daging Cheese ni , tapi yang mengasi habis tu roti saya haha…. Tu penyakit jugak tu..bukan tak sedap…terlampau sedap sampai kena tapok cakap orang Sarawak dan tapuk cakap orang sabah yang membawa maksud sembunyi ….sembunyi sebahagian buat stok sendiri…. Eh kita bukan nak belajar Bahasa..saya nak kongsi resipi Roti Lapis Daging Cheese yang amat mudah dan ringkas serta cepat dengan korang yang hamper sama dengan penyakit M saya tu…
Yang penting korang mesti ada oven atau yang sewaktu dengannya.. saya ambik resipi ni di internet jugak tapi saya ‘terubah’ hehe sebab malas punya pasal la. Ok ready semua, kita mula sekarang ya..

Resipi Mudah Roti Lapis Daging Cheese Bahan-Bahan (untuk 4-6 orang )
1 Bungkus Roti
2 Biji Telur
2 Cawan Susu Segar
1 Bungkus Kepingan Keju
1 Bungkus Mozarilla
1 Bungkus Daging Hancur (jenama ramly, yang segiempat punya k, ada 4 keping daging hancur kat dalam bungkusan tu…cukup untuk 2 lapis)
Setengah Biji Bawang Besar

Untuk memudahkan korang semua, apa-apa jenama pun boleh asalkan halal dan boleh di lantak yaa…sila rujuk gambar sekiranya korang nak ikut sebijik macam saya buat. Ok sambung balik

 
Cara-cara membuat
1)      Untuk inti nya , daging kena masak dulu, cara saya senang jak, goreng daging dengan bawang besar, setengah biji  pun dah cukup, nak campur lada, dan apa2 la yang korang rasa nak campur boleh jak…asalkan sedap k…saya punya resipi memang simple..sebab nak cepat..dah masak daging simpan tepi dulu ya

Resipi Mudah Roti Lapis Daging Cheese
Daging yang sudah siap dimasak
 
2)      Ok sediakan bekas luyang atau apa-apa bekas yang tahan lasak sebab kita kena bakar dalam oven kan. Sapu semua bahagian dalam bekas tu dengan mentega/menjarin.

3)      Lepas tu campur telur dengan susu segar tadi dan kacau sehingga sebati. Siap letak tepi dulu

4)      Siap semua kan, jadi kita mulakan dengan rendam roti tadi sekeping-sekeping dalam telur yang dikacau dengan susu segar dan susun dalam bekas luyang untuk lapis pertama . Kalau ikut bekas saya muat untuk 4 keping roti jak.

5)      Sesudah itu tabur daging yang sudah masak tadi diatas roti, nak tabur lagi daun saderi, bawang goreng, cili potong pun boleh

6)      Lapiskan dengan 4 keping keju , nak lebih lagi pun boleh. Tapi saya buat ni takda letak keju sebab keju yang beli esok harinya berkulat..huhu jadi saya gantikan dengan keju Mozarilla. sedap jugak..try n error hehe.


Resipi Mudah Roti Lapis Daging Cheese
Lapisan roti pertama dah siap

7)      Sesudah itu ulang langkah 4 hingga 6, berapa-berapa lapis pun boleh tapi yang saya buat cukup 2 lapisan jak.

8)      Step yang terakhir  tabur keju Mozarilla atas lapisan keju dan daging…

Resipi Mudah Roti Lapis Daging Cheese
Lapisan roti yang terakhir
9)      Bakar dalam oven masing-masing, letak 150 darjah celcius.

Resipi Mudah Roti Lapis Daging Cheese
Tunggu di ngappp

Ok senang bukan, tapi punya panjang cara-cara membuat , macam susah tapi senang jak, sengaja kasi terperinci cara-cara membuat roti lapis daging cheese tu supaya korang faham….kalau boleh masa membakar tu jangan buat keja lain dulu sebab takut rentung plak roti lapis daging cheese tu. ..dah jadi sia-sia kan…dahlah malas, rentung plak tu hahaha….ini yang terjadi dengan saya..haha...maaf lah ya gambar tak berapa jelas.
dah siap hambek gambar dan post n komen kat sini ya, mana taw dapat hadiah dari saya…banyak lah hadiah kan…opssss lepas makan roti ni rasa mengembang plak perut…oooo tak mengapa..itu bisa diatur…kan ada Lecithin, Alfalfa, Omega….kita boleh kawal dengan produk-produk ini.. Kalau nak boleh lah hubungi saya…

2 comments:

  1. Sedapnya....tp kena tunggu rajin lah...skang ni mmg penyakit M dan tak sihat mengusai....

    ReplyDelete
  2. hahaha.... takpa..lepas mabuk2 tu boleh lah try ummi...biasalah dah dua org berkongsi satu badan..hehe tapi memanggg sedapppp

    ReplyDelete