Sunday 16 November 2014

Kelahiran Bayi Pramatang

Entry kali ni nak cerita sikit mengenai perkara penting yang perlu bakal suami atau isteri atau pun pasangan suami isteri yang sudah berkahwin dalam persediaan menyambut kelahiran anak pramatang. Penjagaan dari aspek Pemakanan amat penting untuk bayi pramatang. Begitu juga tahap kesabaran yang tinggi adalah diperlukan dalam memberi penyusuan kepada bayi ini. Mereka selalunya lambat dalam menghisap susu. Susu badan adalah yang paling baik tetapi jika menggunakan susu formula hendaklah menggunakan susu formula pramatang untuk memastikan nutrisi yang diberi menepati tahap maksimum pada bayi pramatang.

Ini adalah pengalaman sebenar yang cukup berharga dari Mommy Lyna atau Akacan.. Eh pasti tak kenal kan ..ok beliau adalah MENTOR Shaklee kami, dan merupakan 'moyang' saya dalam Shaklee.

Mommy Lyna Noh ada menubuhkan satu group FB untuk ibu bapa anak premature, JEWEL namanya, macam-macam  masalah ibu-ibu ini terutama dalam bab penyusuan bayi pramatang. Tekanan yg dihadapi oleh ibu-ibu yang nak menyusukan premature baby ni tidak sama dengan yang ada anak cukup bulan. Oleh itu saya nak kongsikan tips-tips dari mommy Lyna untuk anda semua. Semoga bermanfaat ya.



Testimoni Puan Hidayah A Kassim yang juga mempunyai anak pramatang


1. Hospital

Bayi pramatang akan ditempatkan di dalam inkubator dalam Special Care Nursery (SCN) di hospital. Kebanyakan hospital swasta TIDAK mempunyai peralatan yang cukup untuk meyambut kelahiran bayi-bayi pramatang ini. Jika adapun, kosnya teramatlah mahal untu sehari berada dalam inkubator tersebut.

Bayi pramatang yang underweight (lahir kurang dari 1.6kg) perlu berada dalam inkubator sehingga berat badan mereka mencapai 1.6kg.

Bagi bayi yang mengalami masalah pernafasan (tidak mampu bernafas sendiri), mereka memerlukan ventilator (saluran oksigen terus ke paru-paru) yang amat jarang dipunyai oleh hospital swasta.

Jadi, pilihlah hospital yang terbaik untuk masa depan bayi pramatang anda, iaitu hospital kerajaan.

Menyentuh tentang SCN, saya amat berterima kasih terhadap SCN Hospital Miri dan kakitangannya. Hospital ini amat menggalakkan rooming-in, iaitu ibu tinggal bersama di wad tersebut, supaya ibu dapat menjaga bayinya sendiri. Menurut mereka, bayi pramatang akan lebih cepat membesar dengan jagaan tangan ibunya sendiri.

Pada mulanya saya sangkakan semua SCN mengamalkan praktik yang sama, rupanya tidak. SCN di sebuah hospital di Wilayah Persekutuan tidak menggalakkan rooming-in, malah tidak membenarkan ibu bapa datang ke SCN selain dari masa melawat. Amat berbeza ketika Fahry di SCN, kami (ibu bapa saja yang dibenarkan masuk ke SCN) tidak mempunyai limit masa untuk melawat bayi di SCN. Kami pernah menghantar susu pada jam 3 pagi. Apa lagi waktu2 sebelum Abiy ke pejabat.

Pada saya, apa yang diamalkan oleh Hospital Miri adalah satu perkara yang amat tepat. Saya sendiri yang membersihkan Fahry, menjaganya, mengeluarkan jus perutnya, menukar lampinnya… jururawat hanya menjalankan prosedur2 seperti memasukkan tiub susu, mengambil darah, menukar dressing dan prosedur perubatan lain, serta membersihkan inkubator sahaja.

Semasa saya rooming-in, setiap 3 jam sehari saya akan memberi susu kepada Fahry. Begitu juga dengan ibu-ibu lain yang room-in bersama. Malah lebih memudahkan kepada ibu yang anaknya sudah keluar dari inkubator, kerana mereka boleh menyusukan anak mereka seberapa kerap.

Lesson : Walaupun check up dan mahu melahirkan di hospital swasta atau pusat bersalin swasta, usha-usha juga hospital kerajaan terdekat, terutama praktik di SCN, sebagai persediaan sekiranya bayi kita lahir lebih awal dari sepatutnya.


2. Susu ibu kepada bayi pramatang

Bayi pramatang tidak sama dengan bayi yang cukup bulan. Badan mereka seolah-olah kosong, fragile, tiada daya pertahanan dari dalam diri mereka sendiri. Kerana itu pada awal kelahiran, bayi pramatang akan diberi dos antibiotik bagi mengelakkan sebarang jangkitan.

Malah, bayi pramatang memerlukan pelbagai ‘penahan’ seperti anti-fungal bagi menahan jangkitan fungus dalam tubuhnya.

Makanan yang paling sesuai untuk bayi pramatang, tidak lain tidak bukan ialah SUSU IBU. Bayi pramatang di dalam inkubator tidak dapat minum susu terus dari payudara ibunya, sebaliknya melalui tiub atau cup. Oleh itu ibu harus mengepam secara eksklusif sepanjang si bayi berada di dalam inkubator.

Jadi, susu ibu yang dibekalkan kepada bayi pramatang haruslah susu yang segar, dan sebolehnya baru diperah, agar segala antibodi dan khasiat yang terkandung dalam susu ibu tidak musnah.

Sebaik-baik susu ibu untuk bayi pramatang : Yang baru diperah.
Simpanan EBM untuk bayi pramatang : di peti sejuk bawah, maksimum 24 jam.
Tidak boleh bekukan susu untuk bayi pramatang.
Bayi pramatang mempunyai had kuantiti susu yang patut diambilnya dalam satu sesi penyusuan. Ini kerana perut mereka yang belum matang, mungkin mengalami masalah sekiranya susu yang diterima melebihi jumlah yang sepatutnya.

Oleh itu ibu kepada bayi pramatang harus peka dengan arahan doktor/jururawat tentang keperluan susu bayi pramatang. Jangan suka-suka nak beri lebih sebab nak suruh baby cepat besar.

Bayi pramatang juga akan diberi vitamin dan MCT oil untuk pertumbuhannya.

Bayi pramatang termuda yang pernah survive dilaporkan di Malaysia ialah yang dilahirkan pada usia 24 minggu. Period ini dinamakan severely premature, iaitu dari minggu ke 24-28. Bayi2 yang dilahirkan dalam minggu2 ini terdedah kepada risiko kerosakan organ dalaman, pendarahan dan akhirnya kematian.

Fahry saya lahir pada minggu ke-28, alhamdulillah dia kuat, sihat dan pintar.

Jadi, saya rasa di samping excited nak menyambut baby, ada perkara-perkara yang kita kena ambil berat juga, supaya bila ia terjadi, kita boleh bersedia dan tahu apa yang nak dibuat dan di-expect.

sumber : http://mysuperkids.net/penjagaan-dan-penyusuan-bayi-pramatang/

Namun begitu... syukur, kita kenal Shaklee...
Kita boleh tolong kawan-kawan dan sedara mara kita yg mungkin dalam situsi tegang ni. Serius, memang STRESS. Jadi, tolonglah kongsikan video pengalaman Hidayah A Kassim menjaga anak premature ini dengan seramai mungkin ibu yg memiliki anak premature supaya cabaran yg sedang mereka lalui tu boleh diringankan..
 
Penjagaan dari aspek Pemakanan amat penting untuk bayi pramatang. dan kesabaran adalah diperlukan dalam memberi penyusuan kepada bayi ini. Mereka selalunya lambat dalam menghisap susu. Susu badan adalah yang paling baik tetapi jika menggunakan susu formula hendaklah menggunakan susu formula pramatang untuk memastikan nutrisi yang diberi menepati tahap maksimum pada bayi pramatang.

 Saya pasti, anda pun rasa puas hati kalau boleh tolong orang lain kan? Jadi apakata kita share video ini.. dan nak tahu vitamin mana yang boleh membantu boleh klik SET MENYUSU

Nak lagi info
Hubungi Saya Khadijah Abdullah,
FB Personal: Khadijahabd | ♥ ID 892674 ♥ | Call/SMS/WhatsApp :0138369536 ♥ | whiteponyyy@yahoo.com

Bagi yang berada di kawasan Bintulu Sarawak dan Semporna Sabah atau di kawasan yang berdekatan boleh lah COD dan dapatkan dari saya Pengedar Shaklee Di Bintulu Sarawak dan Pengedar Shaklee di Semporna Sabah. Stok sentiasa ADA untuk anda. Khadijahbeautyshop hanya memberi yang terbaik untuk anda sekeluarga

No comments:

Post a Comment