Wednesday 19 November 2014

Tips Cara Menghilangkan Lemak Diperut

Tips Cara menghilangkan lemak diperut semakin banyak di carian google. Mengapa harus mengecilkan perut ? Mengapa perlu tips cara menghilangkan lemak diperut? Adakah semua orang memiliki lemak diperut? Adakah perlu menghilangkan lemak diperut? Lemak diperut bukan saja memburukkan penampilan tapi juga berbahaya kepada kesihatan tubuh badan yang lain terutama jantung. Anda mesti sudah pernah dengar yang punca segala penyakit adalah dari perut kan? Tahukah anda lemak diperut adalah dikategorikan sebagai lemak yang merbahaya.. Adalah perlu kita mengetahui adakah benar lemak itu merbahaya.

Lebihan kalori yang masuk ke dalam tubuh akan disimpan dalam dua bentuk lemak
 
1) Lemak viseral (visceral fat)
Lemak visceral (visceral fat ) adalah lemak yang melapisi sekeliling tubuh dalaman organ, seperti di bahagian perut , hati dan juga jantung. Lemak inilah penyebab perut buncit kita . Lemak ini juga sukar dilihat dengan mata kasar dan adalah lemak yang paling merbahaya. Ini adalah kerana bila semua tubuh badan tiada tempat untuk menyimpan lemak, lemak akan tersimpan pada daerah yang lebih dekat dengan organ yang seperti disebut di atas. Apabila obesiti semakin bertambah, lemak akan memenuhi bahagian tersebut sebagai contoh, “lemak Visceral yang mengelilingi jantung akan membuatkan jantung sukar untuk mengepam darah dengan baik, sekaligus menyebabkan penyakit lemah jantung.. Tahukah anda, amat mengejutkan bila orang kurus pun juga berisiko memiliki lemak ini sekiranya tidak berolahraga.
 
Tips Cara Menghilangkan Lemak Diperut

2) Lemak subkutan (subcutaneous fat)
Lemak subkutan (subcutaneous fat) pula dianggap kurang merbahaya kerana lemaknya lebih mudah dihilangkan daripada lemak visceral. Lemak ini terletak dekat dengan permukaan kulit manusia dan senang dilihat dengan mata kasar kerana ia biasanya akan ketara di bahagian luar terutama jika jumlah lemaknya berlebihan. Contoh di paha, punggung, pinggang, dan juga lengan. Lemak subkutan menyebabkan tubuh kelihatan menggeleber dan biasanya boleh dilenyapkan dengan aktiviti fizikal seperti senaman 'sit up'.

Setelah mengetahui sekilas mengenai lemak di atas, berikut adalah beberapa tips yang boleh dilakukan untuk menghilangkan lemak diperut serta mencegah serta mengatasi kedua-dua lemak tersebut.

Tips Cara Menghilangkan Lemak Di perut
 
Bersenam
Bersenam atau melakukn pergerakan yang aktif atau bersukan akan mengurangkan lemak , termasuk lemak visceral . Fizikal yang aktif juga boleh melambatkan perkembangan lemak visceral di dalam tubuh . Sukan seperti aerobik atau jogging selama 30 minit adalah sangat baik. Lakukan secara konsisten sekurang-kurangnya 3-4 kali dalam seminggu . Siapa sangka, senaman seperti berjalan kaki di taman sebanyak 3 kali seminggu mampu mengatasi peningkatan jumlah lemak visceral

Pemakanan
Tidak ada diet khas untuk mengecilkan perut . Jika berat badan turun selama diet , maka lemak di perut dan juga perut buncit adalah yang pertama akan hilang. Menjaga pemakanan akan menurunkan berat badan secara semulajadi. Jika ingin hasil yang lebih cepat , ganti menu utama dengan makanan yang kaya dengan serat / fiber seperti roti gandum atau beras merah . Tambah pula buah dan sayur-sayuran seperti apple , pisang , brokoli , kacang - kacangan , dan sebagainya

Rehat yang cukup
Tidur yang yang cukup dapat membantu mengawal pembentukan lemak visceral . Sebuah kajian menunjukkan bahawa orang yang terbiasa tidur kurang dari 6 jam sehari mengalami peningkatan lemak visceral lebih dari 30 % dalam masa 5 tahun . Waktu tidur mungkin bukan penyebab utama , namun tetap saja wajktu tidur merupakan faktor yang boleh mempengaruhi .

Tekanan
Tekanan selalu berlaku , dan boleh terjadi pada bila-bila masa saja tetapi kita kena pandai cari cara mengatasi atau menghadapinya . Tekanan yang tidak ditangani dengan baik boleh menganggu kehidupan normal anda , termasuk ketiga-tiga faktor di atas iaitu dari aktiviti bersenam, rehat tifur yang cukup dan pemakanan yang.
 
Jenis lemak sudah pun kita ketahui, punca lemak perut sudah juga dihuraikan , tips cara menghilangkan lemak diperut pun sudah diterangkan satu persatu. Anda perlu tahu lemak penting  bagi lelaki ialah 1-3% manakala bagi perempuan pula ialah 10 -13%. Ini kerana lemak diperlukan pada bahagian tertentu wanita seperti paha dan punggung untuk tujuan proses melahirkan anak, dan ini (kewujudan lemak pada paha dan punggung) dipengaruhi dengan faktor kehadiran hormon estrogen.
Testimoni Perut Buncit
 
Nak lagi info
Hubungi Saya Khadijah Abdullah,
FB Personal: Khadijahabd | ♥ ID 892674 ♥ | Call/SMS/WhatsApp :0138369536 ♥ | whiteponyyy@yahoo.com

Bagi yang berada di kawasan Bintulu Sarawak dan Semporna Sabah atau di kawasan yang berdekatan boleh lah COD dan dapatkan dari saya Pengedar Shaklee Di Bintulu Sarawak dan Pengedar Shaklee di Semporna Sabah. Stok sentiasa ADA untuk anda. Khadijahbeautyshop hanya memberi yang terbaik untuk anda sekeluarga

No comments:

Post a Comment